Thursday, September 6, 2012

Mode : Forever Alone..

Salamun salam and a very good days.. Bila teman bercakap takde, teman bermesej takde, tiba-tiba mode ini datang dengan sendirinya. Aku macam gilaaa sunyi sebab boring yang teramat. Homeworks memang ada tapi macam takde pulak feel nak siapkan. Busy? Yes I am, but for now tahap boring and alone to mengalahkan tahap busy. Sekarang pun tengah bercakap dengan blog sendiri. Kesian aku. Hahahahaha. Assignments aku macam haram bila semua subjects ada assignments. Haiyaaa!

Aku rindu dengan something. Dia adalah bantal busukku. Last week aku balik tapi boleh pulak aku lupa nak bawak benda tu dalam beg aku. 3 malam aku tak dapat tidur tanpa beliau. Macam baby lah pulak kan? :p Like seriously, aku memang langsung tak dapat tidur selagi aku tak mengantuk bagai orang nak pengsan semasa ketiadaan busukk aku. Aku selalunya cium bau bantal aku (sound stupid to the end), peluk-peluk dia then time tidur memang dia tutup muka aku. Beberapa hari ni, aku guna selimut pun tak dapat. Masa susah senang nangis ketawa terbahak-bahak aku kat mana-mana ditemani busuk aku tau. Tahulah kalau tikam kat sungai, buaya pun lemas kat sungai tu, tapi bagi aku busuk tu ada sentimental value dia sendiri tau. Uhuksss :') Tidur aku ntah hape-hape dah sekarang ni. Sedih sangat masa sunyi-sunyi macam nilah aku mencari dia. Takde nya aku mencari orang, bantal tu yang dulu aku grab time macam ni. Sebab di bagi protection dengan aku. Kot? Sekarang nak tidur pun payah. Aku rasa kan, kalau kahwin, takdenya aku peluk laki aku, mesti aku carik bantal tu dulu before tidur. Hahahahaha, mati lah aku kalau-kalau orang yang berkenaan baca. Eh, gatal eh aku? :3

Ada baju pun baju dah bau hampas locker. Perangai locker aku sebijik dengan tuan dia. Heh.

Busukkkkk.. I MISS YOU AND I REALLY NEED YOU man!!
Aku nekad, next week bersempena dengan cuti Hari Malaysia, aku akan balik untuk menjengok sejurus mebawa busukku balik ke pangkuan tuannya ini. Assalammualaikum and night fellas. :)

No comments: