Friday, September 28, 2012

Fact of being TESLian!

Salamun salam and a very good days.. Bila mood aku datang nak update blog, rasa nak update segala benda yang tersemat di dada je. Kalaulah kata hati dapat diluah dalam blog secara auto, memang lama dah blog ni up-to-date kot.

Well people, I just want to share a fact about being a TESL student. Likewise, TESL kalau kat tempat kita-kita ni memang ada great number of haters and likers. Well-balanced. Kalau lover tu, aku no comment lah. Macam haram lah kalau ada lover. Tu pun mungkin pakat-pakat dengan lecturer yang mengajar suruh jadi lover engkau kan? #sound sarcasm?Yeah, I mean it.

Aku bukan nak membuka pekung di dada sendiri or memburukkan mana-mana pihak tapi being TESLian memang kadang-kadang buat aku rasa fed up and MAHA hairan degan sikap segelintir makhluk. Okay, segelintir. Note that! Gelaran yang common untuk budak TESL bak kata Abah adalah "budak mata biru", "budak rambut blonde" and so on so forth. Aigoo, bila aku belek tudung yang aku pakai masa cakap omputeh degan orang, takde pulak rambut aku bertukar blonde. Setakat ni, Alhamdulillah masih hitam rambut aku. Kot ya pun bertukar nanti pun colour dia putih, masa tua nanti. Tu pun kalau umur aku panjang. Ya Allah, panjangkanlah umur aku sebab aku nak bagi kebahagiaan dan membalas jasa mak bapak aku kat rumah. Aminn.

Seperti yang aku dah cakap, kat mana-mana, kami TESL ni memang majority orang benci tau. Sebab? Kami ni mengada lah apa lah. Terima kasih lah, suka benar aku mendengarnya. Ni haa, tak kisah lah engkau pelajar TESL ke BM ke Math ke Sains ke Arab ke apa bagai lah kan, kalau niat dalam hati orang tu tertera nama kau yang dia benci, memang dia akan benci. Tak caya? Ahh, sudah! Ironinya, TESL kami (bukan nak show off tapi fact) memang dynamic tau. Kami boleh survive sendiri and boleh pulak join mana-mana aktiviti. Bukan nak tunjuk power bagai tapi dengan nawaitu nak mencuba and memeriahkan suasana disamping nak ambik cert. Cert ni kalau kau nak tahu, memang penting bila interview nak apply kerja nanti. Takde nya kami nak tunjuk kami ni hebat dari mana-mana pihak. On the other hand, orang benci dengan kita ni kan, kita buat baik salah, dah buat salah apatah lagi. Buat baik nanti orang cakap show off, mengada, nak tunjuk dia hebat dan sewaktu dengannya. Buat salah nanti cakap kurang hajak la terlebih hajak la and kami ni tak respect orang lah. Lumrah kan kalau situasi macam ni bila mana orang benci kita.

Sungguh, sungguh dan sungguh exotic cara manusia berfikir. Dan epic, epic dan epic ceteknya fikiran. Memang, aku sendiri pun banyak complain, tapi kalau benda dah nyata betul tapi orang seolah-olah menegakkan benang yang basah ni apa cer derrr? Actually, aku tak la emo sangat kalau takat emo aku baru 200% ni tapi kalau betul aku atau mana-mana makhlu klain yang ada buat salah, cakap la elok-elok. Kan kami yang akan menakhluk IP pada masa datang, so kalau kesalahan tu tak ditegur dengan cara yang sewajarnya, how can you expect we all nak jadi orang yang dikehendaki kan? Normal la kalau orang nakal, bohong la kalau orang tu tak nakal. Ni tak, budak nerd pun kena jugak. Perangai macam haram lah aku ni. Hahahha. Aku nak mintak maaf dengan semua yang terasa ke tak terasa ke dengan luahan atau sikap aku. Kadang-kadang aku advanced dalam perlakuan tapi itulah sikap aku. Aku tak hipokrit but, perangai aku yang haram ni pun aku agak-agak jugak bila act tau. Hmm, aku bercakap macam melepas dengan blog. Tapi kalau ada orang yang berkenaan baca, aku mintak ampun awal kalau aku mengguriskan hatimu okay.

p/s : Aku nak balik rumah esok. Sambut birthday Mak aku. InsyaAllah kalau takda aral. Doakan semuanya berjalan ikut plan. Amin. Wallahualam. Selamt tengah malam.

Tuesday, September 25, 2012

Le Birthdays!

Salamun salam and a very good days.. 2 minggu dah tak update blog. Rindu jugak la nak jadi segeh kan? hahaha. Actually, tak tahu apa nak update tapi since aku teringat dengan angka 22 dan 25 maka aku nak update pasal birthday je la. First thing first, today is  my Mak and Ibu punya birthday besides friends kat Facebook. Ibu is my Encik Boyfreng punya mummy. Mak, Ibu sanah helwah. Mabruk and Uhibbu Ummi. :D Aku balik Jumaat nanti akan celebrate birthday mak kat Steamboat. Itu la plan si Kakak aku yang kat Miri sana. InsyaAllah! Dia siap bagi beg Gucci. Aku belom ada plan lagi kerana duit pun tarakk. Macam haram kan? Takpe, itu dapat di postponed. 

Done kisah pertama.

Crystals from Ashna dan Ika
Walaupun dah BASI yang teramat tapi aku still nak cerita pasal belated birthday aku sebulan yang lepas. Hehehe. Sila cakap aku mengada okay! lol. Alhamdulillah pada 4 Syawal lepas adalah birthday aku yang ke 19 tahun. Seperti aku dah mention (ade ke?) before, surprise birthday aku telah dibuat oleh sang Kekasih. Thanks awak. Sayang gilak-gilak eh. Dia siap belikan cake Secret Resipe dengan aku bawak dari Kuching ke Sebuyau. 3 hours in the car, nasib baik tak cair. Appreciate giler. Sorry sebab tak letak gambar dengan dia. Kat Facebook adala. Hehehe. And to Ting Nyawa, thanks for the meaningful card and bracelet. And those warm wishes dari semua orang.

Done kisah kedua.

Tahu tak tengah malam Sabtu bersamaan 22 Sept, kami telah berpakat nak kenakan Ting. Birthday dia, even plan macam tak jadi. #sensored birthday surprise ever. Kami main kotorkan muka dengan cake choc dia. Dahla ada record video. Malam tadi review, memang ntah apa-apa la kami ni. Kecoh dekat IP padahal takde manusia pun masa tu. By the way, hope you like the present dear. 

Random talk : I am over the moon because 2 malam lepas dah book ticket for friends-date vacation next year. Dah confirm but insyaAllah umur panjang diizinkan Allah memang akan pergi Cameron Highlands. We (me+fahmi,ashna+sas,ting+ehem,shasha_pierre) akan fly pada bulan 6 bagi menghabiskan cuti kami. Later, I will updated my blog about the vacation and my previous vacations kat KL and Miri okay. Sekarang dorang (ting and ashna) macam boring tunggu aku kat kelas ni nak masak. Hehe. Okayla, Chowlobete. InsyaAllah saya akan update lagi blog nanti pasal benda lain pulak. Memang banyak benda nak cerita tapi ntah kenapalah beku semacam bila dah log in blog ni. Wallahualam and salamun salam. Bye awak~

Wednesday, September 12, 2012

A thought perhaps.

Salamun salam and a very good days.. Alhamdullah esok a.k.a. tengah malam nanti hubungan saya dan Mr McDreamy dah 2 tahun setengah. Syukran lillahi Taala. :') sobs sobs.

Entahla, kadang-kadang hubungan yang terlalu panjang menyebabkan pelbagai masalah dan dugaan datang. Ala, normal la tu. Hati kita ni kenalah tough sikit untuk menghadapi segala macam keadaan dan situasi. Kan?

p/s : dah lupe mende nak di update. tu la pasal update mende ni. Bye awak-awak. Wallahualam. :)

Tuesday, September 11, 2012

Mata Kechikk ke SK Nanga Strass!

Salamun salam and a very good days.. Still dalam zon penat + stress + busy but ada pulak masa nak jengok blog sendiri kan. Macam mane tu? :P Kemain lagi title entry kan? Hahahahah  #sila ketawa terbahak-bahak.

Takla, aku baru balik dari buat survey pasal innovation kat SK Nanga Strass. The students are very lovely and dare to join every activities. I love them even we met for only 1 hour. Miss them already lohhh. Nanti la ada masa I update pasal dorang. Jumpa sekejap je pun but boleh buatkan aku lupa stress kat Maktab even just for a while kata Beyonce. Ecececece :D

Nah, jamu matamu dengan gambo-gambo nih.

Budak-budak yang sporting. :)
Cikgu mata kechikk ekoran tak cukup tidur bergambo dengan twin, Azzarina and Azzarini. Comel ah Cikgu dorang. Perghhh! Hahahaha :)
The Gangsta kat SK Nanga Strass remind me of my Primary 3 bro, Mukhriz. Miss him :')
P/S : Aku update blog guna title mata kechikk bagai sebab tak cukup tidur 2 3 4 5 6 hari ni sebab banyak sangat kerja. Tapi takpe, Allah ade and thanks to people that keep on supporting me and lift me up to keep on struggling. 
Wallahualam. Bye~ SalamAlaykum.

Monday, September 10, 2012

Penat Versus Stress

Salamun salam and a very good days.. Aku macam lebih rela kepenatan daripada didatangi stress. Perangai bagai macam bukan manusia lagi bila dah Maha Stress. Aku tahulah dekat nak final exam ni, tapi janganlah bagi kerja yang super banyak kat students? How can they espekkk aku nak belajar nak buat revision segala macam bentuk pelajaran dalam masa terdekat ni. Kat tempat aku belajar ni memang sangan exotic tau. Kami kat sini power gila lah. Pasal bila dekat-dekat habis semester, which means dekat nak final exam, segala bentuk pertandingan and aktiviti dorang anjur. Masa awal-awal semester memang heaven gila lah pasal freeeeee and takde aktiviti pun. I tell you, orang sini memang super power and takde mana-mana IPT lain yang dapat fight dengan kebijaksanaan pengurusan masa di sini yang amat aneh. Note that people! Even aku baru semester 3 tapi aku macam dah tahu sangat dah cara di sini. #ada bunyi kepasrahan dalam diri di situ.

AKU NAK BALIKK. AKU NAK BUANG RASA STRESS AKU DENGAN MELUANGKAN MASA DENGAN FAMILY AKU.

Aku dengan kawan-kawan aku pun rasa benda yang sama. Masa-masa macam nilah kita semua memerlukan keluarga. Kalau dah dengan family tu memang macam hilang segala macam rasa. Semalam aku call mak aku pun macam happy gilaaa. EVEN,aku tak cakap aku stress and tak luah masalah aku tapi dengar suara mak aku buat aku happy and rasa stress itu pun macam hilang sebentar. Okayla, jap lagi InsyaAllah aku buat presentation. Itu pun kalau sempat. Lecturer macam start bercakap dan critic benda yang classmates aku bentang. Salam'alaykum.

Thursday, September 6, 2012

Mode : Forever Alone..

Salamun salam and a very good days.. Bila teman bercakap takde, teman bermesej takde, tiba-tiba mode ini datang dengan sendirinya. Aku macam gilaaa sunyi sebab boring yang teramat. Homeworks memang ada tapi macam takde pulak feel nak siapkan. Busy? Yes I am, but for now tahap boring and alone to mengalahkan tahap busy. Sekarang pun tengah bercakap dengan blog sendiri. Kesian aku. Hahahahaha. Assignments aku macam haram bila semua subjects ada assignments. Haiyaaa!

Aku rindu dengan something. Dia adalah bantal busukku. Last week aku balik tapi boleh pulak aku lupa nak bawak benda tu dalam beg aku. 3 malam aku tak dapat tidur tanpa beliau. Macam baby lah pulak kan? :p Like seriously, aku memang langsung tak dapat tidur selagi aku tak mengantuk bagai orang nak pengsan semasa ketiadaan busukk aku. Aku selalunya cium bau bantal aku (sound stupid to the end), peluk-peluk dia then time tidur memang dia tutup muka aku. Beberapa hari ni, aku guna selimut pun tak dapat. Masa susah senang nangis ketawa terbahak-bahak aku kat mana-mana ditemani busuk aku tau. Tahulah kalau tikam kat sungai, buaya pun lemas kat sungai tu, tapi bagi aku busuk tu ada sentimental value dia sendiri tau. Uhuksss :') Tidur aku ntah hape-hape dah sekarang ni. Sedih sangat masa sunyi-sunyi macam nilah aku mencari dia. Takde nya aku mencari orang, bantal tu yang dulu aku grab time macam ni. Sebab di bagi protection dengan aku. Kot? Sekarang nak tidur pun payah. Aku rasa kan, kalau kahwin, takdenya aku peluk laki aku, mesti aku carik bantal tu dulu before tidur. Hahahahaha, mati lah aku kalau-kalau orang yang berkenaan baca. Eh, gatal eh aku? :3

Ada baju pun baju dah bau hampas locker. Perangai locker aku sebijik dengan tuan dia. Heh.

Busukkkkk.. I MISS YOU AND I REALLY NEED YOU man!!
Aku nekad, next week bersempena dengan cuti Hari Malaysia, aku akan balik untuk menjengok sejurus mebawa busukku balik ke pangkuan tuannya ini. Assalammualaikum and night fellas. :)

Wednesday, September 5, 2012

Makes Thing Clearer Part II

Salamun salam and a very good days.. Semalam aku update blog memang instant gila lah sebab tengah huru hara siapkan kerja sekolah but still dapat jugak curi masa 5 minit nak update pasal menda ni. What had actually happened was they met each other and had a coffee together at Kedai Mamak there. I don't really know much of what they had talked about. One thing for sure is about me. Tak boleh nak gaduh-gaduh sangat pasal ni sebab both (actually the three of us but since I am not with them so let assume two) of them really want to settle this unclear problem. 

Before aku dengan Encik Boyfreng go further in our relationship, I really want to settle this thing. Okay lah aku jelas dengan tidak berapa terperici. I never bring this kind of thing as a big issue. For me, tak salah kita ingat past kita. Kalau benda tu salah, kita takkan ulangi lagi and benda tu yang akan kita jadikan pengajaran kan? But, the thing is my Encik Boyfreng met my boyfriend (kawan lelaki bukan teman lelaki. Eh ada beza tau?) This boyfriend were my Boyfreng long time ago. Alhamdulillah tak la status tu nak buat kami semua berpuak-puak kan. And what makes me feel very shocked and hmm, entahlaa.. bila this guy returned the ring that I gave him long time ago. Tak tak, aku tak bukak aib or marah or whatever is it, cuma aku rasa terkilan. Biarlah berang yang lepas tu, simpan ke buang ke bagi kat kawan-kawan ke but not bagi balik kat aku. Prinsip aku, bila dah bagi barang kat orang, kot-kot lepas tu jadi musuh aku, aku takkan mintak balik benda yang aku dah bagi dia. I knew it from Encik Boyfreng. Takpelah kan. Hehehehehe :') 

Perhaps, dia nak bagi kat aku tapi tak berkesempatan. And the way he think mungkin taknak buang or bagi orang lain. Better bagi balik kepada tuan punya. Eh, takkan nak suruh Encik Boyfreng pulak yang sarung lepas ni. Tak boleh la kan. Simpan je la, tak pun aku buang. Tak payah buang, simpan sebagai kenangan. Bukan bermakna aku simpan aku ada rasa lain or apa tapi itu cara aku. I am 19 and I think I am not mature yet but still I can think of something that is good for my own life.Jodoh ketentuan ajal maut semua kerja Allah. Kita perlu berserah kepada Allah selepas kita berusaha dengan bersungguh-sungguh.

Dia pesan, kalau aku dengan Encik Boyfreng ikat apa-apa pertalian, dia nak tahu and dia nak dijemput. Aku rasa macam taknak sebab aku hormat akan perasaan orang lain. Come on la, maybe ada orang yang baca ni yang pernah berada di situasi ini faham maksud aku sebenar. Macam kejam! Tapi memandangkan ini permintaan dia even berat tapi we both akan cuba mempertimbangkan. 19 ain't just a number because budak umur 16 17 tahun lagi dah kahwin. Tak mustahil. Taklah aku gatai sangat nak kawen kan, tapi ini atas permintaan dia. Aku hormat lah. Tapi tunggu je la bila masa tu, tak semestinya sekarang atau masa terdekat tapi mungkin 2 3 4 5 6 tahun akan datang. Tadi aku kan dah cakap jodoh ketentuan ajal maut di tangan Allah.

Kepada Mohd Fahmi bin Derhan, saya mintak maaf kalau ada yang mengguris perasaan awak. Saya sayangkan awak. Jaga elok-elok bushukk saya yang lupa tu okay. Uhibbu Hubby. :)

Benda dah jelas mungkin. Hmm, kalau ada apa-apa cerita lagi nanti kita cerita la. Mana yang tak patut tu tak payah la.

Makes thing clearer..

Salamun salam and a very good days.. I feel like everything is clear now. Time to let go. My past is just my memory. I don't want to be like few people who want to lose their memory and start it all over again. I still want to know and remember it (my past I mean)  for specific reason. This is part of learning to be more mature. I love people around me for still supporting me, walking beside me as I need them.

I feel like I really want to cry. Sebab sedih dengan happy. Both. Ya Allah, jika ini takdirku, aku redha. Aku pasrah, Alhamdulillah. :")
Wallahualam.

Tuesday, September 4, 2012

Selamat Hari Raya

Salamun salam and a very good days.. Epic sangat kan aku? Lambat wish raya but still, we are in Syawal month. So takla epic fail sangat. I can't say anything for now, so why don't you watch these videos.

and this.
How different.
Pesan tangan kepada jari : Entahlah, jauh  sangat dah. Taknak takpe. Penat aku dahh. Mungkin banyak sangat minum air carbonate kotttt.  I try my best then.

Monday, September 3, 2012

That's Life.

Salamun salam and a very good days.. Dalam hidup nikan, kita mesti ada give and take tau. Ada upside down nya. Bukan aku sorang yang experienced, tapi sume kita. Kenn? Tak nak caya ya udah. :D Entahla, kadang-kadang bila dok sorang-sorang buat refleksi harian, aku rasa macam aku jahat. Kadang-kadang aku RASA baik sangat.  Eh lumrah apa. Tak perlu tunggu orang judge kita, kita sendiri la buat refleksi sendiri and judge diri sendiri. Hanya kita yang tahu diri kita siapa selain Yang Maha Mengetahui. Macam aku ni, kadang-kadang terasa diri TERROR sangat bila judge orang padahal sendiri takdela takat mana pun pakej. Ada pun macam harammm sangat. Macam atas hidung lah kiranya kebolehan tu.Hahaha. (Gelak kejap)

My bad bila lepas laku (note: bukan terlepas laku okay) mengata itu dan ini tentang orang. Ya Allah, berdosa pulak rasa. Yalahkan, manusia ni, memang takleh kurang sikit orang pada pandangan mata, memang nak jadi buah mulut dia. Eh, commonly jenis insan yang bernama perempuan la buat camni. Ingin aku tegaskan, COMMONLY perempuan. Lelaki pun ada jugak la ertinya. :P Bila aku sedari kan, orang yang kita dok cakap jahat tu rupa-rupanya lebih baik daripada kita. Hmm, lebih baik kita berdiam diri tapi bukan memendam. Bapak kawan aku ada cakap, "Think Positive". Yelah kan, sampai bila nak bawak perangai negative and bagi pandangan buruk tentang orang lain. After all, tu kan proses seseorang nak berubah. Tak takut dosa? Kalau minta maaf pun, orang tak redha takdenya kita dimaafkan. Takut lah aku. Tapi bukan maksud aku tulis entry ni, aku insaf 100%, setidak-tidaknya aku mengingatkan semua orang and yang penting diri aku sendiri. Aku nak jugak berubah jadi baik tapi tak boleh la drastik kan? So, slow-slow la. :")

p/s : Hari ini, esok dan InsyaAllah lusa ada Netball Competition. Result team aku pada hari ini untuk first match kalah and second match menang. Macam terbalas la kekalahan tu. Hihihihi. Ya Allah, permudahkanlah kami 9 orang (7 orang yang main, 2 simpanan) main untuk next match. Aminn. Menang itu harus, cooperation itu wajib. Wallahulam. Assalammualaikum. Bye~

akung ashmang sebang cuacang.