Dulu
masa kami bertiga (belum ada Effa, Mukhriz dan Irfan) hidup kami cukup untuk
apa adanya. Asal kasih sayang Mak Bapak melimpah ruah, itu sudah cukup bagi
kami. Tak perlu nak membeli teddy bear besar, tak perlu juga kereta control dan
mainan hebat seperti saudara mara kami yang lain. Mengapa saya cakap teddy
bear, sebab dari kecik lagi Mak tak mahu membiasakan kami dengan barang
permainan. Mainlah apa yang ada, yang ibu-ibu (makcik) beli, nenek beli, yang
Mak dan Bapak telah sedia beli, itu sudah lebih daripada mencukupi. Sebab apa
saya kata teddy bear, dari kecik lagi saya taka da teddy bear yang besar! Besar
tapak tangan, yang sedang-sedang sahaja. Yang mampu dimiliki itu sudah cukup.
Umur 17 tahun baru saya ada teddy bear besar saya SENDIRI. Kesian? Tak usahlah,
ilmu ada itu sudah cukup.
Masa
itu, Bapak bekerja sebagai seorang buruh. Mak pula suri rumahtangga.
Kekurangan, tidaklah! Kami bahagia, saya tetap bersyukur. Duit bukan dapat
membeli kebahagiaan. Sekiranya mampu, berapa orang sahaja yang saya lihat yang
kekal lama dengan kebahagiaan yang tercipta daripada wang ringgit. Didikan dan
kasih sayang adalah kebahagiaan bagi kami bertiga.
Saya
hairan, mengapa perlu mempersoalkan tentang duit dalam kehidupan seharian kita?
Adakah duit itu jaminan kebahagiaan? Adakah duit itu dapat dijadikan sebagai
kayu ukur kejayaan kita kelak. Orang yang kaya itu bukankah dia bermula
daripada zero? Bapak dulu ada sebuah motosikal. Motor itulah dibawak ke hulu ke
hilir dengan kami bertiga. Alhamdulillah hujan panas kami redah pun bahagia dan
mampu tertawa.
Bapak
saya orangnya strict. Masa kami bertiga mula bersekolah dahulu, boleh kata
setiap minggu kena spot-check buku-buku latihan. Anaknya pula memang nakal.
Buku yang banyak tanda pangkah da nada komen negative daripada guru, kami
sembunyikan bawah katil atau di celah-celah bantal. Cara Mak dan Bapak mendidik
sama sahaja macam ibu bapa lain. Tiada istilah dera atau paksa. Semuanya tegas
tetapi tetap mementingkan kasih sayang.
Oh,
dulu mana ada feri macam sekarang kalau nak pergi Kuching. Kena naik bot
express ataupun bot laju. Selain daripada tiada tujuan penting, keadaan
pengangkutan yang agak payah menyebabkan kami jarang pergi ke Kuching. Bagi
kami, ke Kuching pada suatu ketika dahulu umpama pergi ke KL kita pada masa
sekarang. Agak payah. Pernah suatu masa dahulu, saya menangis kerana terlalu
ingin mengikut nenek ke Kuching. Dengan muka basi baru bangun tidurnya,
menangis dengan teruk hanya kerana ingin ke Kuching. Bukan ingin menggambarkan
susahnya hidup atau desperate nya saya, tapi itu adalah realiti kehidupan.
Bukan untuk dibeli dan disesal tapi cukup untuk mengajar kita erti usaha dan
syukur. Bukan tak pernah pergi, dan yang paling buruknya pun 2 kali setahun.
Macam mana pulak dengan keluarga lain yang memang tidak pernah menjejakkan kaki
pada masa itu.
Susah
tidak, senang pun tidak. Tapi kami tetap bersyukur dan menerima. Orang
membandingkan mak dengan mereka, Mak tak ambil pusing. Mungkin sekarang baru
saya tahu (setelah saya faham apa yang sesetengah orang cakap) dan itu menyebabkan saya benci dengan orang
tersebut dan saya mula mengatakan sesuatu yang mampu menyakitkan orang
tersebut. Mak suka? Tidak, tapi mak marahkan kami. Mak cakap bertahun-tahun dah
dia dengar benda yang sama tapi dia tak pernah ambik kisah. Cukup pada suatu
masa nanti, dia yang akan bercerita kisah gembira dalam hidupnya. Melihat
anak-anak Berjaya dan memiliki masa depan untuk dia dan Bapak cukup. Lebih
membahagiakan dan dia akan bersyukur. Cukup bagi dia andai Allah membahagiakannya
dengan cara lain, Mak Bapak gembira dan bersyukur. Tidak perlu harta kekayaan
sekiranya kekayaan ilmu anak-anak dan diri sendiri membahagiakan mereka.
Alhamdulillah,
Allah itu Kaya dan Mengasihi. Mungkin terlalu awal untuk saya berkata tapi
fahamilah, saya bukan meriak. Dengan perlahan rezeki datang dan Bapak bekerja
dalam sector kerajaan. Bukanlah orang besar dan pangkat tinggi tapi cukup untuk
menambahbaik apa yang dulunya tiada. Dengan anak sulung, Nurul Syafika telah
bekerja sendiri, saya, Nurul Fatin, menjadi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan TESL dan adik, Mohd. Fuad Afzul sebagai pelajar Diploma Kejuruteraan
Mekanikal. Cukuplah, kami bersyukur. In Sha Allah pada masa datang, Nurul Farah
Nabila, Mohd. Mukhriz Farhan dan Mohd. Farish Irfan akan mencari kejayaan mereka
masing-masing. Dan masa itulah kami membuktikan bahawa tidak perlu ada harta
yang banyak dan nama yang tinggi (konon nya orang Besar), kami mampu dan
bersyukur. Itulah nikmat orang sabar.
Cukuplah
kami bahagia tanpa gangguan tanpa kekayaan yang banyak sehingga menyebabkan
kami alpa. Kami bersyukur.
Karya
anak kedua
2
Sep. 13 (11.35 pm)
p/s :Sebenarnya lama dah tulis, seperti dalam tarikh di atas tapi baru nak copy paste. hugs. salam'alaykum :)
No comments:
Post a Comment