Salam and hi loves!
Apo kabo? Sihat? Hahaha. Pokoyo nya. Walaupun apa yang hendak dikhabarkan (hah?) ini sungguh basi, tapi ada ku kesah? Hahaha. Tiadalah, sa memang mau kasi tahu sama kamu semua ni.
Last month, ( okay ini memang basi tahap basi yang sungguh) saya telah menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Fasa kedua. Guess what, sekolah yang menjadi sasaran adalah my former school. I is happy woh! Jumpa dengan guru-guru.
Sekolah Kebangsaan Tuanku Bagus Sebuyau memang antara sekolah yang tertua di Sarawak. Masa awal tahun 1920 an macam tu lah sekolah ini ditubuhkan. (Kalau tak silap lah. haha)
First thing yang buat saya happy masa PBS kali ni adalah dapat berkolaborasi, berporet (bia bna?), berbincang dan bertukar pendapat dan pengalaman dengan guru terutamanya guru vateran yang pernah mengajar diri ini. Ihiks! Lepas tu, since semua dah tahu kan, tak lah payah mana nak cari tempat kat kawasan di sekolah tu. Cumanya ada beberapa perubahan dan blok bangunan baru. Paling penting! Toilet masih terletak elok di kawasan nya seperti 10 tahun bahkan berpuloh tahun yang lampau. Okay, ini melampau! Out of all places and buildings, why toilet? Entahlah labu, macam cute je. Hahaha
Yang ketiganya (eh tigo ko?) sebab banyak sungguh makhluk yang saya kenali disitu. Bukan adik srmata-mata, cousins, jiran, anak orang kenal dengan saya ni. *Glamorous please! Satu nya yang best dengan komuniti Sebuyau ni, dorang punya respect toward teachers memang tinggi okay! Mereka cepat je kenal sapa cikgu even cilgu baru. Macam saya dengan Ika yang freshie yang belum lagi bergelar cikgu officially, tapi wah wah, golongan makcik pakcik abang kakak di kaki lima kaki empat semua tegur kite tahu! Terharu sampai nak menangis sakan kami yang tengah membonceng motosikal bapak I! *over disini anda perlu abaikan!
Pelajar kat sekolah lama saya ni mostly berlatarbelakangkan keluarga yang susah dan sedarhana. Mostly nelayan dan petani (berdasarkan kedudukan Geografi Sebuyau). Tapi anda perlu take note bahawa anak-anak golong ini cerdik serta mesra lagi mwnghormati guru. Mereka punya sanjung tinggi guru sampai nak jagi cikgu pun ada. Wahh, ini pun saya masih nak menafikan hakikat sendiri bakal jadi guru, sedangkan anak kecil suma mahu jagi guru!
Photo 1: Sendiri gambo di depan pagar sekolah. Dulu mano ado papan tanda sekolah serta pagar begini rupa! Sedih sikit.
Photo 2: Surat layang daripada pelajar
Photo 3: Surprise birthday party daripada students tahun 5. Fact, menangis saya okay!
Photo 4: Hadiah daripada students!
Photo 5: Dengan students yang sungguh playful yet adorable
Photo 6: Mengayat budak lelaki yang tak lama lagi nak mummaiz! haha
Tu jee. Nak berPBS lagi kat SK Tuanku Bagus la. Haha. :)
Salam'Alaykum dan jumpa lagi kawan-kawan!
No comments:
Post a Comment