Assalamualaikum and Hi!
Hola everyone, how are you guys doing? Oh, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Fatin (Batin) too. Ihaaaa! Well, I'm not going to mumble about my raya story here because I'm going to post my cerpen. Yeah, to sum up my Raya, it was kind of awesome at first, but later it made my cryyyyy because knowing the fact that F is not with me. *wails*
And I'll be away for 3 days camping for this week and 4 days camping until SATURDAY FOR GOD'S SAKE next week guys. This is not cool I know but do I have any choice here? NO right? So, serve me right. Spending my nights in the camp with all the mosquitoes ans leech and ufthhhhh whatevs! You wanna complaint pun tak guna. LOL
So, feel free to comment alright?
Miss Sofea? Oh don't worry, there are Sofea, Faiq, Ann and Em in this cerpen too. You wanna know, you have to read it until the end. Okay, I have to go. Assignments are waiting. Muahhh! Love you bunch xx.
Setia
Menunggu (Syawal’s Cerpen)
Cuti
tak approve. Again.
Whatsapp yang ringkas dihantar oleh
suaminya membuatkan Elle terkaku dan tak membalas pesanan whatsapp suaminya. Walaupun setelah 5 minit si suami menelefonnya,
Elle tak mampu untuk mengangkat telefon. Selama 4 tahun mereka bersama, tak
pernah walau sekali pun mereka tidak beraya bersama. Sebelum berkahwin, selepas
mengenali suaminya, Zarith, pun mereka tidak pernah berenggang walau sekali.
Ujian. Dugaan. Barangkali. Tapi,
dalam tahun itu sahaja, mereka sudah diuji dengan bermacam-macam perkara.
Bermula daripada masalah pelajaran Elle sehingga ke masalah kerja mereka,
sehingga kepada masalah mereka sekarang. Akhirnya, dia membalas pesanan Whatsapp daripada suaminya yang sudah
lama terbiar begitu sahaja.
Saya
dah pilih tema baju raya kita. Brown! Saya beli kain kita masa keluar dengan
Mama. And semalam dah hantar kat tailor.
Telefon berbunyi. Kali itu Elle sudah
tidak dapat mengelak lagi, dia terpaksa mengangkat telefon. Lama mereka diam
tanpa sebarang kata, akhirnya Zarith memulakan perbualan.
“You know.. I’ve tried few times. Orang baru macam saya memang
takkan dapat cuti pun.”
“I know..”
“Sayang, kalau awak nak saya resign, saya…”
“NO! We talked about this. Please. Let’s give it a try.” Elle memintas
kata-kata Zarith sebelum Zarith membuka semula masalah yang mereka sudah
sama-sama selesaikan tak lama dulu.
“Sayang, kita tak pernah macam ni
tau tak. Tak pernah raya berasingan, duduk berasingan. Buat semuanya
berasingan.” Zarith mengeluh. Elle terdiam sebelum bersuara semula.
“I just need support. Awak lelaki, kalau dah mengeluh macam ni,
macam mana pulak dengan saya?” Cakap benda yang remeh dah buat air mata Elle
mengalir. Serius, dia rindukan suaminya. Baru 2 bulan berjauhan dah macam
hilang arah.
Dulu dia ke hulu, Zarith pun ke
hulu, dia ke hilir, Zarith pun membontoti dia ke hilir. Nak pergi ke kampus,
suami yang hantar dan ambilkan. Nak pergi shopping,
suami yang jadi peneman, jadi bodyguard,
yang beri pendapat sama ada barang yang dipilih sesuai ataupun tidak.
Sekarang, kalau tak jadi lone ranger, mesti
ikut Mama kalau nak pergi ke mana-mana. Kawan-kawan pun jarang nak keluar
bersama, jadi Elle memang tak keluar sangat. Apatah lagi bila dah memegang
status sebagai isteri orang. Mana nak keluar rumah sebarang.
Sudahnya, perbualan mereka
terputus apabila Elle tertidur. Nasib baik keputusan sudah dibuat. Elle beraya
di rumah Mama dan Zarith beraya di tempat kerja. Dah nama on-call, mana ada masa
nak beraya. Pulak kena suruh travelling pada
bila-bila masa sahaja.
Tahu dengan perangai si isteri
yang tidur mesti conquer seluruh
katil, Zarith tersenyum. Walaupun secara zahirnya dia tak nampak, tapi dia
tahu. Whatsapp dihantar lagi kepada
isterinya.
Night
sayang. Love you. Sahur jangan lupa. At least take your honey star! Sending
hugs from here. Sleep tight, love.
Bangun sahaja untuk bersahur
pukul 4 pagi itu, Elle meraba di bahagian tepinya. Seperti malam sebelumnya,
tempat itu kosong. Masih tiada Zarith. Yang ada Cuma bantal dan baju yang telah
dipakai oleh Zarith di sebelahnya.
Well
Elle, life must go on. Your husband is not leaving you. He’s working and stop
being a cry baby.
Beberapa hari lagi nak raya, Elle
dah balik ke rumah Mama. Dah nama suami tak ada, kenalah keluar dengan
kawan-kawan dengan keluarganya untuk shopping
raya. Memang raya tak ada feel sangat
bila Zarith tak ada. Nafkah duit memang suaminya sentiasa bekalkan, tapi bila
dah pijak kaki kat dalam pusat beli belah, mood membeli barang raya hilang
terus bila teringat tak ada teman nak diajak bertekak bila dia tersalah pilih
barang.
Masa berbuka puasa dengan
kawannya petang itu, dia hanya mampu mendengar kawannya bercerita tentang
persiapan raya, tentang berapa pasang baju raya yang dibeli, kasut, handbag baru dan nak buat kek raya apa
nanti. Dah habis waktu berbuka, mereka sambung balik menyukat pusat beli belah.
Tak cukup masuk ke satu kedai, masuk lagi ke kedai lain. Normallah kalau dah
nama perempuan. Bila belek-belek heels
dekat Vincci tapi tak bernafsu nak membeli, dia terus cakap dekat Hani yang dia
nak ke toilet, padahal dia curi-curi
masuk ke dalam MPH.
Tipikal Elle. Kalau dah masuk
MPH, perangai dia mesti nak kena duduk di kawasan tersorok ataupun di tepi rak
buku. Dah pilih buku yang nak dibaca, dia akan menghabiskan masa bersandar di
kawasan tepi rak dengan membaca. Tak padan dengan status isteri orang. Dulu,
masa belum berkahwin, lagilah dia suka menghabiskan masa berjam-jam di MPH
membaca buku, sebab dulu mana berani nak mintak duit Papa untuk beli buku
banyak-banyak. Pulak buku yang dibacanya bukan buku tentang pelajaran. Bila
telefon berbunyi, baru Elle perasan yang dia sudah duduk dalam 15 minit di
dalam MPH.
“Where are you, sayang? Saya dengar bunyi budak.” Bila Zarith
bertanya begitu, barulah Elle perasan yang dia salah tempat landing. Dia elok baca Hunger Games dekat kawasan kanak-kanak.
Patutlah dari tadi dia hanya perasankan budak-budak yang lalu di sekelilingnya.
“Oh
maybe this book Mommy?”
“Ask
Daddy first, Sofea.” Seorang ibu muda yang menyorong stroller datang kepada
budak perempuan kecil yang sedang memegang buku kanak-kanak. Tertarik dengan
wajah comel budak perempuan itu dengan loghat Bahasa Inggeris yang tak
menampakkan langsung bahawa dia anak Melayu.
“Daddy,
can Faiq and I have this book?” Mungkin Faiq yang dimaksudkan adalah bayi yang
berada dalam stroller. Lelaki yang memakai t-shirt Quiksilver biru laut itu
duduk mencangkung di depan anaknya dan membelek buku yang ditunjukkan.
“Okay
darling. We take this. Jom, we need to buy baju raya for you and Faiq.” Sebelah
tangan lelaki yang tinggi lebih kurang ketinggian suaminya itu mengendong budak
perempuan yang bernama Sofea dan sebelah lagi menolak stroller bayi menuju ke
kaunter pembayaran.
“Sayang? Still there?” Zarith bertanya lagi kepada Elle yang leka memerhati
telatah budak perempuan kecil itu tadi.
“Oh, MPH. Wrong section.” Akhirnya dia dan Zarith sama-sama ketawa kerana
Elle boleh termenung tanpa menjawab pertanyaan suaminya. Tak lama pun cakap
dengan suaminya. Tanya perkembangan harian dan si suami terus bergegas ke
tempat kerja sebab ada mesyuarat. Jam pukul 830 malam pun ada mesyuarat.
Baru nak menyambung bacaannya,
telefon Elle berbunyi lagi.
“Yes
sayang. Anything else to say?” tanpa
melihat skrin telefon, dia menjawab semula panggilan.
“Banyaklah kau punya sayang! It’s me, Hani! Nature call or book call,
Madam Ellisya?” Mestilah Hani tahu bila Hani sudah mencarinya dalam MPH
dari tadi dan sengaja mengenakannya padahal Hani sendiri dah berada di
depannya. Sudahnya Elle hanya ketawa. Memang Zarith, Papa, Mama, mahupun Hani
tahu mana nak cari Elle bila dah hilang lama dalam shopping complex.
“Dah habis memborong? Kalau dah,
balik lah jom!” Elle terus menarik lengan Hani disebelahnya dan menuju ke
kaunter untuk membayar novel yang dibelinya. Bukan satu tapi empat novel sekali
yang dia borong. Bila Hani terkejut, dia cakap dia beraya dengan buku tahun
ini. Baju raya pun sepasang dan sama dengan suami. Tapi suami pun tak balik.
Hilang mood!
Balik rumah pun Elle masih
bermalasan di atas katil sambil menghidu bau buku yang baru dibelinya. Memang
satu lagi perangai pelik Elle adalah suka mencium bau buku yang baru dibeli.
Baru nak layan mood bergolek-golek di
atas katil, terus dia teringat dengan assignment
yang banyak akan dihantar selepas raya, terus dia mengeluh. Dengan malas dia
turun semula ke bawah. Kira nak buat cake. Nanti tak ada masa nak buat sebab
dia kena tolong Mama kemas rumah. Memang dari dulu lagi Mama tak suka tempah
kek dari orang. Selalu buat sendiri. Lagipun Elle sendiri suka baking, memang dialah yang akan volunteer bekerja dengan Mama di dapur.
Baru sahaja nak keluarkan
bahan-bahan nak buat kek, Mama muncul dari ruang tamu.
“Buat cake untuk sendiri jugak, mertua jangan lupa.” Elle yang sedang
berdiri di depan peti sejuk terus terduduk.
“Aduhhhh! Maaaa! Lupa nak belikan
extra bahan!” Macam budak kecil bila
dia bercakap dengan kepalanya dihalakan ke dalam peti sejuk.
“Mama ada beli extra. Tengok kat dalam cupboard.” Selesai membuat minuman panas
untuk Papa, Mama terus ke ruang tamu semula meninggalkan Elle yang masih duduk
di depan peti sejuk.
Telefon di jeans dikeluarkan.
Mesej atau whatsapp dari suami pun
tak masuk. Yang ada notification
Facebook dan Instagram. Elle berdiri semula dan masuk membontoti Mamanya.
“Aik, kata nak buat cake?” Mama hairan dengan Elle yang
turut sama duduk disebelahnya.
“Tak ada mood lah Maa. Bahan masih lagi tak cukup. Esoklah.” Elle menjawab
malas. Mata tertala di TV. Mama dan Papa layan cerita White Chick yang dah
lama. Bila masa pulak cerita itu disiarkan pada waktu malam.
“Zarith tak ada cuti, betul ke?”
bila Papa dah Tanya pasal Zarith, terus Elle bangkit. Nanti tak pasal-pasal
menangis bila Mama dan Papa Tanya soalan lain.
“And I need you
And
I miss you
And
now I wonder....
If
I could fall
Into
the sky
Do
you think time
Would
pass me by
'Cause
you know I'd walk
A
thousand miles
If
I could
Just
see you
Tonight!” sambil mendaki satu per satu
anak tangga menuju ke biliknya, dia menyanyi. Antara soundtrack cerita yang sedang ditonton oleh Papa dan Mamanya di
ruang tamu tadi. Papa sengaja tanya padahal tahu yang Zarith tak dapat cuti
raya pun. Dari atas dia dapat dengar Mama dan Papa ketawa. Kan betul, Papa Mama
sengaja nak kenakan dia.
Bila jam di dinding menunjukkan
pukul 1 pagi, Elle masih lagi khusyuk membaca novel yang baru dibelinya di beranda
bilik terkejut bila telefonnya berbunyi. Siapa lagi kalau bukan Zarith yang
baru habis mesyuarat. Dalam perbualan mereka, Zarith memberitahu dia akan pergi
travelling masa malam raya sehingga
raya keempat. Dan bantal Zarith yang menjadi bantal peluknya selama berjauhan
dengan Zarith adalah tempat dia mengelap air mata yang jatuh.
Menangis macam budak-budak. Dia
rindukan Zarith. Dengan jadual kuliah yang padat, jadual Zarith yang langsung
tak ada masa untuk berehat sendiri, sedar tak sedar mereka dah 2 bulan
berjauhan. Hanya Whatsapp, panggilan
telefon dan Skype jadi peneman. Skype pun baru sekali dua. Kalau tak
hantar gambar masing-masing di Whatsapp,
boleh-boleh Zarith terkejut tengok rupa dia sekarang dah makin susut. Bukan
sebab bulan puasa, tapi tak ada selera makan.
Sejak berjauhan, dia selalu
berkecil hati dengan Zarith. Bukan salah Zarith kerana tak ada masa untuk
diluangkan bersama, masalahnya dia sendiri pun sibuk sampai jarang nak pegang
telefon. Awal pagi dah ada kuliah sampai petang. Balik-balik terus terbongkang
atas katil dalam bilik, bila bangun solat dan makan malam ataupun berbuka, dia
terus berkejar-kejar nak siapkan tugasan kuliah.
Hairan jugak Elle dengan dirinya
sendiri yang agak malas kebelakangan itu. Paling teruk bila dia kerap marah-marah
semasa bercakap dengan Zarith dalam telefon. Bukan ada benda yang nak
digaduhkan, tapi dia sendiri pun tak tahu perangai dia. Mengandung? Ish, takkan
lah kot. Atau mungkin betul?
Kalau nak kira kalendar waktu dia
datang bulan, memang tak boleh pakai langsung. Tak teratur. Bab skip period
sebulan memang perkara biasa. Jadi, dia tak boleh nak harap sangat tekaan
menggunakan kaedah skip period.
Mengenangkan perkara itu, dia teringkatkan budak perempuan yang bernama Sofea
di MPH yang dia lihat pada hari sebelumnya. Comel. Macam kedua-dua ibu bapanya.
Tengok pada gaya ibu bapa Sofea pun, Elle dapat agak yang mereka masih muda dan
sama berkahwin muda sepertinya. Tapi mereka dah ada dua orang anak, sedangkan
dia dengan Zarith masih lagi belum ada anak atas alasan Elle masih lagi
belajar.
Nak menangis sampai
terguling-guling di balkoni pun tak guna bila hakikat suaminya tak balik raya
tak dapat diubah. Elle masuk ke dalam biliknya. Masih terfikirkan perkara yang
bermain di fikirannya. Masa terakhir dia datang bulan adalah dua bulan lepas.
Dia mula teringatkan sesuatu. Dia tak makan ubat yang selalu dimakannya sejak
empat tahun dahulu. Mungkin sebab itu yang menyebabkan kemungkinan dia tidak
datang bulan.
Nak telefon semula Zarith untuk
memberitahu dia taknak sebab tahu mesti suaminya sudah tidur kepenatan. Esok si
suami kena ambik penerbangan jauh sebab ada kursus. Takkan nak kusutkan fikiran
Zarith dengan benda yang belum tentu benar.
Selepas habis kuliah pada jam 5
petang, Elle terus pergi ke farmasi. Dia sendiri keliru nak pilih pregnancy kit yang mana satu sebab segan
nak Tanya dengan pekerja. Akhirnya dia mengambil dua jenis pregnancy test di atas rak. Satu yang digital dan satu lagi yang
dia selalu nampak digunakan oleh orang. Balik di rumah dia tak terus membuat
ujian air kencing kerana tak nak buang mood
nak baking cake di dapur. Selesai menyiapkan 3 kek raya dan 2 kek untuk
mertuanya, dia naik ke atas. Masa berbuka pun dia tak ada selera nak makan
nasi. Nampaknya, tahun itu, Elle akan tamat puasa!
Dah selesai mengemaskan diri
barulah Elle mengambil pregnancy test yang disembunyikan di dalam beg
sandangnya. Lagak Elle memegang kedua-dua kotak pregnancy test yang dibelinya seperti orang yang memegang benda
terlarang. Dengan tangan berketar, hati berdebar, dia melangkah masuk ke dalam
bilik mandi.
Elle terbangun pada jam 8 pagi
apabila terkejut dengan mimpinya sendiri. Sah dia tak bangun sahur sebab macam
mana Mama dan Papa berusaha nak bangunkan dia tadi, dia tetap tak bangun. Elle
berlari semula ke dalam bilik mandi dan mencari pregnancy test yang dibuangnya di dalam sampah di tepi singki pada
malam tadi. Teringat semula dengan mimpinya, Elle menangis dan duduk di atas bath tub di tepi singki.
Zarith ada perempuan lain! Macam
tak ada mimpi lain. Perempuan yang sama bekerja di tempatnya suka dengan
Zarith. Memanglah mulanya Zarith tak layan, tapi akhirnya dia layan jugak. Elle
duduk memeluk lututnya di lantai bilik mandi. Tangannya mengusap perut yang
masih rata. Dengan perlahan dia berjalan semula ke arah katil mengambil
telefonnya di meja tepi katil.
Beberapa kali mendail nombor
telefon Zarith, masih lagi voicemail.
Pasti si suami masih lagi dalam penerbangannya. Dia hanya menghantar Whatsapp kepada suaminya selepas
berkira-kira untuk memberitahu.
Love
you. Call me right after awak
sampai. Waiting.
Dia memang masih lagi ragu-ragu
dengan keputusan pada pregnancy test.
Sebab itulah dia nak membuat pemeriksaan di klinik, tapi tak tahu nak ajak
siapa. Kalau buat sorang-sorang dia tak reti. Lagipun Elle taknak bagitahu
sesiapa selagi Zarith sendiri tak tahu.
Sementara dia menunggu Zarith
menelefonnya, Elle menghantar kek yang dibuatnya ke rumah ibu bapa Zarith. Dia
hanya singgah dalam 10 minit sahaja
sebab mertuanya kedua-dua tiada di rumah. Yang ada Cuma adik Zarith
sahaja. Dalam perjalanan pulang ke rumah, dia singgah lagi di farmasi. Nak beli
pregnancy test lagi. Tak tahulah dia
nak mencuba berapa kali lagi untuk memberi kepastian bahawa dia memang
mengandung.
Selesai membayar di kaunter,
telefonnya berbunyi. Zarith.
“Sayang, saya baru landing. Still kat airport.” Zarith memulakan bicara tapi tak mendapat respon daripada
Elle. Elle hanya diam dan tak mampu nak menjawab apa-apa kerana masih lagi
mencari ayat yang sesuai untuk memberitahu Zarith.
“Elle?”
“Oh, Alhamdulillah. Jadi, bila
sayang nak fly sini?” Soalan abuden lagi yang dia tanya sedangkan dia
tahu jawapannya.
“Well, I try to go back on the 5th Syawal if I can.” Diam
lagi.
“…saya rindu awak.” Zarith
menyambung kata.
Saya
pun.. tapi Elle
hanya menjawab di dalam hatinya.
“Saya ada benda nak bincang. But, we can’t discuss it here, on the phone.
I’ll wait until you’re back okay?”Elle berjanji akan memberitahu kepada
Zarith.
“Boleh awak bagitahu sekarang?
Kalau tak,saya tak tenteram nak bekerja.” Zarith mencuba untuk bertolerasi.
“Tak boleh. Banyak saya nak
cakap. Tapi memang tak dapat nak cakap dalam telefon. I can wait.” Elle masih berkeras.
“Boleh saya tahu tentang apa?”
Dia tahu Zarith memancing untuk dia memberitahu pada waktu itu. Mula memanglah
nak tahu tentang apa, lepas tu tanya kenapa, bagaimana, bila, bla bla bla.. Jadi hujungnya, memang dia
kena bagitahu.
“Please..” Elle cuba untuk bersabar.
“Please…..” Zarith pula yang memaksa lagi.
“You wanna fight with me, don’t you?” Elle sudah berubah serius.
Memang mereka akan bertekak dalam telefon sejak akhir-akhir itu walaupun dengan
perkara kecil.
“ Okay, okay. I’ll wait until we meet. Later.” Zarith terus mengalah
bila mendengar Elle sudah mula marah-marah. Serius dia lagi tak suka isterinya
marah-marah, lagi-lagi bila berjauhan.
“Okay
then. I gotta go.”
Elle membuka pintu kereta.
“Love
you baby. Take care. Drive carefully.”
“Okay.” Terus dia meletakkan telefon di tempat duduk sebelah. Kepala
diletakkan di atas stereng kereta. Pening dengan perangai sendiri. Elle masih
lagi tak dapat menyesuaikan diri walaupun sudah dua bulan mereka berjauhan.
Dia ingat lagi Zarith membawa
baju-baju yang telah dipakaikan sepanjang minggu terakhir mereka bersama untuk
dijadikan peneman dia di tempat baru. Tak cukup dengan itu, Zarith bawak bantal
dia sekali. Mula-mula dia rasa pelik tapi dia tetap layankan perangai suami.
Selepas berbuka Elle terus
memuntahkan kembali apa yang telah dimakannya sewaktu berbuka tadi. Mama dan
Papa tak tahu apa-apa sebab keduanya pergi tarawikh. Kalaupun Mama dan Papa
ada, dia tak perlu memberitahu sebab Mama tentu dapat mengagak sesuatu.
Sudahnya dia berbaring di atas katil. Sakit dada kerana muntah teruk membuatkan
Elle lemah.
Dua hari lagi nak raya tapi Elle
langsung tidak membuat apa-apa persediaan melainkan membantu Mama dan kakaknya
mengemas rumah. Elle memang dari awal lagi conquer
bahagian dapur, sebab itulah sehingga ke pagi raya dia hanya sibuk di dapur.
Daripada membuat cake raya
sehinggalah kepada mengemas dapur. Lagipun dia sangat sunyi sebab Zarith memang
tidak dapat dihubungi selagi dia tak online.
Semalam Zarith berada di Melaka dan Johor, pada hari itu dia dijadualkan berada
di Singapura. Malam nanti dia terpaksa terbang ke Bangkok sebab ada lagi urusan
kerja. Elle sendiri tak menyangka kerja suaminya akan membuatkan dia pergi
merata tempat.
Sebelum keluar dari bilik pada pagi
raya itu, Elle masih lagi muntah dengan teruk. Nasib baik Mama dan Kakaknya
masih tidak tahu. Sekali lagi dia membuat pemeriksaan air kencing dengan
menggunakan pregnancy test yang
dibelinya. Kalau dikira memang agak banyak pregnancy
test yang diangkutnya dari farmasi. Belum lagi tengok jenis, memang semua
Elle nak cuba gara-gara mahu mengetahui keputusannya. Mana tahu, dari beberapa
jenis yang dicubanya ada satu keputusan yang lain. Negatif.
Elle taknak anak? Soalan yang
terlalu subjektif untuk dijawab. Bukan taknak, tapi dia masih belajar dan
suaminya pulak sibuk bekerja siang malam
di tempat orang. Dua bulan berjauhan mengingatkan Elle kepada kehidupannya
sebelum mengenali Zarith. Kalau dah ada anak nanti, macam mana dengan
pelajarannya? Zarith ada masa untuk anak mereka ataupun tidak? Siapa nak jaga
anak mereka kalau dia dan Zarith sibuk dengan urusan masing-masing.
Anak itu anugerah, Elle. Ayat itu
sahaja yang bermain di fikirannya.
Duduk di birai katil sementara
menunggu Mama dan Papa balik dari solat raya di masjid, Elle teringatkan semula
budak perempuan yang dia temui di MPH seminggu lepas. Ibu bapa budak itu pun
masih muda. Kalau mereka boleh, kenapa tidak bagi dia dan Zarith? Bukannya
Zarith tak mampu nak bagi kesenangan pun bila dan kerja selalu outstation.
Satu lagi persoalan Elle. Macam
mana dengan masa depan dia sendiri? Kalau dah ada anak, macam mana nak bekerja?
Macam mana nak keluar bersama kawannya seperti sekarang? Adakah Zarith akan
lebih menyayangi anak mereka berbanding dirinya. Makin pening kepalanya
memikirkan situasinya sekarang. Selalunya Zarithlah yang akan jadi Master of Universe. Yang membantu dia
menyelesaikan masalah.
Sebelum keluar daripada biliknya,
Elle menghantar mesej yang panjang di Facebook Zarith. Mesej raya yang paling cliché bagi Elle sendiri. Di hujung
mesej itu dia sertakan gambar dia menggunakan baju raya mereka yang sama.
Selesai bermaafan dengan
keluarganya dan pergi ke rumah keluarga Papa dan Mama pada raya ketiga, Elle
menghabiskan masanya di dalam bilik untuk membaca. Dia sendiri tak sedar yang
dia boleh membaca dengan lama sehingga tertidur ketika duduk di balkoni bilik.
Zarith berusaha menghabiskan
mesyuarat sebelum raya kelima. Selepas itu dia terus bergegas balik ke rumah
mertuanya. Bila dia berusaha menelefon Elle, Elle tidak mengangkat satu pun
panggilan. Jadi dia hanya mengagak yang isterinya sedang sibuk melayan tetamu.
Sampai dalam rumah sahaja, dia
lihat banyak ahli keluarga yang datang ke rumah. Mata melilau mencari Elle,
tapi langsung tak kelihatan. Bila Zarith berjalan menuju ke dapur selepas
bersalam dengan Mama dan Papa, kakak memanggilnya dari ruang tamu.
“Elle kat atas. Rasanya tidur.
Penat sangat tu.” Terus langkah diatur menuju ke bilik mereka.
Saat membuka pintu bilik, Elle
tak ada di atas katil dan dalam bilik mandi. Zarith lihat Elle sedang tertidur
sambil bersandar di tepi balkoni. Terus Elle diangkatnya dan dibawa masuk ke
dalam bilik. Tengok pada gaya Elle tidur, memang tak akan dapat dikejutkan.
Muka pun nampak pucat dan penat. Sementara menunggu Elle bangun, dia masuk ke
dalam bilik mandi. Nak membersihkan badan.
Pelik juga Zarith melihat keadaan
dalam bilik mandi dan bilik mereka yang agak berselerak. Elle terlalu sibuk
sampai tak mengemas bilik dan bilik mandi? Takkan lah orang sekemas Elle tahan
melihat walau secebis sampah dalam bilik mandi. Entah kotak apa yang dibiarkan
di atas singki oleh Elle, dibuang Zarith ke dalam tong sampah. Apabila dia
melihat tong sampah, Zarith perasankan ada banyak kotak yang sama di dalamnya.
Bila dia mengambil semula kotak itu barulah dia perasan bahawa kotak itu adalah
kotak pregnancy test.
Tong sampah di selongkar Zarith
dan dia mendapati banyak pregnancy test
di dalamnya tapi kesemuanya telah dipatah dua. Maksudnya, Zarith tak tahu
keputusannya positif atau negatif selagi Elle tak memberitahunya. Pintu bilik
mandi dibuka semula, dia merenung wajah isterinya yang tidur lena sebelum
menutup semula pintu untuk mandi.
Zarith sendiri sudah menyertai
isterinya di atas katil selepas mandi. Nak turun ke bawah pun dia masih penat.
Kiranya nak tunggu Elle bangun nanti, barulah mereka menyertai keluarga di
bawah. Tubuh Elle ditarik dekat dengannya. Rambut Elle dicium. Perasaan
rindukan isterinya memang tak dapat nak diluah. Dua bulan tak bersama buatkan
Zarith rasa nak berhenti kerja. Rumit bekerja bila terpaksa berjauhan dengan
keluarga. Akhirnya tangannya mengusap perut Elle yang masih tidur.
Kenapa Elle patahkan alat yang
dijumpanya di dalam tong sampah tadi? Kecewa kerana keputusannya negatif atau
positif? Kalau positif, adakah Elle tak mahu anak?
Kalau Elle positif mengandung
maksudnya Elle tak makan pil. Zarith membuka laci di meja sebelah katil. Kotak
pil pun kosong. Antara Elle lupa atau Elle sengaja dia sendiri tak pasti.
Bila Elle buka mata, dia terkejut
melihatkan Zarith disebelahnya yang sedang tidur. Mata digosok berkali-kali
kerana dia menyangka dia bermimpi tapi memang kenyataannya suaminya pulang
apabila dia melihat beg Zarith di depan almari. Terus tubuh Zarith dipeluknya.
“I miss you..” Zarith membalas
pelukannya. Lama.
“I’m
pregnant. Well, I think so..”
terus Elle memberitahu suaminya. Zarith ketawa.
“You
think so? Kenapa
tak pasti sedangkan awak dah test 7
kali, awak masih tak pasti, sayang?” terus Elle mengangkat kepalanya. Macam
mana Zarith tahu? Tangan Zarith naik mengusap rambut isterinya.
“Berapa bulan dah sayang tak period?” Soalan yang ditanya oleh Zarith
memang soalan yang boleh membuatkan Elle malu, tapi dijawabnya juga.
“Dua bulan. But, you know, saya memang ada masalah dengan kitaran haid. So,
saya tak expect apa-apa pun.”
“Walaupun awak tak ambik pil pun still tak expect?” Zarith bertanya lagi.
“Macam mana awak tahu?” soalan
yang ditanya atas soalan.
“Your doctor cakap yang awak tak datang ambik ubat lagi. Well, I do record your menses time every
month too. Tak adalah sampai skip,
cuma lambat selalunya. So, there you go,
saya dah dapat teka sesuatu.” Jawapan Zarith memang jawapan doktor sangat
sampai Elle ketawa.
“… esok kita pergi klinik okay.”
Sambung Zarith lagi.
“Memang saya tunggu awak pun.
Saya tak bagitahu sesiapa pun tentang ini.”
“Well, knowing the fact I am the first person to know, I’m sooo happy!
Saya sayang awak, sayang.” Zarith memeluk Elle dengan erat. Keputusan sudah
dibuat. Dalam bulan itu jugak, dia akan minta pindah ke pejabat di rumah mereka
sahaja. By hook or by crook! Dia
takkan tinggalkan Elle. Tak lagi.
No
more waiting, baby. You and I will always be together.
No comments:
Post a Comment