Assalamualaikum and Hi! I miss rambling so much but I don't know why, masa cuti, otak tak ingat belajar semua tapi takda idea nak menulis. Mungkin penat jadi mak mak seharian, malam untuk me-time saja tu lah pasal tak menulis. By the way, this is UNFINISHED cerpen that I wrote during my exam week. Okay, it's exam week. I'm not kidding. One month ago. Pardon my unfinished story, sebab masa tu tengah belajar, masa tu jugaklah idea mencurah ke ladang gandum. Lepas dah lama kena biar, sebab tu plot lupa, cara nak membuat ayat pun jadi poyo and redo balik semua. Hahahaha.
Sorry. Hanya ini yang mampu. Apa kata you help me find the next event and ending of this story okay? Kalau berjaya baca sampai part saya tulis ni, thank you thank you. Dapat idea? Share lah sini, hatta kita jadi aothor kongsi. Hehehee. Till then, assalamualaikum and have a great day ahead. xx :*
Aku
dengan Am baru sahaja selesai makan malam bersama di apartment kami sendiri.
Selesai sahaja aku dengannya mengemas dapur, Am terus mengajak aku bermalasan
di kerusi Cleopatra di balkoni bilik kami.
“Sayang,
saya ada benda nak tanya?” mulaku setelah kami mula duduk.
“Hmm..
apa dia?” Tanya Am sambil mencari wajahku. Waktu itu, aku sedang mengelus
rambut Am yang baru sahaja berbaring di pahaku.
“Sayang
masih ingat lagi degan kakak angkat sayang tu ke? Yang suka dengan sayang”
tanyaku dalam nada serius.
Am
terus bangkit dan memandangku dengan wajah yang terkejut. “Apa ni sayang?
Cerita ini dah lama kan? Kenapa masih lagi nak ingat benda yang menyakitkan?”
Aku
tersenyum dan menggeleng, “tak sayang, saya Cuma nak Tanya. Nak kepastian. Tak
salah kan?”
Am
mula rasa tidak selesa dan dia seakan-akan mahu marah pada ketika itu.
“Why
on earth you should ask me this kind of silly question? How many times I told
you that I never like her. Come on lah sayang. Jangan spoil kan mood kita
please” Am menyuarakan ketidakpuasan hatinya dengan soalan aku tadi.
“I’m
sorry Am. I just can’t resist..” bicaraku terhenti melihat Am mula bangkit dari
kerusi.
“What
now? Berapa lama dah perkara ini berlaku. Kenapa masih mengungkit, mengingat
dan meragukan saya?” Am membuang pandang ke arah pemandangan kota pada malam
itu. Aku mendengar dia mendengus perlahan.
“So
sorry dear hubby. Saya tak bermaksud pun nak lukakan hati awak.” Aku bingkas
berdiri dan merapatkan diriku di belakang tubuhnya yang sedangkan
membelakangkan aku. Aku usap belakang Am degan lembut.
Namun
untuk beberapa saat selepas itu, aku lihat Am meleraikan rangkulanku. Dia
berpaling menghadapku dan mengusap kepalaku. Pandangan kami bertaup dan aku
lihat ada kesedihan pada raut mukanya. Am mengusap pipiku dan membawaku ke
dalam pelukannya.
Seketika
kemudian, dia mengajakku tidur. Setelah menyelimutkan aku di atas katil, Am
terus keluar dari bilik. Pada awalnya aku kira Am keluar untuk mengambil
minuman seperti selalu, tetapi Am tidak masuk ke bilik kami lagi selepas itu. Aku
berasa kurang selesa dan aku bangkit untuk mencari suamiku.
Apabila
aku membuka pintu bilik, aku lihat Am sudah nyenyak tidur di sofa ruang tamu.
Air mataku mengalir sedih. Aku berasa amat bersalah kerana aku telah membuatkan
Am terluka dengan soalan aku. Niatku hanyalah untuk bertanya tapi aku tahu aku
salah kerana membangkitkan perkara yang menyakitkan hati kami berdua. Aku masuk
semula ke bilik kami untuk mengambil comforter di atas katil. Perlahan-lahan
aku menyelimutkan Am yang entah bila terlelap di atas sofa. Aku tahu, Am tidak
mahu tidur di bilik tetamu di sebelah bilik utama kerana dia mahu menjaga aku
yang tidur di bilik kami serta dapat mengawasiku sekiranya aku keluar dari
bilik.
Aku
mencium dahi si suami dan membaringkan diri di karpet tepi sofa tempat Am tidur. Malam itu aku
menangis dalam lena.
Entah
bila aku sedar pada pagi itu, aku lihat aku sudah berada di atas katil dan
berada dalam pelukan Am. Aku sendiri tidak pasti bila masanya Am mencempung aku
untuk masuk tidur ke dalam bilik. Aku lihat suamiku masih lagi nyenyak tidur
sambil memelukku. Aku mengukir senyum bahagia. Aku tahu Am bukan jenis yang
mudah melatah dalam setiap masalah yang berlaku. Mungkin semalam dia terlepas
laku dengan sikapku.
Aku
segera bangkit dan membersihkan diri di bilik mandi. Aku mahu menyiapkan sarapan
yang istimewa untuk si suami. Aku ingin membuat spaghetti air tanganku yang
menjadi kegemaran suami sejak dahulu lagi. Biarlah kami makan makanan berat
pada awal pagi itu. Apalah sangat makan spaghetti hanya untuk hari itu daripada
ingin menggembirakan hati si suami. Soal diet ditolak ke tepi.
Setelah
selesai memasak spaghetti, aku mengejutkan Am yang masih nyenyak tidur di dalam
bilik. Aku tahu Am pasti sudah bangun dan menunaikan subuh nya yang sudah
lambat itu. Pelahan-lahan aku naik ke atas katil untuk mengejut Am. Namun,
belum sempat aku mengejutkan Am, dia sudah merangkul tubuhku dan dibawa ke atas
badannya. Aku mula berasa rimas apabila Am mula menciumku seperti anak kecil.
“Sayang,
sayang..” kataku sambil berusaha meloloskan diri dari pelukan Am.
“5
minutes please. Lepas ni kita breakfast okay” rayu Am. Okay, bab ini memang aku
tidak dapat nak negotiate dengan Am.
“No
sayang. Jom lah kita breakfast. Lagipun saya dah bau kuah spaghetti dah ni.
Busuklah kalau sayang cium.” Kataku lagi.
“Baguslah
kalau macam tu. Tak payah makan spaghetti lagi dah. Makan sayang lah paling
saya nak.” Kata Am. Sudahnya aku diam sahaja apabila Am mula memelukku. Am
memang nakal. Sekiranya dia mahukan apa-apa sahaja, memang dia yang akan
menang. Lama aku berada dalam pelukan Am, aku mula berasa rimas disebabkan
rangkulannya yang kemas serta menyukarkan pernafasanku. Typical Am.
“Sayang?
Sayang?” Aku mula melepaskan diri daripada pelukan Am seraya meniarap menghadap
si suami. Sempat lagi aku dengan Am bermain mata. Kalah buat kali kedua, aku
tertunduk dengan kenyitan serta pandangan mata Am. Dia ketawa. Dia mula
meniarap dan menongkat dagu memandangku yang berdepan denagannya. Aku memegang
pipi Am.
“Sayang,
I’m sorry for last night. I just wanna ask you about her. Sorry for hurting
you.” Am tersenyum memandangku selepas aku selesai berkata.
“Never
mind sayang. Salah saya jugak sebab emotional out of sudden. Then boleh pulak
merajuk sampai tidur luar. Sedar-sedar tengok sayang tidur kat karpet.” Kata Am
sambil mengelus mukaku.
“..tak
sampai hati tengok isteri tidur sambil menangis tersedu-sedu. Tulah pasal
merajuk terus tak jadi. Dahlah tak berselimut. Sayang, jangan macam tu lagi
please. Sayang dahlah tak tahan sejuk tapi taknak berselimut.” Kata Am lagi
“Sayang,
I’m sorry. Saya rasa sangat bersalah
sangat semalam. I’m not supposed to ask you that question.” Am terus ketawa
melihat muka innocentku ketika meminta maaf kepadanya. Dia sendiri sebenarnya
tidak menyalahkan aku tetapi dia agak terkejut dengan soalan yang telah aku tanya
semalam. Setelah beberapa kali memaksa Am untuk bangkit dari katil, barulah dia
bersetuju untuk bersarapan di ruang makan rumah.
No comments:
Post a Comment