Friday, September 28, 2012

Fact of being TESLian!

Salamun salam and a very good days.. Bila mood aku datang nak update blog, rasa nak update segala benda yang tersemat di dada je. Kalaulah kata hati dapat diluah dalam blog secara auto, memang lama dah blog ni up-to-date kot.

Well people, I just want to share a fact about being a TESL student. Likewise, TESL kalau kat tempat kita-kita ni memang ada great number of haters and likers. Well-balanced. Kalau lover tu, aku no comment lah. Macam haram lah kalau ada lover. Tu pun mungkin pakat-pakat dengan lecturer yang mengajar suruh jadi lover engkau kan? #sound sarcasm?Yeah, I mean it.

Aku bukan nak membuka pekung di dada sendiri or memburukkan mana-mana pihak tapi being TESLian memang kadang-kadang buat aku rasa fed up and MAHA hairan degan sikap segelintir makhluk. Okay, segelintir. Note that! Gelaran yang common untuk budak TESL bak kata Abah adalah "budak mata biru", "budak rambut blonde" and so on so forth. Aigoo, bila aku belek tudung yang aku pakai masa cakap omputeh degan orang, takde pulak rambut aku bertukar blonde. Setakat ni, Alhamdulillah masih hitam rambut aku. Kot ya pun bertukar nanti pun colour dia putih, masa tua nanti. Tu pun kalau umur aku panjang. Ya Allah, panjangkanlah umur aku sebab aku nak bagi kebahagiaan dan membalas jasa mak bapak aku kat rumah. Aminn.

Seperti yang aku dah cakap, kat mana-mana, kami TESL ni memang majority orang benci tau. Sebab? Kami ni mengada lah apa lah. Terima kasih lah, suka benar aku mendengarnya. Ni haa, tak kisah lah engkau pelajar TESL ke BM ke Math ke Sains ke Arab ke apa bagai lah kan, kalau niat dalam hati orang tu tertera nama kau yang dia benci, memang dia akan benci. Tak caya? Ahh, sudah! Ironinya, TESL kami (bukan nak show off tapi fact) memang dynamic tau. Kami boleh survive sendiri and boleh pulak join mana-mana aktiviti. Bukan nak tunjuk power bagai tapi dengan nawaitu nak mencuba and memeriahkan suasana disamping nak ambik cert. Cert ni kalau kau nak tahu, memang penting bila interview nak apply kerja nanti. Takde nya kami nak tunjuk kami ni hebat dari mana-mana pihak. On the other hand, orang benci dengan kita ni kan, kita buat baik salah, dah buat salah apatah lagi. Buat baik nanti orang cakap show off, mengada, nak tunjuk dia hebat dan sewaktu dengannya. Buat salah nanti cakap kurang hajak la terlebih hajak la and kami ni tak respect orang lah. Lumrah kan kalau situasi macam ni bila mana orang benci kita.

Sungguh, sungguh dan sungguh exotic cara manusia berfikir. Dan epic, epic dan epic ceteknya fikiran. Memang, aku sendiri pun banyak complain, tapi kalau benda dah nyata betul tapi orang seolah-olah menegakkan benang yang basah ni apa cer derrr? Actually, aku tak la emo sangat kalau takat emo aku baru 200% ni tapi kalau betul aku atau mana-mana makhlu klain yang ada buat salah, cakap la elok-elok. Kan kami yang akan menakhluk IP pada masa datang, so kalau kesalahan tu tak ditegur dengan cara yang sewajarnya, how can you expect we all nak jadi orang yang dikehendaki kan? Normal la kalau orang nakal, bohong la kalau orang tu tak nakal. Ni tak, budak nerd pun kena jugak. Perangai macam haram lah aku ni. Hahahha. Aku nak mintak maaf dengan semua yang terasa ke tak terasa ke dengan luahan atau sikap aku. Kadang-kadang aku advanced dalam perlakuan tapi itulah sikap aku. Aku tak hipokrit but, perangai aku yang haram ni pun aku agak-agak jugak bila act tau. Hmm, aku bercakap macam melepas dengan blog. Tapi kalau ada orang yang berkenaan baca, aku mintak ampun awal kalau aku mengguriskan hatimu okay.

p/s : Aku nak balik rumah esok. Sambut birthday Mak aku. InsyaAllah kalau takda aral. Doakan semuanya berjalan ikut plan. Amin. Wallahualam. Selamt tengah malam.

5 comments:

Anonymous said...

amin sentiasa hubby doakan ye.. :)

Narcissus Oddblogger said...

i know how it feels.
not everyone can be a TESLian. =)

Dora said...

Well! I am proud to be a Teslian :D

Semester berapa da?

Fateen Kamarudin said...

you know right. sometimes its hurt sometimes it a pleasure :)

Fateen Kamarudin said...

dora, baru sem 3 ppismp. awak?