F sent me few photos of Baby Am (his nephew), and it totally make me jealous.
Both are cute. Hahaha. Aunty jelly to the max. Knowing F, right after
he knew that I'm so jelly, he sent me more and more photos. And that includes his selfie. Lol.
Guys doing selfie like girls do? No, his selfie is not the one with duckface. Errr.. looks abang-abang like that la. Hahahaha
This Wednesday is holiday. CNY holidays for a week. Aunty F is looking forward to meet Am and bring Am to go shopping. Weehee. Uncle lah yang kena belanja.
Dear Uncle F, kerja kuat untuk Aunty F dengan lil Am okay? Sebab Aunty nak tuntut daripada Uncle. :p
Photo 1: Cuteness overloaded. This photo totally makes my day. Keep on looking at the photo in my phone. And smile, sengih-sengih and smile and the my roommate sense something, and I covered my face with the pillow. Haihhh
2. Cuba teka anak sapa cute sangat tengok movie ni? Uncle selalu bagi ajaran sesat. Tengkuk Ammm, Aunty nak hilangkan bau baby Am!!
3. Aunty bangun tengok Whatsapp gambar Am yang Uncle Amie sent. Bontot Am bontot! Hahaha. Belum lagi paha Am! Looks yummeh. KFC kalah okay. Wiwiwiwi
Dah kenapa guna Aunty dalam post ni? Sebab Aunty F rindu Uncle F.
*Love is in the air*
Hahhh, I bet Sofea might cute like Am too. Kan? ;)
Assalamualaikum and Hi. Sorry, I'm not updating my part 5 but here I am going to share with all of you about my super short story. About love in the family. To be specific. Daddy's love. :)
*Note that today is my Daddy's birthday. Have a blast and may Allah grant you super bless life dad. And I love you no matter what. Muahhhhhh. *lap lap hingus*
Okay, this story is about a girl named Me.
Me dilahirkan dalam keluarga yang sederhana. Bukan anak pertama bukan anak bongsu. Anak yang lahir antara anak pertama dan bongsu. Mungkin kedua dari ketiga orang adik beradik. Jadi tak hairanlah kalau Me bukan digelar anak Mak atau anak Bapak.
Dalam adik beradik, Me paling banyak melalui dugaan dalam hidup. Disebabkan si pertama merupakan anak ayah. Me mengundur untuk menjadi seorang anak yang diberi perhatian lebih. Si ibu pula melayan anak sama rata tak pilih anak di ranking mana. Tapi pastilah anak bongsu yang akan rapat dengan Ibu dan Ayahnya secara automatik.
Me dari kecil lagi berjauhan sebab bersekolah jauh daripada rumah mereka. Pernah sekali tingkatan satu Me buat hal palsukan cuti sebab homesick dan mahu balik ke rumah.
Akhirnya tertangkap oleh guru dan ibu ayah nya dipanggil. Disebabkan ibu ayahnya tinggal jauh, pakcik yang rapat dengan Me datang berjumpa dengan cikgu. Tapi tiada apa-apa hukuman. Ibu ayah Me yang tidak tahu alasan sebenar Me mahu pulang terus memarahi dari telefon. Bayangkan dia masih belum tahu, masih tidur di rumah saudaranya, ditelefon dan dimarahi.
Saat mendengar ayahnya menangis kerana kecewa dengan sikapnya, Me diam. Diam dan menangis. Telefon terus diletak kasar oleh ayahnya. Me tahu dia bersalah dan dia pun balik ke sekolah. Dari sekolah rendah sampai sekolah menengah, Me merupakan pelajar bijak, jauh sekali bermasalah. Dia tahu dia susah, untuk mendapat perhatian, dia mahu berjaya dalam peperiksaan dan menyertai banyak pertandingan sehingga ramai orang mengenali ibu ayahnya kerana pencapaian Me. Me bahagia kerana dia selau mendengar begitu dari mulut ibunya. Ayahnya memang jarang bercakap sebab itu Me memang tidak mengharapkan apa-apa respon daripada ayahnya. Baginya cukup dengan melihat ayahnya bangga dan gembira, dia bersyukur.
Kali kedua Me menyebabkan kekecewaan ibu ayahnya apabila dia tidak mampu untuk mencapai semua A dalam SPM seperti mana yang pernah dia capai sewaktu UPSR dan PMR. Dia tahu dia tidak mampu. Satunya dia sering mewakili sekolah untuk pelbagai pertandingan luar sehingga tertinggal ke belakang dalam pelajaran. Namun dia tetap berusaha berjumpa cikgu dengan kawan sekelas untuk belajar apa yang dia tertinggal dalam waktu sebelumnya. Sewaktu peperiksaan itu juga dia telah diduga dengan sakit. Tapi sakit itulah yang ibu ayahnya sendiri tidak pernah tahu.
Sebab dia tidak mahu mereka risaukannya. Melihat ibu ayahnya bersedih kerana dirinya..memang itu bukan dia mahukan. Tetapi dia sentiasa merasakan bahawa dia membuat mereka bersedih.
Dia diduga sekali lagi apabila menerima banyak tawaran untuk belajar dan bekerja. Dia mahu meneruskan pelajaran dalam bidang yang diminatinya. Namun si ibu dan ayah mahukan dia mengambil bidang lain. Sekali lagi dia akur. Dia berkorban andai itu buatkan mereka gembira.
Dalam adik beradik lain makan pakai sememangnya diberi sama rata. Entah bahagian mana yang dia rasa dia kurang dari adik beradiknya. Pernah sekali si anak pertama bergaduh besar dengan si ayah. Tapi si ayah yang mula menjernihkan keadaan. Siap hantar mesej dan menelefon gara-gara mahu bertanya khabar. Apabila si ayah memarahi Me, Me tidak perbah ditelefon dan dihantar mesej meminta maaf dab memberi kata semangat bahawa si ayah memarahi kerana mahukan yang terbaik untuk anaknya. Waalupun Me yang selalu mengangkat nama keluarganya dan adik beradiknya yang lain tidak lagi dapat menandinginya. Me malah meminta maaf sebanyak mana yang dia mampu dan dia mampu berdiam sekiranya tidak dilayan.
Apabila ada masalah, si ibulah tempat dia bermanja walaupun tidaklah dimanja mana. Dia selalu mahu si ayah sedar dan merasai dia mahukan perhatian, tetapi gagal.
Dia selalu menjadi pencetus idea apabila dia dan adik beradiknya ingin membuat kejutan dan apa apa sahaja untuk orang tua mereka.
Me selalu dibandingkan dengan si anak pertama kerana anak pertama sudah bekerja. Anak pertama dikatakan sudah puas bersusah payah daripada adik beradik lain. Makan pun tidak memilih. Hidup pun tidak cerewet seperti Me dan adik beradik yang lain. Tapi Me.. Pun pernah, bahkan kalau dilihat lagi banyak pengorbanan. Berkorban cita-cita dan impian kerana keluarganya.
Satu masa nanti, Me berharap dia dapat menerima dan merasa kasih sayang dan perhatian itu. Walau sekejap.
Dia selalu menyalahkan dirinya kerana sering merasakan dirinya kurang dan sentiasa buruk sangka pada benda yang tidak sepatutnya.
Di dalam hatinya, dia menangis dalam ketawa. Dia memendam rasa. Dia ingin perhatian. Dia ingin kasih sayang yang sama. Ingin dimanja dan didengari.
Tapi dia sendiri tahu, ibu ayahnya sayangkan Me. Tapi dia sahaja yang selalu salah dalam menilai.
Itulah sahaja cerita saya. Cerita ini taip on the go tau. So, sorry kalau ada typo ada salah apa-apa. Hehe.
Come come we sing lagu Happy Birthday to my loving daddy, Kamarudin Ibrahim yang ke 44 tahun. Muda kan? Dan handsome. My forever superman. My love, my strength and my motivator. May Allah ease every single deed in your life dad. Love you to the moon back to the Earth. xx
So, F's dad text me on whatsapp. And being so sweet, dia cakap saya anak dia! Waaaa. Jangan hairan, I often text to F's family members and that includes Ayah and Ibu F. They are all loving and caring towards me ever since I first come to their house. Mereka dah macam family saya sebab susah senang saya pun mereka ada. I just love them no matter what. Kuasa Allah kan, kalau takdir bukan untuk saya dan F sekalipun, they will still be my family. Part of me. Menangis ketawa saya pun saya selalu bersama mereka. Mereka pun menjaga saya seperti saya anak mereka. Bukan layanan sebagai anak menantu. Anak sendiri. Yang lebih nakal of course. Hehehe :')
So..
Gambar 1: My handsome daddy is wearing shirt that I bought at PDI. Actually I bought one for ayah F jugak. But different colour la. Shhhh.. Jangan gtau sapa-sapa :p
Gambar 2: In case awak awak tak percaya saya cakap ayah F text saya, tengok lah apa yang saya screen capture. :) (tengok la pukul apa kami texting kat conversation)
That is it. Hugs. Wait for my part 5 alright. Busy sangat. Esok ada klas ganti. Haihh....
2007/2008 with ugly sister. Hahahahha. No la, actually she's prettier than me (am I pretty?) but in this photo she's epic
Kawan dunia akhirat. Teman sebantal. Bahu pinjam. 2010 - MRSM's Graduation Day
Masya Allah, how time flies. And I miss every single moment. Banyak sangat gambar cuma malas nak cedok dari folder dulu-dulu. Takut teremosi lalu menangis. Rinduuuu.
Saya tahu, sama memang tak berubah pun. Even saiz. Hmmm. Entahlah. Hari ni kena tegur oleh dua orang pensyarah dalam waktu berlainan.
"Eh Fatin, tak pandai bear-besar?"
Tak rasa kecik ati pun. Sungguh tak rasa apa-apa. Orang sibuk nak kurus, saya sibuk nak gemukkan diri. BMI saya tolong kira jap.
Tinggi - 1.55 m
Berat - 40 kg.
BMI = _____
*nanti saya update next part okay. Tunggu lah dalam minggu ni in sha Allah. Night. Assalamualaikum
Assalamualaikum and Hi! Sebab mood saya dah okay, saya dah siapkan part 4! Enjoy your weekend babes. Ingatlah tak ada masalah yang tak dapat diselesaikan. Have a good discussion. enjoy your life and jangan stress okay. Saya ada 11 fail untuk disiapkan. Saya stress? belum lagi.. Hahaha. Till then, hugs! Please tinggalkan jejak anda di ruangan komen okay. Your feedback is my source of energy. lol. Assalamualaikum and have a blast!
Ketibaan mereka bertiga di
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching disambut oleh Umi dan Abah Ann. Mereka
terus sahaja pulang ke rumah lama mereka untuk makan tengah hari kerana Umi
sudah memasak awal-awal lagi untuk anak, menantu dan cucu kesayangannya. Tidak banyak
yang perubahan di situ sejak kali terakhir Ann datang melawat Maksu dan
keluarganya yang lain di Sarawak enam bulan yang lepas.
Ann dan keluarganya memang tinggal
di Sarawak atas tuntutan kerja orang tuanya. Umi sendiri sememangnya banyak ahli
keluarga yang menetap di Sarawak. Ann sendiri membesar di Sarawak dan pernah
bersekolah di Sarawak sebelum dia berpindah sekolah di Kuala Lumpur suatu
ketika dahulu. Tidak mungkin Abah dan Umi lupa selok belok di Kuching sedangkan
hampir 10 tahun mereka tinggal di Sarawak. Cuma Ann tidak mampu untuk fasih
berbahasa Sarawak seperti dahulu lagi, tetapi dia masih dapat memahami
sekiranya orang berbahasa Sarawak dengannya.
Selepas selesai makan tengah hari
bersama keluarganya, Umi terus meminta mereka bertiga untuk hanya berehat di
rumah sementara Abah dan Umi pergi ke rumah Maksu lebih awal untuk membantu
apa-apa yang patut.
Setelah melihat kereta Abah
bergerak meninggalkan rumah mereka, Ann terus membawa Sofea masuk ke dalam
bilik untuk mencari Em yang tidak kelihatan sejak mereka selesai makan tengah
hari tadi. Melihat Em yang nampak nyenyak di atas katil biliknya dahulu, timbul
niat ingin mengacau si suami. Terus sahaja dia meletakkan Sofea di atas badan
Em yang tidur mengiring. Bab duduk gaya bebas di atas badan sambil menggoncang
badan Em, memang Sofea suka.
“Auch!
Sofea honey, don’t disturb Daddy please. Play with your Mommy first.” Em cuba mengangkat Sofea daripada
badannya. Namun, belum sempat dia mengangkat Sofea, Ann pula yang berbaring
bersandar dengannya tiba-tiba sehingga menyebabkan Em beralih ke tepi katil.
Dah sahlah Em tidak dapat
meneruskan niatnya untuk tidur kalau dah Ann sekali yang menjadi tukang kacau.
“Sayang , please. I’m sleepy.” Ann buat-buat tak dengar. Siap ajak Sofea main
tiup-tiup muka Em lagi. Dah melihat muka Em berkerut seribu, Ann dan Sofea
ketawa. Okay, dah dua orang tersayang siap kenakan dia, Em memaksa diri untuk
bangun. Jangan haraplah dia dapat nak tidur dengan aman. Sengaja dia menggeliat
sehingga menyebabkan Ann yang bersandar dengannya tertolak ke belakang.
“Teruklah awak! Dahlah skip Zohor! Tidur tak ingat dunia. Lepas
tu kenakan saya pulak.” Ann terus menikam bantal ke muka Em. Em terus mengalih
bantal dimukanya dan ditikam ke bawah. Kehadiran bantal pada waktu itu memang
menyemak katil kalau dah Sofea dan Ann conquer
tiga per empat tempat kawasan katil. Em baring mengiring menghadap
isterinya yang sudah duduk. Sofea dipeluk dan dikepit rapat ke dadanya. Dia
tersengih memandang Ann yang sudah mula naik angin.
“Saya dah Zohor lepas makan tadi
masa awak kemas dapurlah sayang. Sesedap mi Sedaap awak cakap saya skip ya Puan Ann. Ni nak muncung sedepa
ni kenapa? Saya guraulah. Tadi nak ajak Sofea main kacau saya masa saya tidur,
saya okay je pun.” Sebelah tangan Em menarik Ann supaya dekat dengannya dan
disandarkan semula di badannya yang mengiring.
Em ni boleh kira macam Superman, dua orang sekali yang kena
dimanja dengan disandar dekat badannya. Nasib baiklah selalu angkat dumbbell, tapi tidaklah seberat dumbbell yang dia sedang sandarkan
sekarang. Dumbbell kecil, si Sofea
dan dumbbell besar yang sedang
membawa bakal dumbbell yang baru
nanti, Ann.
“You
look tired, H”
“Am
I?” Soal Em
balik ketika Ann sedang melihatnya yang cuba mendodoikan Sofea dalam pelukannya.
“Why?” Ann bertanya semula walaupun dia
tidak mengiyakan pertanyaan Em. Dia melihat si suami memang dah tak larat nak
membuka mata walaupun dalam keadaan terpaksa sewaktu dia dan Sofea
mengganggunya.
“I
was finishing some pending reports last night before I emailed it to my friend
this morning.
Masa awak bangun tu saya baru tidur. Urut saya please? Sakit tengkuk saya masa buat kerja tadi.” Em mula memancing
isterinya.
“You
sleep first. Before
Asar saya kejutkan and I’ll massage you,
alright?” Ann mengusap kepala si suami yang tentunya jarang sekali dimanja
sebegitu kerana Em sahaja yang selalu memanjakannya dengan Sofea. Lama dia mengusap
kepala si suami, sedar tak sedar, Em dah tertidur. Alahai kesian suaminya, dah
macam Sofea pulak kena usap kepala. Patutlah Umi cakap Sofea tu Daddy’s girl!
Sebelum dia berlalu ke bilik
mandi untuk menunaikan solat Zohor, dia mencium dahi Em dan Sofea. Ann
tersenyum melihat Sofea sama seperti Em tidur. Muka dua-dua innocent, dua-dua mendepa tangan bila
tidur. Umi betul, Sofea sama macam Daddynya.
Seperti yang dijanjikan, setengah
jam sebelum masuk waktu Asar, Ann mengejutkan suaminya walaupun Em nampak
seperti masih mahu menyambung tidurnya bersama si kecil. Apabila Ann cakap nak
urut, terus Em bangkit daripada katil. Selepas mengurut Em, peluang diambil
mereka untuk solat berjemaah sewaktu Sofea masih lagi tidur.
“Sayang, pukul 5 kita pergi ke
rumah Maksu okay? Or awak masih nak
rehat?” Tanya Em selesai mencium dahi isterinya selepas berdoa.
“Boleh. Saya pun nak tolong and nak jumpa Abang Aidil sebelum dia
jadi laki orang.” Ann tersengih. Jawapan Ann sungguh tidak bernas apabila
didengari oleh suaminya sendiri. Kalau nak pergi rumah Maksu cakap nak tolong
apa yang patut tu okay lagi bagi Em, ini tidak. Nak jumpa bakal suami orang.
Wajah Em berubah. Ann yang perasan akan perubahan suaminya, terus memegang muka
suaminya.
“Kenapa?”
“Sayang, jangan rapat sangat
dengan lelaki lain. Saya jealous.
Kalau tak tolong orang buat kerja, duduk dekat dengan pandangan saya kat rumah
Maksu nanti. Senang saya nampak awak dan Sofea dari jauh.” Em meminta macam
budak kecil bunyinya. Ann ketawa. Typical
Em, cemburu susah nak dibuang jauh.
“Hubby, Abang Aidil tu cousin
saya lah. Membesar sama sejak kecil lagi dan saya yang tak berabang ni anggap
dia sebagai abang saja tau. Orang dah nak kahwin dah pun. Dengan doktor lagi
tu, sama level dengan dia. Tak macam
saya, ada degree dalam Undang-undang
pun jadi surirumah. Mana Abang Aidil nak pandang. Lagipun saya ni dah jadi bini
seorang Engineer Ir tahu! Hah, anak
dah masuk dua orang pun masih nak cemburu cik abang sayang?” Ann bercakap
dengan suaminya gaya orang yang tengah berbicara di mahkamah sahaja. Tidak
padan dengan dirinya yang masih lagi bertelekung, membuatkan Em ketawa. Tangan
naik membuka telekung yang masih tersarung di badan isterinya. Rambut isterinya
yang berjuraian dikuak ke belakang.
“Nowadays, orang cari menantu nak yang educated tau even at the end
of the day, dia jadi surirumah. Saya beruntung sebab isteri saya bukan
calang-calang orang. Lagipun awak hanya surirumah sementara. Lepas adik Sofea lahir
dan membesar sampai 6 bulan, kita hantar rumah nenek mereka. Then, awak boleh
bekerja selayaknya dengan pendidikan awak Sayang. Awak nak sambung belajar Master yang tertangguh haritu pun saya
takkan halang. As long as we both know
who we are.” Em mengenyit matanya ke arah Ann yang diam mendengar dia menjelaskan
perihal pembelajaran dan masa depan Ann yang suatu ketika dahulu pernah
menyebabkan mereka bertengkar.
“…Speaking of jealousy, suami mana yang tak cemburu kat dunia ni
sayang? And I bet you too my dear
Ann. Kita selalu dengar cemburu tandanya sayang. So it’s proven that I love you. Thinking of reducing my level of
jealousy when seeing you clinging with whomever men which considered as orang
luar, is definitely a big NO sweetheart.
Saya nak sentiasa cemburu. Kalau dengan adik beradik dan Abah dengan Papa
itu je yang saya terima. Other than them,
tak boleh. Cakap biasa-biasa boleh lah. Rapat, no!” Em menyambung penjelasannya
tentang sikap cemburu terhadap lelaki lain.
“Then
how about clinging with my friends in the university and my future colleagues
in the office?” Ann
terus bertanya kerana takut dia akan menghadapi kesukaran untuk berbincang
dengan kaum lelaki sekiranya ada melibatkan perkara untuk dia berbuat begitu.
“Mind you my lady, clinging is different than discussing. Benda yang
buat awak bekerjasama dengan lelaki saya tak halang kalau melibatkan studies dan kerja. Tapi bersosial tak
boleh. I mean tengok movie dengan lelaki or apa-apa yang di
luar bidang belajar or kerja awak, tu
tak boleh. Tapi.. kalau tu class trip or
work trip like family day, okay lah saya benarkan.” Lagak Em menerangkan
kepada Ann seperti guru yang menyampaikan cerita kepada anak muridnya.
“Susahlah macam ni..”Ann
merungut.
“Tak susah sayang. Ingat dan
faham balik apa yang saya cakap. Saya tak pernah halang awak berkawan dan
bekerjasama dengan mereka, tapi tahu diri, tahu batas sayang. Bukan tak
percayakan awak, tapi saya sebagai suami hanya mengingatkan awak. Isteri saya
kan, special edition. So tak
bolehlah, nak bagi bebas dengan lelaki. Dengan kawan perempuan saya tetap
benarkan asalkan awak ingat nak jaga diri.” Em ketawa melihat muka Ann yang
berubah gembira apabila tiada sekatan untuk pergaulannya dengan perempuan.
“I loveeeee you..” Ann memeluk Em.
“..I still can ask you to have my “me-time” with my besties nanti.
Yeay!” Em hanya tersenyum melihat isterinya gembira. Ubun-ubun isterinya dicium
lama dan Ann dibawa ke dalam pelukannya.
I’m
happy seeing you happy, Ann. I just love this early marriage where we can
negotiate and discuss about every single issue in our family. Mama, Papa, Abah,
Umi.. what counts is bless. Restu untuk berkahwin dalam usia muda penting
walaupun mencabar. Tiada perkahwinan yang tidak mengalami masalah, walaupun
berkahwin pada usia sepatutnya ataupun berkahwin dalam usia muda. Pokok
pangkalnya, kita sendiri. Diri kita untuk menangani segala masalah yang datang.
Alhamdulillah, benda yang baik tidak pernah mendatangkan musibah kepada setiap
umatNya. – Em
Suara tangisan Sofea mengejutkan
mereka berdua yang masih lagi duduk di atas tikar sejadah. Sewaktu Ann berebut
untuk melipat telekung dan sejadah, Em menghalangnya.
“Let me do this. You just go and see Sofea okay?” Ann tersenyum dan
bangkit meninggalkan suaminya untuk mengambil Sofea. Selesai memandikan Sofea
dan berkemas apa-apa yang patut, mereka bertiga bergerak ke rumah Maksu. Sofea
awal-awal lagi dah menyarung baju tidur
“Mummy + Daddy = Me” walaupun jam baru sahaja pukul 5.30 petang.
Mood
fashion Ann pada
petang itu ke laut sekejap, sebab si kecil pasti akan bermain bersama-sama
saudaranya yang lain. Nak bagi Sofea pakai jeans, Em tak bagi. Nak sarungkan legging, Sofea pulak memilih taknak
pakai legging. Tak ada pilihan baju
lain, Ann sarungkan terus baju tidur itu tanpa berfikir panjang. Nak marahkan
Sofea, apa saja yang Sofea tahu, lagipun sifat cerewet Sofea memang diwarisi
daripada kedua-dua Em dan Ann.
Sampai sahaja di rumah Maksu, Em
terus membantu golongan lelaki membuat kerja-kerja berat. T-shirt Polo dengan
Jeans yang digunakan Em bila diperhati, macam orang nak ke CityOne. Tapi Em
takkan guna baju sebarang, lagi-lagi di tempat orang. Sekarang dah kena buat
kerja, memang terpaksalah guna pakaian macam itu. Nasib baik hanya menolong
orang membuat kanopi untuk bergotong-royong.
Ann pula terus membawa Sofea
masuk ke dalam rumah dan menolong saudaranya yang sedang membuat kerja-kerja
ringan. Nak tolong orang kupas bawang-bawang pun Maksu tak bagi. Si suami
apatah lagi, kalau boleh dia memang nak Ann duduk diam tengok orang tapi Ann
bukan jenis yang tahu duduk diam goyang kaki gaya seperti perempuan malas. Ann
membantu mengelap pinggan mangkuk bersama-sama saudaranya yang masih belajar
dan Sofea mula dibiarkan bermain bersama-sama kanak-kanak yang lain.
Ann dan Em sendiri nak dedahkan
Sofea supaya mudah mesra dengan sesiapa sahaja. Kalau Sofea rapat dengan Atok dan
Nenek kat KL, dia pun rapat dengan Mamatok dan Babatok yang tinggal dekat
Kuching jugak. Tapi sekarang, Ann nak dedahkan Sofea dengan pergaulan orang
yang seusia dengannya supaya Sofea tidak memilih teman dan mudah untuk
didekati.
“Ann?” Ann terus berpaling apabila
namanya dipanggil. Belum sempat dia memberi respon kepada panggilan tersebut,
dia sudah dipeluk.
“..Kau dah kenapa? Datang sini
tak bagitahu aku awal-awal. Merajuk lah macam ni! Putus kawan!” Rupa-rupanya
kawan baik Ann sendiri yang datang ke rumah Maksu untuk menolong orang ramai
membuat persiapan perkahwinan. Bakal isteri Abang Aidil merupakan rakan sekerja
kawan baiknya, Izzah. Dah tahu saudara sendiri nak kahwin, mestilah dia akan
datang.
Nama pun BFF, Ann siap kena tegur makin berisi. Perempuan mana yang tidak
rasa sensitif apabila ditegur makin berisi atau dalam bahasa kurang sopannya
adalah gemuk! Izzah memang begitu sejak mereka kenal rapat di sekolah dahulu.
Kalau nak menegur, tiada istilah tapisan dalam kata-kata. Cakap direct! Ann pula, tak pernah nak ambil
serius sebab dia kenal kawan dia.
“I’m
pregnant babe.. 7 weeks to be exact.”
Ann cakap dengan muka “proud Mommy”
siap kelip-kelip mata lagi depan Izzah. Sekali lagi Ann kena peluk Izzah sampai
nak melompat-lompat. Sangatlah tak padan dengan umur dan status diri sebagai
doktor dan mak orang. Masih lagi ingin jadi kanak-kanak Ribena. Hanya satu
perangai Izzah dia tak berapa nak terima, main hentam peluk hentam pukul bila
dah gembira sangat.
“Waaaaaaa! Bertambahlah anak
angkat aku!”
“Over tau!” Itu sahaja respon
Ann. Izzah memang seorang doktor dan lebih spesifik lagi adalah sedang
menyambung belajar untuk menjadi pakar pediatrik. Tapi disebabkan dia terlalu
ingin mencapai cita-cita sampai jadi pelajar yang termasuk dalam golongan “fast track’s student”, dia tak ambil
pusing soal berumahtangga macam Ann sekarang.
Nak kata tak laku, boyfriend pun dia ada sekarang. Cuma
Izzah yang selalu mengelak bila diajak berkahwin. Nak cakap masih giat mengejar
cita-cita, dah tercapai dah hasrat nak jadi doktor sekarang. Sebagai kawan,
pernah Ann menasihati Izzah, tapi dia cakap tunggu dua tiga tahun. Kata nak
tunggu kumpul harta, memang Izzah dah ada sebuah rumah, sebuah kereta dan
selalu pergi melancong ke tempat orang. Taknak jadi busybody, Ann diamkan sahaja. Jodoh dah sampai nanti, dia tetap
menjadi orang pertama yang Izzah bagitahu.
“Eh, where’s my Copia?” Dah lama mereka berbual, baru nak tanya Sofea. Izzah
siap bagi gelaran khas kepada Sofea walaupun dia mak angkat Sofea, tapi gelaran
yang konon-kononnya bunyi macam kanak-kanak, sungguh tidak sedap di dengar.
“Tu..” Ann menunjuk ke arah Sofea
bermain tatkala ditanya oleh Mama Ijanya. Tanpa banyak tanya, terus Izzah berjalan
ke arah Sofea dan memeluk si kecil. Sofea memang rapat dengan Izzah kerana
Izzahlah auntie favourite Sofea. Ann yang
turut bergerak sama ke arah Sofea tadi terus mengelap dahi si kecil yang
berpeluh kerana bermain setelah dilepaskan daripada pelukan Izzah.
“Sofea sayang, tell your Mama Ija what you had learned from
Mommy please.” Ann terus mengumpan si kecil untuk bermain bersama Izzah
dengannya kerana tidak mahu Sofea berpeluh dan berpenat berlari-lari di dalam
rumah Maksu bersama kanak-kanak yang lain. Takut juga, silap hari bulan Sofea
boleh terjatuh kena tolak masa bermain, tak pasal-pasal kena sound dengan Em nanti.
“Okay. Mommy starts plis.” Sofea mula bersandar pada Ann yang duduk di
atas sofa berdepan dengan Izzah. Izzah dah tunjuk muka over the moon bila dapat tahu Sofea nak tunjukkan apa yang dia
belajar dengan Ann di rumah.
“Alright. Show Mama Ija your
eyes..” Ann memberi arahan, Sofea pula melakukan seperti yang diarahkan.
“Eyes.. mataaa..” Sofea pegang kedua-dua
matanya dan menunjukkan kepada Izzah. Bila Ann cakap ears, Sofea pegang kedua-dua telinga sambil mengulang apa yang Ann
cakap. Bila Ann cakap nose, Sofea
tarik-tarik hidung kecilnya. Izzah berasa terhibur melihat karenah Sofea. Tak
cukup itu, Sofea siap nyanyi lagu rasmi Mama Ijanya, “An Apple a day keeps the doctor away” dalam accent dia sendiri.
“So, masih nak single Doktor Izzah?” Ann pula yang mengenakan Izzah yang sibuk
melayan Sofea. Jawapan Izzah memang dah dapat diagak. Masih nak membujang, tapi
apa yang Ann lihat pada cara Izzah melayan Sofea tak ubah seperti orang yang
memang nak berkeluarga. Topik perkahwinan yang memang takkan mendatangkan
respon positif daripada Izzah dibiarkan berlalu begitu saja.
Lama juga mereka berbual di ruang tamu rumah Maksu
sebelum Izzah meminta diri untuk pulang ke rumah. Sebelum balik sempat lagi
Izzah berbisik pada Ann, dia nak cari calon yang memang pilihan keluarga. Dia
dah serik bercinta dan putus di tengah jalan. Nak cara terbaik adalah pilihan
keluarga yang tentunya pilihan terbaik.
Cuma dia kurang yakin dengan
situasi pada masa sekarang yang tidak lagi percaya pada perkahwinan pilihan
keluarga. Jawapan Ann senang sahaja, sekarang semua orang dah “back to basic”, jadi cadangan untuk
menerima siapa sahaja pilihan keluarga, memang cadangan yang bernas.
Majlis akad nikah Abang Aidil dilangsungkan
pada hari seterusnya di rumah pihak perempuan diteruskan lagi dengan majlis
resepsi sekali pada sebelah malam. Manakala sebelah pihak lelaki berlangsung di
rumah Maksu sendiri. Ramai tetamu yang hadir ke majlis kedua-dua belah pihak
walaupun majlis berada di tempat yang berbeza.
Sewaktu majlis sebelah lelaki
berlangsung, ke semua keluarga meggunakan pakaian yang bertemakan warna peach atas pilihan Abang Aidil sendiri.
Seperti biasa, Em tentu rasa bangga kerana mempunyai isteri yang sentiasa bijak
dalam bergaya dan tahu perkembangan terkini sehinggakan menjadi tumpuan oleh
sesetengah pihak.
Ann dan Sofea sama-sama mengenakan
Tutu Maxi Dress yang Ann tempah khas secara online
dan sudah sampai beberapa hari sebelum mereka datang ke Sarawak oleh Abang
Posmen. Ada juga yang mengatakan bahawa Ann masih bujang. Mana tidaknya,
bergaya dan masih muda padahal hakikatnya sudah mempunyai seorang anak dan
tengah mengandung. Ditambah pula ada suami yang sentiasa menjaganya. Kalau si
kecil tidak ada bersama mereka, sudah tentu orang mengatakan bahawa mereka
masih belum berkahwin. Bangga? Haruslah! Sudahlah Sofea menjadi center of attraction kerana berpakaian
sama dengan Ann dan diberi mini birkin yang
serupa juga dengan Ann.
Big birkin is for mommy and mini birkin is for Sofea! :)
Pada sebelah malam setelah
selesai majlis resepsi sebelah lelaki, majlis cukur jambul cucu pertama Maksu,
Jibril terus sahaja dilangsungkan. Tidak ada banyak beza dalam adat masyarakat
di Sarawak dan di Semenjung berdasarkan pemerhatian Ann sendiri. Setelah
selesai majlis tersebut, Ann terus mengajak Em balik awal kerana Sofea sudah
mula meragam.
Dalam kereta, si kecil sudah lena
di pangkuan Ann. Diam sahaja Em memandu, mungkin sama-sama penat kerana dua
hari berturut-turut membantu orang bergotong-royong di rumah Maksu. Untung
Maksu, dapat menantu doktor, pulak anak sendiri doktor. Memang padanlah.
Sudahlah majlis dibuat dengan meriah. Banyak tetamu yang datang, membuatkan Ann
rasa sedikit cemburu.
Sebaik sahaja menggantikan
pakaian tidur Sofea, Ann terus sahaja menyertai si kecil di atas katil mereka
yang sedang didodoi oleh Em. Umi dan Abah bermalam di rumah Maksu kerana masih
lagi ingin bersama-sama saudara-mara yang lain yang tentunya jarang bersua
kerana masing-masing tinggal jauh atas alasan mengikut keluarga dan tuntutan
kerja.
“Best nya Sofea. Hari-hari dimanja
Daddy.” Em yang lama mencium kepala Sofea terus menganggkat kepalanya apabila
mendengar Ann berkata begitu.
“I
thought I’m pampering both of you everyday..Equally.. But.. in a different way.” Jawapan Em buat Ann ketawa. Tahu
sangat dia maksud si suami. Mulalah nak carik pasal! Tapi Ann bijak mengalih
perhatian, dengan menukar topik.
“Maksu untungkan sayang. Buat
majlis besar untuk Abang Aidil kahwin. Abang Aidil pun untung dapat isteri
sama-sama doktor.” Em melihat si isteri yang sudah menukar topik lain. Mesti
ada benda yang cuba disampaikan.
“Then?” Em tak suka benda bertapis-tapis. Dia orang Sains, solving problem memang direct. Explanation mesti jelas dan berdasarkan fakta yang tak boleh
ditokok tambah. Sama seperti buat soalan Mathematics,
tak susah pagi penjelasan kerana dah diterangkan terus masa memberi
jawapan.
2(x)
+ y = 7. If y= 1, then x=?
2(x)+1=
7
2(x)
= 7 - 1
X=
6/2.
Hence, x= 3.
Ann pula orang Sastera. Memang
kontra. Pemikiran Ann macam wayar, bercabang-cabang. Kadang-kadang dia cuba
sampaikan sesuatu, tapi dia selalu ada intro
yang Em sendiri tak dapat nak tangkap tentang mesej asalnya.
“Kita kahwin dulu simple. Jealous tengok orang kahwin grand.” Haa, kan dah tahu apa motif asal
si isteri buat intro pasal perkahwinan orang. Dah lama mereka kahwin, baru
malam itu si isteri mengungkit tentang perkahwinan mereka.
“Lain orang, lain cara. Lain
orang, lain rezeki sayang. Kenapa nak mempersoalkan tentang majlis perkahwinan.
Sedangkan apa yang penting adalah kehidupan selepas perkahwinan.” Em duduk
melihat si isteri. Dia tahu, perempuan mana yang tidak mengimpikan perkahwinan
yang besar-besaran macam Abang Aidil. Tapi, kalau melampau macam artis-artis
pun dia tak suka sangat. Membazir dan lebih kepada nak tunjuk diri dan meriak.
Mereka dulu kahwin simple. Pulak umur masih mentah,
haruslah kena cop kahwin koboi oleh orang. Tapi apa ada pada orang, pandangan
orang? Mereka memang buat majlis dua-dua belah pihak, tapi simple. Hantaran tak disebut pun orang kecoh buat persepsi bukan-bukan.
Apatah lagi bila dua-dua belum kerja dan masih belajar. Mestilah orang cakap ambik
duit orang tua, susahkan orang tua dan hantaran sikit. Macam mana nak atasi?
Senang sahaja, pekakkan telinga dan biarkan. Ignorance is bliss.
Besar atau kecil hantaran pun
masyarakat tetap akan cakap bukan-bukan. Kalau kecik hantaran cakap si lelaki
masih belajar, tak kerja, jadi tak mampu nak bagi berpuluh-puluh ribu. Bila
hantaran besar, orang akan cakap sengaja nak show off diri masih belajar tapi over bagi hantaran banyak. Jadi, mereka tinggal diamkan sahaja.
Buat apa nak ambik pusing perangai orang sebab mereka tetap akan mengata. Baik
atau buruk mereka akan tetap diadili.
“Don’t get me wrong. Jealousy is part of women major emotion, Love. I
never feel regret of our marriage. Hantaran awak bagi walaupun banyak, and truth to tell you, I never expect that
you will give the hantaran based on
tarikh kita kenal, saya tak terhegeh-hegeh nak cakap dengan orang tentang hal
itu. In fact, saya diamkan sahaja
bila orang tanya dan I just let them
assume by themselves.
Bukan rela dimaki, tapi cakap
atau tak, mereka tetap akan judge
kita. Speaking of mahar, daripada
bagi kat isteri barang kemas up-to-toe sekalipun
tak guna kalau tidak dihargai, and lepas tu di gadai kalau dah desperate nak cari duit sayang. Saya
bersyukur, mahar saya awak bagi Al-Quran kegemaran saya, Al-quran pelangi. Awak
dah baca beberapa surah kegemaran saya dengan Al-quran itu before bagi saya. Bangga tau!” Lama Ann diam setelah panjang dia
menerangkan kepada suaminya tentang maksud perkahwinan mereka dan orang
sekarang.
Dia masih ingat lagi, sewaktu
Opah suruh mereka kahwin masa belajar. Lebih kepada rasa tanggungjawab dan
menjaga maruah keluarga. Bila Em suarakan nak bagi Al-quran, dia terdiam.
Memang itu yang dia nak dan dia tak mengharapkan pemberian yang besar pun
daripada Em. Kalau bagi wang ringgit pun akan habis kalau dibelanja. Kalau
emas, hilang atau digadaikan masa sempit, pun tidak akan kekal dengannya.
Al-quran dapat digunakan oleh sesiapa sahaja dan bila-bila masa sahaja. Tiada
isu pajak gadai, hilang dicuri dan habis bila digunakan.
Bahkan semakin digunakan, semakin
banyak pahala. Itu barulah namanya mahar tertinggi bagi Ann kerana harta
pertama yang si suami hadiahkan kepada isteri setelah selesai akad, adalah
pemberian yang membuatkan isteri berasa dekat dengan Pencipta.
Em masih tekun mendengar si
isteri memberi pendapat. Sebab itulah dia sayangkan Ann, dia cintakan Ann dan
hari-hari merindui Ann, kerana Ann sahabatnya. Ann walaupun muda daripadanya
tetapi mampu berfikir dengan matang. Walaupun selalu melatah dengan banyak
perkara, tetapi Em tahu bahawa cepat atau lambat Ann dapat menerima kerana Ann
berfikir sebelum bertindak. Ann juga bijak dalam memberi pendapat.
“Lama dah tak dengar awak bacakan
surah Ar-Rahman dengan saya. Saya rasa macam Fatih Seferagic versi saya pulak
bila saya dengar awak baca.” Kata-kata Ann membuatkan Em tersenyum. Dia masih
ingat lagi, selain surah Yaasin, Ann memintanya untuk menghabiskan bacaan surah
Ar-Rahman menggunakan al-quran yang dijadikan mahar perkahwinan mereka dulu.
“Dan saya sentiasa rindukan awak
menghafaz surah Maryam sayang.” Kata-kata Em memberi semangat kepada Ann. Kalau
dikenang semula, pengetahuan Ann dalam agama jauh lebih sedikit berbanding Em.
Ann memang diajar mengaji dan kalau didengar, Ann lebih lancar mengaji daripada
Em. Tapi Ann dulu di sekolah suka main-main, hal agama dia kurang ambil
perhatian daripada hal pembelajaran. Asal cukup solat, cukup lah bagi Ann. Dia
dan Izzah masa tinggal di asrama memang selalu escape kuliah agama di surau, nak berjemaah Subuh di surau jauh
sekali. Mana tidaknya, Subuh waktu sipi-sipi lagi matahari nak timbul.
Em pula seiring dan sekata.
Belajar dan agama sama tahap pentingnya. Walaupun macam lelaki lain, yang minat
sukan, yang sukakan games, tapi tidak
pula Em mengabaikan apa-apa aktiviti di sekolah. Bukan alim sampai kena pakai
serban atau jubah, tapi dia tahu itu bekalan. Namun, tidak pula Em pernah
menunjuk-nunjuk.
Setelah bertemu dengan Ann, Em
selalu ingatkan Ann tentang hal itu. Pada mulanya Ann menyangka dia lelaki
perasan bagus, padahal di sekolah selalu sahaja kena hukum dan main-main, tapi
lama kelamaan dia tahu tentang keikhlasan Em dalam mengingatinya tentang hal
yang satu itu. Dan mereka juga sama-sama sukakan muzik, jadi tak hairanlah
mereka ada bilik khas untuk meletakkan beberapa alat muzik mereka seperti di
rumah mereka sendiri sekarang.
“In sha Allah, kita ada masa
untuk sentiasa amalkan ini. Thanks so
much sebab bawa saya sampai ke tahap ini sayang. Kita boleh dah dedahkan
Sofea tentang solat. Dia pun dah selalu tengok kita solat and I bet soon, she will join us in Solat
keenly.” Ann tunjuk gembira dengan si suami.
“…how time flies kan? Sofea dan besar dan dah nak ada adik baru dah.”
Tiba-tiba Ann emo bila mengenangkan
betapa cepatnya Sofea membesar. Dia, kalau boleh memang Sofea sentiasa kecil.
“Emo ni kenapa? Memanglah as
time goes by, kita makin tua dan membesar. Tak adanya reverse growth sayang. Bila Sofea besar, she can take a good care of her mother.” Em menenangkan si isteri. Susahlah
pregnant mom kalau dah selalu emo macam ni. Ann tersenyum dan mencium
dahi Sofea di tengah-tengah dia dan Em.
“Sayang?”
“Hmm..”
“Can I have my “me-time” with Izzah tomorrow before kita balik KL lusa?
“No..” Em tunjuk muka strict depan si isteri. Sebenarnya saja
nak bergurau.
“Please..” Ann mula menarik-narik tangan si
suami yang memeluk Sofea.
“What
please? Please you? Please me first..”
Em tunjuk muka nakal. Ni yang Ann selalu terperangkap dengan si suami. Kalau nak
sesuatu mesti ada upah sebelum ada kebenaran. Ann buat-buat merajuk.
“..please
lah.” Em tetap
memujuk si isteri yang dah merajuk.
“Okay
fine, a kiss on your forehead, cheeks, nose and eyes only.” Ann tetap penuhi permintaan
suami semata-mata ingin mendapat keizinan untuk keluar bersama Izzah keesokan
harinya.
“Me-time” dalam kehidupan mereka adalah,
masa untuk mereka keluar bersama-sama kawan tanpa ditemani salah sorang dan
tidak membawa si kecil. “Me-time”
dalam perkahwinan mereka adalah masa untuk self-indulge
selepas penat bekerja dan menjaga si kecil, lebih kepada stress therapy mereka. Pun begitu, “me-time” mereka bukanlah selalu dilakukan, sekali-sekala sahaja
dan pada waktu tertentu.
Sewaktu Ann mahu mencium hidung
si suami yang berdiri didepannya sewaktu dia memenuhi permintaan suaminya tadi,
sengaja Em merendahkan lagi ketinggian nya, sehingga menyebabkan sasaran di hidung
berubah tempat. Ann terus menolak si suami yang sengaja mempermainkannya. Em
terus mengelak apabila Ann ingin
memukulnya. Dalam hati mereka sebenarnya suka, kerana selama perkahwinan mereka
tiada off button untuk mereka
bergurau. Dan gurauan itulah yang mebuatkan mereka semakin bahagia.
So
this is what you meant
When
you said that you were spent
And
now it's time to build from the bottom of the pit
Right
to the top
Don't
hold back
Packing
my bags and giving the academy a rain check
I
don't ever wanna let you down
I
don't ever wanna leave this town
'Cause
after all
This
city never sleeps at night
It's
time to begin, isn't it?
I
get a little bit bigger, but then I'll admit
I'm
just the same as I was
Now
don't you understand
I'm
never changing who I am
So
this is where you fell
And
I am left to sell
The
path to heaven runs through miles of clouded hell
Right
to the top
Don't
look back
Turning
the rags and giving the commodities a rain check
First and foremost, I would like to say a big sorry to all of you because I can't finish my part 4 by tonight because I have to sleep early. Lately, I've been attacked by "migran" and pitam. Yet, I didn't go and see the doctor. Haih.. Please don't think of looking down on your wellness babes. I often take coffee before going to bed and based on what I've read earlier this day, high intake of caffeine will caused the high probability of High Blood Pressure. Or the other word is Hypertension. Which I think I'm suffering on now.
Don't worry, I'll be completing my part 4 within this week. Now, I'm writing 1/3 of it. So, maybe tomorrow or the day after tomorrow I'll be publishing it. :)
Bear with me please.
I was totally happy to the max hearing you read my pieces. And that's definitely an inspiration for me. I know it's sucks waiting for something. But, I'll make sure that your endurance of waiting will worth it! Hehehe. Please jangan marah saya.
p/s: I love you. I'm trying to take Anlene more often each day. Haih, nak sihat bukan senang. Nak sakitnya senang.
Sofea rindukan awak! :)
Till then, night munchkins and Assalamualaikum. (kena paksa tidur before 1 a.m. Lepas call Mak!)
Few hours ago, I was attending our first session of The Orator Club with my lecturer. Apparently, there was no ice-breaking session like others might do because all of us know each other dah pun. lol. Here we are, starting the session with impromptu speech. Just to tell you, we were given a chance to choose our own number from 1 to 23 and by randomly pick on number 3, my speech entitled..
"If you are not a teacher, what would you be?"
Mind you, impromptu speech is spontaneous speech, so right after my lecturer told me the title, I started to talk. Errr, I just speak based on the words flying in my mind. Gittew! :p
At first, I said that I might be a doctor. To be specific, pediatrician. Being just a so-so student in the school, my result shows that I can't be a doctor. lol. I want to be a lawyer but I didn't say so. I want to say that I might be a businesswoman, and I did not say so as well. To my own surprise (eceh), I told them that I might be an author. So, I started mumbling with all the cot cet cot cet and all that until 2 minutes later. Yea, I did said that I will be a wife to someone as well. Hahaha. And I said, "Every human, want to get married and have their own children." Call me gatal, I don't care as I'm getting married soon. In sha Allah.
Back to the above title, what counts is bless. You know, since I started to do some writings about love and random stuffs around me, I do learn so many things. I'm blessed even belum sampai tahap saya memang selayaknya digelar sebagai seorang penulis. Memang, tak layak nak dapat panggilan tu. So, I'm just me. I like to be called as a student and orang biasa-biasa. Without any specific label. Keep it low. Wawawawawawa.
I'm sexy and I know it. hahahahha
Sampai ke tahap orang hantar feedback secara personal kepada F and Ibu and ada jugak yang text saya. Sumpah, saya tak bohong. Memang ada. Saya happy sangat-sangat sebab "what counts is bless". Yalahkan, apa ada pada penulis. Lagi-lagi yang bebas macam saya. Tidak diiktiraf dan masih muda lagi, umur baru masuk 21 tahun. Layak dah mohon BR1M tapi kami penuntut Institut Pendidikan Guru termasuk dalam golongan tidak layak. Entah part mana yang tak layak pun tak tahu. Boleh pulak melalut pasal BR1M kan? Hahahaha.
Kita memang selalu kata orang akan pandang tinggi dengan orang yang kerjanya besar-besar tinggi-tinggi sampai belajar kat negara orang. Alhamdulillah, saya suka tengok bahkan jealous jugak kadang-kadang sebab sendiri sambung belajar pun kat tempat sendiri. Again, what counts is bless. Mak bapak adik beradik semua insan restu saya ke arah bidang ini, jadi saya terima. Dulu sampai nangis taknak jadi cikgu sebab at least aim jadi engineer or lawyer, tapi rezeki keluarga takda, saya terima. What counts is bless, masa saya belajar kat IP ni, saya ada masa untuk menulis. Dan dengan berkongsi dengan semua, saya dapat ramai kenalan. Kakak-kakak, makcik-makcik, abang-abang and I do heard that some of the things I wrote help in their marriage. Masya Allah, best nya! Saya tulis apa yang hati saya cakap, lain-lain saya serah kepada orang nak menerima dan mengkritik.
Saya nak cerita, lepas menulis ni kan, saya ada kenal dengan sorang kakak ni dengan suami dia. Orang Johor dan suami orang Sarawak and I never met them. When we were about to arrange our so-called Em-and-Ann-mengopi-style, it is fated that we can't meet each other. Kakak Liyana, whom I started to know on 31st of December 2013 only by SMS, currently at Kuching while I'm here in my campus. Kun fayakun, even in surah Yaasin stated this. Dekat atau jauh, kalau takda rezeki takkan berjumpa. Kalau jauh sekalipun dia di Johor dan saya ditakdirkan ke Johor, saya akan bertemu dia walaupun dalam pertemuan yang tak dirancang. Sebab itu kita kena percaya kepada qada' dan qadar, Kun fayakun.
Dari kakak Liyana tanya saya pasal hubungan sehingga berkongsi banyak benda, kami jadi agak rapat. Almost everyday we text each other, macam orang dah lama kenal. Kenapa? What counts is bless remember? Bless in my writing perhaps. Memang saya tulis satu dua benda yang diluar cerita hidup saya, tapi ada impak bagi sorang dua yang sudi membaca pun saya dah bersyukur. Saya fikir tau, daripada kita maki orang dalam blog, baik kita tulis benda yang boleh dibaca umum dan dikongsi even itu cerita kita sendiri. Yang penting nawaitu, then comes the bless. Bayangkan, kalau saya jadi engineer or doctor perhaps, dapat tak saya peluang macam apa yang saya dapat sekarang? Wallahualam.
Kepada kawan, keluarga dan sesiapa kenal rapat dengan saya, tengok aktiviti harian saya, memang baca ni cakap saya perasan baik, perasan berilmu dan the list of perasan goes on.. tapi, apa yang saya try sampaikan disini adalah daripada benda simple boleh buat satu perubahan besar dalam diri saya. Saya tambah kenalan, saya tambah ilmu dan yang penting what counts is bless.
Masa kakak Liyana bagitahu saya yang kami mungkin tak dapat jumpa like what I've mention earlier and in my previous post, sebab dia ada hadapi masalah. Mungkin kena balik Johor sebab Mak kakak Liyana tak berapa sihat. In sha Allah, semoga cepat sembuh. Sedih tu memang lah, tapi kita ada next time kalau ada jodoh. :")
Actually, I bought a new baju for our first meet pasal terlalu excited, tapi takpela. Being so childish, I was crying in the class. Hahahaha. Thanks my boo, F for comforting me and said, we can still have a date sayangg. Hahahaha. Big girl still cries la! And I paksa him to pujuk his bro, to go mengopi together with us this Saturday, in sha Allah.
And F honey, Happy 46 months perkenalan. Semoga semakin erat dan akan dipermudahkan urusan seterusnya. Aminn.
Pardon my cakar ayam handwriting. Awal pagi dahhhhh melayang! Eh, I'm taking Anlene for advance cure for Osteoporosis. Haha :D
Part of my self-indulge mement is.. hardly trying to read. (Don't laugh please!) hihihihi
See, I read Reader's Digest and the article that I fall in love with is about my therapy. It's shopping! Hahaha