Hujan renyai-renyai di luar makin
membuatkan Ann semakin malas untuk bangkit daripada katil ditambah pula suhu aircond yang rendah di dalam bilik yang
sedia terpasang. Namun, mengingatkan satu suruhan yang wajib dilaksanakan oleh
seorang Muslim dia tetap menggagahkan dirinya untuk bangkit daripada
pembaringan. Sudahlah Subuh tadi dia lambat kerana masih mengantuk sangat
setelah puas menangis semalaman.
Sebelum berlalu di bilik mandi,
dia membelek mukanya sendiri di hadapan cermin yang sebesar saiznya di dalam
bilik itu. Kesan menangis di matanya masih lagi jelas. Muka yang sembab dan
mata yang sedikit lebam. Dia mengeluh sendiri. Suaminya dan Sofea pun tidak ada
di bilik sewaktu dia bangun daripada tidur. Masak untuk makan tengah hari pun
belum lagi. Mengenangkan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu kepada
Sofea terabai, dia beristighfar lagi. Terlalu ego dan mementingkan diri sendiri
sehingga tidak menghiraukan dua insan yang sentiasa bersamanya pada tiap masa.
Selesai memberi salam dalam solat
Zohor nya, Ann menadah tangan memohon doa dan petunjuk kepada yang Maha Esa di
atas sejadah. Doanya agar dia mampu menjadi anak yang baik kepada Umi dan Abah,
isteri solehah kepada Em dan ibu mithali kepada si permata hatinya dan Em yang
baru sahaja berusia setahun setengah, Sofea Hani. Lama Ann berzikir di dalam
ruang solat di rumah mereka, memikirkan semula pertengkaran yang terjadi antara
dia dan si suami semalam yang membuatkan dia menangis tersedu-sedu di tepi
tangga semalam.
“Awak tak faham apa yang saya
rasa Em!” Em yang baru sahaja balik dari
kerja pada pukul 10 malam terus tersentak dengan Ann yang tiba-tiba angin dan
menghempas pintu utama rumah mereka. Sofea baru sahaja tidur pada waktu itu.
“What’s going on Ann? Kenapa
perlu tinggi suara tiba-tiba ni? Our
baby is sleeping okay. Kalau ada apa-apa kita duduk bincang elok-elok.” Em yang
seakan-akan mahu marah itu cuba mengawal riak di mukanya dan cuba untuk
mengetahui perkara sebenar yang menyebabkan kemarahan isterinya. Satu
prinsipnya, masalah tidak akan selesai sekiranya kedua-dua belah pihak sedang
marah. Keputusan yang dibuat semasa sedang marah, adalah keputusan yang bukan
atas dasar rasional baginya.
“What did you tell my lecturer?
You wanna stop me from continuing my study ke apa? Mana pergi janji awak cakap
masa kita belum kahwin dulu? Nak suruh saya sambung belajar right after I’m
done with my degree. Awak tahu tak betapa malunya saya tadi dah bawak semua
document kat U, and out of the blue, my tutor cakap saya tak dapat masuk sebab
awak dah tulis surat cakap tangguh study because I’m focusing on our second
baby. Yeah right, I know I’m pregnant but it does not matter at all. Saya
tebalkan muka cakap tu semua salah faham but tak guna lagi dah sebab nama saya
dah terkeluar dari sistem. Kalau nak pun saya perlu urus semua balik right from
the beginning.” Ann bertentang mata dengan si suami yang jelas kelihatan letih
kerana balik lewat daripada kerja.
“ Saya lakukan semua ini bersebab
and for your information my love, I did tell you last week but you insisted on
continuing your study. Bukan saya tak bagi, saya tetap penuhi apa-apa janji
yang saya pernah cakap dekat awak. Cuma saya nak awak berehat, jaga kandungan,
jaga Sofea. Lepas baby keluar nanti you can still continue your study sayang. Saya
taknak apa yang pernah terjadi kat awak berulang lagi.” Em cuba untuk memegang
bahu Ann yang sememangnya sudah nampak hilang sabar dengan tindakannya itu.
Sudah dijangka oleh Em dan dia pun sebenarnya sudah bersedia dengan kemarahan
Ann yang apatah lagi sedang mengandung sebulan, Cuma waktu dia sedang kusut
memikirkan masalah kerja dan pulang pada lewat begini adalah waktu yang kurang
sesuai untuk berbincang mengenai masalah belajar Ann. Dia betul-betul
memerlukan masa rehat kerana terlalu penat.
Namun, baru sahaja dia memegang
bahu Ann, Ann menolak kasar tangan Em dan menyebabkan Ann sendiri yang
terdorong ke belakang serta hampir terjatuh. Nasib baik Em sempat memaut tubuh
kecil Ann dan memeluk terus isterinya.
“You’re paranoid Em!” kata Ann
dan melepaskan pelukan erat Em.
“Yes, you can call me paranoid or
pathetic or whatever it is but as a wife, you must obey with my decision! Only
one decision for this time. Tangguh sahaja dan bukan berhenti. Call me selfish,
I don’t care because by the time I’m making decision for your future, the only
person I think is you. Your safety. Our baby, our future Ann. It is not because
of I want to see your sadness, your failure. To see you hurt is not in my list
at all. Sebab itu saya mintak tangguh je bukan berhenti. Nak tengok awak sakit
sebab keguguran untuk kali kedua, sedih sebab kehilangan anak kita dan awak
sentiasa blame diri awak lagi macam dulu? No way Ann, no way! Semudah itu
alasan saya tapi tengoklah sebab dia.” Dari nada suara yang tinggi sehingga ke
rendah Em meluahkan perasaannya di hadapan Ann satu per satu.
Air mata, tolong lah jangan keluar dulu kata
Ann. Dia terkaku dan seakan-akan baru tersedar. Umur memang lah masih mentah.
23 tahun dan mempunyai suami dan seorang anak. Tapi, itu bukankah alasan yang kukuh
untuk dirinya agar berfikir secara waras dan matang.
“Dahlah, saya dah penat. If you
still want to argue about this matter, baik kita bincang daripada gaduh tak
tentu pasal. Please, I need a good rest. I’m tired.” Sambung Em lagi setelah
lama Ann diam dan menunduk.
Bermati-matian dia menyangka
bahawa suaminya itu tidak mahu dia belajar kerana mahu dia menjadi seperti
golongan isteri tradisional. Yang duduk di rumah sahaja menjaga makan pakai
suami dan anak serta tidak diberi peluang untuk menyambung pelajaran. Begitulah
pandangan awal Ann yang mungkin sama seperti sesetengah pihak yang mempunyai
definisi sama bagi isteri tradisional.
Em yang sudah menapak ke tingkat
atas dilihat dengan pandangan kabur saat matanya mula berair. Kenapa? Kesedaran
baru datang saat suaminya yang jarang menunjukkan kemarahan dan kuasa vetonya
baru menunjuk belang sebenar dan di saat mereka hampir kehilangan anak kedua
sebentar tadi sekiranya Em tidak menahannya daripada terjatuh kebelakang.
Ann duduk di tepi tangga dan menangis
memeluk lututnya. Dia penat, tapi Em lebih penat. Dia kecewa, tapi Em lebih
kecewa. Kecewanya kerana tidak dapat meneruskan pengajian ke semester dua.
Terpaksa menangguh pengajian. Em pula kecewa kerana dengan alasan semudah itu,
isterinya menyangka dia tidak memahami hati isterinya sendiri dan dia tidak
menepati janji yang pernah mereka sama-sama inginkan suatu masa dahulu.
Sudahnya malam itu, Ann tertidur
melurut ke lantai. Nasib baik, Em yang kiranya hendak turun ke bawah untuk ke
dapur melihat si isteri tertidur. Cepat saja dia mencempung isterinya itu ke
tingkat atas dan terus meletakkan Ann di atas katil. Serius dia ingatkan si
isteri sedang berada di bilik kerja mereka. Ann kalau menangis memang mudah
tertidur. Lama dia memerhatikan isteri yang telah lena namun masih lagi
tersedu-sedan di atas katil. Sebelum turun semula untuk makan di dapur, lama
dia mengucup dahi Ann.
My
honey, my wife, I may not perfect but I make all these because of you. Because
I love you Ann.
Hujan yang tiba-tiba turun dengan
lebatnya mengejutkan Ann daripada lamunannya. Telekung dan sejadah dilipat dan
diletakkan di tempat penyidai di tepi pintu. Ann turun ke tingkat bawah untuk
memasak makanan tengah hari mengenangkan perutnya yang lapar minta diisi.
Apatah lagi si kecil dan suaminya yang pastinya turut sama menahan lapar.
“Yen
yen go away, come again another day”
suara Sofea yang menyanyi dengan pelatnya di bawah membuatkan Ann ketawa
sendiri. Sejak lahir lagi, dia sudah dibiasakan dengan pelbagai ilmu
pengetahuan oleh Em dan Ann sendiri. Walaupun baru berusia 18 bulan, dia sudah
mengenali pelbagai objek sekeliling kerana pengajaran sewaktu kanak-kanak
sedang membesar membantu perkembangan otak mereka untuk menerima apa-apa sahaja
yang sesuai dengan peringkat umur mereka.
Yang makin membuat Ann tersenyum
lebar, apabila si suami yang dulunya melayan lagu orang berjiwa keras seperti
Sum 41, Blink 182 dan Avenged Sevenfold turut serta menyanyi nursery rhyme bersama si anak. Betullah
kata orang tua-tua, apabila seseorang itu telah mempunyai anak, sedikit
sebanyak memberi perubahan kepada ibu bapa mereka. Teringat pula zaman masih
mula mengenali Em dahulu, mana dia nak layan lagu slow motion dan lagu kanak-kanak, tak makan jiwa lelaki katanya.
Tapi sekarang tengoklah, si ayah bersama anaknya menyanyi bersama-sama sambil
layan mood cuaca sejuk begini.
“Hi Sofea mommy’s girl!” Sapa Ann
dari belakang Em yang sedang mendukung Sofea di pintu lungsur sambil memandang
keadaan laman rumah yang basah dalam hujan. Em terus memusingkan belakangnya
apabila mendengar Ann menyapa si kecil yang masih lagi mengulang baris lagu
yang sama sedari tadi.
“Hai..” anak yang disapa, ayahnya
pula yang membalas sapaan. Ann hanya tersenyum dan mengambil Sofea daripada
dukungan Em. Dia perasan Em memerhati segenap mukanya. Memang patut pun kerana
muka sembab, hidung memerah dan mata bengkak.
“Mommy, swim?” minta si anak yang
baru bertukar dukungan daripada Em kepada Ann sambil menunjukkan kolam renang
mininya di laman rumah.
“Cannot sayang. Hujan lah. We eat
first okay?” kata Em sambil mencium dahi Sofea kemudian mengenyitkan matanya ke
arah Ann. Ann yang mulanya tunduk terus panggung kepala apabila mendengar ayat
terakhir Em. Eat? Slumber si ayah cakap dengan anak suruh eat first padahal dia baru sahaja turun ke bawah untuk memasak. Ann
hairan sendiri, tadi dia menyapa Sofea, Em yang menjawab. Sekarang Sofea
bertanya kepadanya, Em menjawab lagi.
Em yang perasan riak si isteri
terus menyambung kata,
“Saya dah masak homemade bubur
ayam versi suami mithali tadi. Sesuai sangat dengan cuaca sejuk macam ni. Sofea
boleh makan, awak boleh makan dan saya pun boleh makan. Ingatkan tadi nak order
pizza, tapi macam kesian pulak dengan budak pizza hantar dalam hujan lebat. So,
tak salah kan saya nak tunjuk bakat di dapur sekali sekala.” Ann tersenyum
mendengar penjelasan Em. Dia tahu, Em memang pandai memasak, Cuma untuk masuk
ke peringkat sehingga di gelar sebagai chef ataupun terror memasak, mungkin
belum lagi. Em memang ringan tulang dalam melakukan apa-apa sahaja kerja di
rumah mereka. Setiap kerja mesti bersama-sama. Tiada istilah, kerja rumah untuk
kaum wanita, dan lelaki duduk goyang kaki, tengok TV, main bola, main game bagi Em.
“Bubur ayam only?” Tanya Ann
kepada Em yang sedang mengusap kepala Sofea. Em terus ketawa apabila disoal
begitu.
“Yup! Can stuff rasanya ada kat cupboard dapur kot. Kita makan sardine lah. Nak tunggu Puan Ann habis
rajuk, alamatnya sampai ke malam lah laki dan anak dia tak makan.” Em terus
mengaduh apabila digeletek oleh Ann yang turut disertai oleh Sofea selesai Em
berkata begitu. Ini memang Sofea suka. Like mother like daughter. Ketiga-tiga
mereka ketawa apabila isteri dan anak Em seronok mengenakannya di hadapan pintu
lungsur rumah.
Ann sedang melayan Sofea di
kaunter dapur sewaktu Em sedang menyediakan bubur ayam hasil masakannya.
Apabila Ann hendak bangkit untut membantu Em menyediakan makanan mereka, Em
menolak dengan alasan tiada apa-apa yang memerlukan pertolongan Ann.
“Ingatkan nak ajak mengopi dekat
Coffee Bean tadi, tapi tengok cuaca macam ni sebab tu tak jadi nak ajak keluar”
Em memulakan bicara sewaktu mereka baru sahaja duduk makan di dapur rumah.
Sofea nampaknya berselera makan bubur ayam air tangan Daddy dia. Mungkin sudah
jatuh hati dengan bubur ayam Em kerana selalunya Ann sahaja yang menyediakan
bubur ayam untuk mereka di rumah itu.
“Sebab tu Sofea dah terbiasa bila
pergi shopping complex, nampak je Coffee Bean dengan Starbucks, terus tunjuk
cakap nak coffee. Sebab dari kecik lagi Daddy dah suap coffee dengan anak dia”
Ann menyambung sambil mengelap mulut Sofea yang comot kerana bubur itu. Habis
tumpah bubur di kerusi bayi kerana Sofea tidak mahu disuap. Milestone bagi kanak-kanak berumur 18
bulan sememangnya sudah pandai meminta untuk makan sendiri.
“Alaa, nak risau apa. Dia hanya
terbiasa dengan tempat tapi balik-balik susu jugak dia pilih. Dia minum sikit Frappuccino mommy daddy dia, setakat nak
kacau-kacau feeling orang mengopi, lepas tu susu jugak dia minum. Kan Sofea?”
giliran Em pula yang mengelap mulut si kecil yang masih lagi berselera menyuap
bubur ayam yang pada masa yang sama, turut menumpahkan setiap suapan ke lantai.
Makin bertambahlah kerja Em selepas ini kerana pastinya dia akan mengemop
lantai juga.
Demi anak dan isterinya, tidak
pernah Em mengeluh walaupun sekali. Apatah lagi apabila mengetahui Ann sedang
membawa zuriatnya yang kedua pada minggu lepas. Dia tidak pernah menolak
takdir, menolak rezeki, bahkan dia bersyukur dikurniakan rezeki daripada Allah
yang pastinya rata-rata lelaki di luar sana akan berasa risau tatkala berusia
24 tahun bakal menimang dua orang cahaya mata.
Pada dasarnya, Ann masih lagi
belum matang dalam berfikir. Masih lagi ingin mengejar cita-cita seperti
rakannya yang lain. Apatah lagi dengan nikmat kebijaksanaan dalam dirinya dalam
bidang pelajaran, sudah tentu ada terselit rasa ingin mengejar cita-cita untuk
ke tahap yang lebih tinggi. Buktinya, malam tadi pertengkaran mereka terjadi
kerana tindakan Em menangguhan pengajian Ann ke semester 2.
Namun, dengan kehadiran Sofea dan
bayi yang bakal lahir nanti, Ann tidak pernah untuk menolak rezeki kurniaan
cahaya mata dariNya. Rakan yang sebaya dengannya masih lagi bujang. Ada yang
telah bekerja dana ada yang masih lagi mengejar cita-cita. Tiada langsung
istilah cemburu dalam dirinya, bahkan bangga dan bersyukur kerana dia mampu
mendirikan rumahtangga dan mengekalkannya sehingga ke hari ini bersama Em yang
sentiasa positif dan Sofea yang menceriakan hari-hari mereka.
“Sayang..” Ann memegang tangan
suaminya seraya memandang tepat ke mata si suami yang sedang menyuap anak
mereka bubur ayam.
“Hmm?”
“Pasal malam tadi..” belum sempat
Ann menghabiskan ayatnya, Em memintas.
“It’s okay. I know what you feel
sayang and I know, you are agree with my decision kan?” Em kenyit mata.
Kenyitan mata itulah yang sentiasa membuatkan Ann mengalah. That’s the power of your aura, my hero!
Ann ketawa seraya mengangguk
tanda setuju. Dalam hati Em tidak putus-putus mengucap sykur kerana tiada lagi
sambungan pertengkaran tentang perihal pelajaran si isteri apabila si isteri
sudah setuju dengan keputusan yang dibuatnya. Dia percaya, apa-apa sahaja
tindakan dan keputusan yang dibuat berdasarkan alasan yang rasional dan
pastinya untuk kebaikan bersama, akan mendatangkan keberkatan walaupun pada
awalnya agak sukar untuk difahami.
“I love you sayang.” Em bangkit
daripada kerusi dan mencium dahi si isteri.
“Daddy, I want some more.” Em dan
Ann ketawa melihat si kecil yang meminta untuk menambah bubur ayam padahal yang
disuap dengan sudu itu kebanyakkannya tumpah ke lantai dan bukannya disuap ke
mulut.
“Nampaknya Mommy kena belajar
masak bubur ayam dengan Daddy lah ni.” Em mengambil mangkuk kecil di hadapan
Sofea dan menambah bubur ayam ke dalam mangkuk tersebut.
“Or Daddy should take over
Mommy’s place in kitchen. Kan Sofea?” Ann menyahut dan dia bersama-sama Sofea
bersorak apabila Em terpaksa mengiakan cadangan yang berunsur buli itu. Dalam
terpaksa sebenarnya.
Petang Sabtu itu dihabiskan
dengan aktiviti di dalam rumah sambil mengajar Sofea benda-benda baru
memandangkan hujan lebat di luar tidak menunjukkan tanda untuk berhenti.
Selalunya pada hujung minggu, Ann akan mengajak Em keluar ke taman permainan
membawa si kecil untuk beriadah di samping mendedahkan keadaan alam sekitar
kepada si kecil daripada kecil lagi supaya kesedaran dalam dirinya dapat
dipupuk untuk mencintai alam sekitar.
Sewaktu awal usia perkahwinan
mereka 4 tahun yang lalu, bilik khas untuk Em bermain games dan jamming penuh
dengan CD games bola dan macam-macam
lagi, tapi sekarang semua itu sudah berubah 360 darjah. Di sebelah rak CD games Em terdapat CD pelbagai jenis
kartun untuk Sofea. Masa hujung minggu bersama keluarga inilah waktu Em dan Ann
melayan Sofea menonton siri kartun di bilik tersebut. Sekali sekala, ada juga
Em melepas rindu jamming di hadapan
isteri dan anaknya. Cuma lagu yang dimainkan bukan versi lelaki berjiwa keras
lagi. Ann memang standard bagi seorang perempuan, pastinya piano sahaja yang
dia mainkan. Kalau dulu dia selalu mainkan genre
seperti Beethoven, tapi sekarang,
demi anaknya, nursery rhymes sahaja
yang dia mainkan.
Masalah kerja yang tidak
putus-putus datang ditolak ke tepi. Masa hujung minggu diluangkan bersama
keluarga tersayang. Itulah Em, bijak mengatur masa dan sentiasa positif
walaupun masalah datang bertimpa-timpa. Tekanan hilang serta-merta apabila
melihat isteri dan anaknya gembira.
Selepas makan malam, Ann dan
Sofea sudah lama tidur di dalam bilik. Mungkin kepenatan kerana seharian
meluangkan masa bersama si kecil. Sebelum menutup pintu bilik tidur tadi dan
menuju ke bawah, Em lihat isteri dan anaknya sudah membuat macam-macam gaya
tidur di atas katil. Typical Ann dan Sofea. Sofea sebijik Ann kalau tidur. Tak
sah kalau tidur tak menguasai seluruh tempat.
Bunyi deringan telefon Ann yang
entah bila diletakkan di tepi meja ruang tamu mengalihkan tumpuan Em dari
melihat TV untuk mengangkat telefon.
“Waalaikumsalam Umi. Ann dah
tidur dengan Sofea tadi dah Umi.”
“Umi nak sampaikan jemputan
daripada Mak Su suruh kamu sekeluarga datang sini hujung minggu depan ni. Ada
kenduri kahwin sepupu Ann dengan Aqiqah Jibril kat kampung. Jangan tak datang.”
Umi terus menyampaikan niat sebenar dia menelefon Ann pada malam itu.
“In sha Allah Umi. Nanti Em
bagitahu Ann. Rasanya kalau setiap hujung minggu memang Em dan Ann free. Tak
tahulah kalau ada program last minute Umi.”
“Kalau ada apa-apa bagitahu Umi.
Datang atau tak datang, bagitahu Umi. Nanti senang Umi nak kemas rumah atau
masak makanan untuk Sofea kalau datang. Nak ajak Abah pergi pasar beli makanan
banyak-banyak. Bagi Sofea belajar makan makanan kampung. Takdelah nak makan
pasta ke sushi ke apa ntah lagi yang macam selalu dia makan.” Panjang pulak
huraian Umi kalau bab Sofea.
Em ketawa dengan respon ibu
mertuanya.
“Eh, nanti Umi call lagi. Ada
panggilan masuk ni. Kirim salam peluk cium dengan Sofea dan Ann tu. Jaga diri
elok-elok. Assalamualaikum.” Umi menamatkan perbualan mereka.
“In sha Allah. Waalaikumsalam
Umi. Kirim salam dengan Abah jugak.”
Sesaat, dua saat dan 10 saat
berlalu, tangisan Sofea di tingkat atas terus membuatkan pandangan Em yang lama
terarah pada skrin wallpaper handphone Ann terganggu. Gambar mereka bertiga di
dalam kereta. Dia, Ann dan Sofea yang sedang memakai Ray Ban tersenyum gembira.
Sofea pun pakai Ray Ban? Sekarang zaman moden, jangankan budak sebesar Sofea
tu, yang bayi baru lahir pun dah ada banyak fesyen pakaian dan eksesori. Jadi,
tak hairanlah kalau Mommy Daddy Sofea yang sememangnya ada high sense of fashion tahu nak bagi Sofea match dengan apa-apa sahaja
eksesori dan pakaian.
Sebelum naik keatas, Em melihat
jam di dinding.
11.30 malam..
“No wonderlah. Masa untuk Sofea
minum susu.”
Till then, hugs!
4 comments:
@Fateen Faheen this is totally amaizing! Bila mok kuarkan first novel? Mok jadi first customer please :)
@Nisa Raduan: In sha Allah deng. Mun ada rezeki ke sia. Kmk madah ktk gik okay. Thanks :) xx
Cikgu Fatin.kmk abg ash kwn bf u fahmie rite time nya d yayasan swak? kmk mk tnyk cni kmk boleh dptkn novel ktk tok.. reply ASAP..
Hi, kmk sikda molah copy novel ya bang. Nang nya d publish rah blog tok ajak. In sha Allah ada rezeki kmk ada bukukan kelak. Thanks for supporting this writing. :)
Post a Comment