How was your day so far? This week, I've went through so many things. Both good and bad. So, I guess, let me tell you the goods only. On Wednesday, me and my girlfriends went to the swimming pool. First in 2014 actually. It's been a while and we had so much fun of pushing each other into the pool. And yesterday I went out with my roommate, Sha. And I bought another two books. "Faking It" and "Losing It", both are written by Cora Carmack. Have you read those books? Err. maybe in the future I should write book review about Beautiful Disaster and The Beautiful Wedding by Jamie McGuire. Those are the must-read books for us, teenagers! Okay, cut the crap, here are some of my me-time with the girls few days back in the pool.
Errr, maybe not! HAHAHA. Facebook has it all so only Facebook knows how the insane-look of me and the girls. Malu nak tayang! Hahaha.
So ladies and gentlemen, presenting Sabar Itu Indah Part 9. Maybe the last part will be part 10 or 12. I still don't know. And I will start with the other story. Miss Sofea not? And I'm soooo gonna miss Sofea, Ann and Em. And Faiq too. So who is Faiq? Nak tahu? Sila baca part 9 sampai habis lah. :p
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Sejak beberapa bulan yang lalu,
sudah menjadi kebiasaan bagi Ann untuk membaca setelah selesai menyiapkan kerja
di rumah ataupun sewaktu Sofea sedang tidur sementara Em masih lagi bekerja.
Memang dia suka membaca terutamanya novel English yang ditulis oleh penulis
seperti Jodi Picoult, Nicholas Sparks dan baru-baru ini suaminya membeli
trilogi buku yang ditulis oleh penulis Jamie McGuire. Pernah Izzah cadangkan
dia membaca buku ‘Beautiful Disaster’ karya
Jamie, tapi dia tidak berpeluang untuk membaca. Baru beberapa hari lepas dia
berpeluang membaca review daripada
pembaca novel tersebut. Tanpa banyak soal lagi, dia minta si suami tolong
belikan.
Dengan keadaan dia yang sudah
semakin ‘berat’ sekarang, memang sah-sah Em takkan bawa dia menyukat satu pusat
beli belah lagi. Dia masih belum lagi membaca kesemua tiga novel yang mempunyai
kesinambungan jalan cerita dengan watak yang sama itu kerana masih lagi membaca
artikel baru di internet.
‘Water
birth / hypno birth’.
Kaedah melahirkan anak dalam air.
Bukanlah satu cara melahirkan bayi yang baru lagi di Malaysia kerana sudah
banyak pasangan menggunakan kaedah kelahiran sebegini. Bukan susah juga bagi
Ann untuk bertanya tentang kaedah kelahiran ini kerana Izzah sendiri seorang
doktor. Mana part yang dia tak faham
dalam membaca artikel itu, cepat-cepat tangannya akan menghantar Whatsapp
kepada Izah. Kan senang kalau kawan-kawannya semua mempunyai bidang kerja yang
berbeza.
Niat sudah dipasang mahu
melahirkan bayi kedua mereka dengan kaedah water
birth, tapi dia belum sempat memberitahu Em lagi. Ann sudah berkira-kira
untuk memberitahu Em pada hari itu untuk mendapatkan kebenaran.
“Daddy’s home, Sofea!” Apa mimpi Em balik tengah hari itu Ann pun
tak tahu, dan bunyi kereta pun dia tak dengar sebab terlalu khusyuk membaca.
Pulak masuk rumah bukan nak bagi salam, sebaliknya cakap Daddy’s home yang kononnya bunyi macam Mat Salleh sangat. Mata yang sedang memandang ipad dialih ke arah pintu utama rumah.
“Your
daughter is sleeping, Sofea’s daddy.
Dah lupa cara nak bagi salam eh?” Ann buat muka bila suaminya masih tersengih.
Em melonggarkan tali leher dan berjalan menuju ke arah isterinya yang masih
duduk di atas sofa. Dahi Ann dicium dan dia bersandar di tempat sebelah Ann.
Muka Em memang nampak penat, lagi-lagi beberapa hari itu Ann perasan dia selalu
lambat tidur sebab terlalu banyak laporan yang disiapkan.
“Dah bagi salam dah tadi sayang.
Tapi awak punya khusyuk mengadap ipad memang
takkan dengar punya. So, what’s that?”
Dari kedudukan bersandar dengan menyandarkan kepalanya pada sofa, Em duduk
menghadap isterinya, menilik skrin ipad
yang sedang dipegang Ann untuk mengetahui apa yang sedang mengambil perhatian
isterinya sampai tak sedar dunia dia datang di luar tadi.
“Read this, honey.” Ipad diserahkan kepada Em. Sewaktu Em membaca
artikel tentang ‘water birth’ itu,
Ann melonggarkan lagi tali leher suaminya dan membuka dua butang baju atas pada
kemeja Em. Rasa lemas tengok suaminya yang seolah-olah macam sukar bernafas. Sebelah
tangan Em memegang ipad dan sebelah
lagi tangan membawa isterinya dekat dalam pelukannya semasa Ann melakukan
sebegitu.
“Thanks
sweetheart!” semasa
membaca artikel itu, sempat lagi Em mencium bau rambut isterinya. Dia yang
duduk melunjurkan kaki ke bawah sementara Ann yang bersandar pada badan Em dan
melunjurkan kakinya di atas sofa. Me-time
mereka sewaktu Sofea sedang tidur, adalah waktu memanjakan isteri bagi Em. Bagi
Ann pula, dia amat menghargai waktu berdua bersama Em kerana, selalunya balik
kerja Sofea yang akan bermain terus bersama Daddynya. Nak buat sesuatu yang
memang dia minati pada Em sejak dari
dulu pun selalunya lambat.
Apa yang Ann suka pada Em sewaktu
Em balik kerja? Bau badan Em! Bau minyak wangi Banana Republic, bau pakaian, bau peluh dan bau badan Em yang asli
bercampur menjadi satu. Bila Em balik sewaktu Sofea tidur, Ann akan cepat-cepat
ambil peluang memeluk Em untuk menghidu bau suaminya. Macam pelik tapi itulah
yang Ann suka dari dulu lagi. Bau badan Em ataupun bau Em yang asli, tentunya
tidak ada di mana-mana kecuali pada diri suaminya sendiri. Bila Em tanya kenapa
Ann suka berbuat begitu, jawapan Ann senang sahaja, Em ada natural attraction yang membuatkan irresistible feeling pada suaminya ada.
“…So
what’s on your mind?”
selepas membaca artikel itu, Em bertanya kepada Ann. Apabila si suami sudah
bertanya terus, tak susah bagi Ann untuk mencari permulaan untuk menyatakan
hasrat hatinya kepada Em.
“Dalam 2 minggu akan datang, in
sha Allah due saya. Boleh tak saya
nak ambik pengalaman melahirkan guna cara water
birth ni?” Permintaan Ann bukanlah permintaan yang mudah untuk dipersetujui
dengan keputusan terus. Em perlu memikirkan baik buruk yang akan ditanggung.
Bukannya dia tak pernah dengar pun kaedah melahirkan anak menggunakan water birth tapi dia terlalu risaukan
Ann. Tapi dalam pembacaannya itu, kaedah ini dikatakan kurang sakit dan suhu
dalam air dikatakan hampir sama dengan suhu bayi dalam kandungan. Walaupun
kosnya agak tinggi, tapi itu merupakan perkara terakhir yang Em akan kira
sekiaranya betul Ann mahu melahirkan anak mereka menggunakan kaedah itu.
“How
to register, or to be specific, what should I do?” Em terus bagi greenlight tanpa banyak soal.
“Just
let Izzah know and she’ll handle everything. She has a
friend in Hospital Pantai. But sayang, kaedah ni macam very costly la.” Ann pandang wajah suaminya.
“Money
doesn’t matter baby. As long as nyawa
orang yang saya sayang selamat, I don’t
care a cent I lost.” Em membawa Ann lebih dekat kepadanya. Kali ini, dia
perlu lebih bersedia berbanding kelahiran Sofea dulu. Masa Sofea lahir, dia pun
ada dalam wad bersalin tapi untuk kali itu dia akan menjadi sebahagian daripada
orang penting ataupun sorang daripada bidan. Literally! Nak kena masuk kolam dengan isterinya.
Ann yang masih lagi memeluk Em
tiba-tiba duduk tegak apabila teringat akan sesuatu.
“Alamak! Saya belum masak lagilah
sayang dan awak dah balik.” Em ketawa melihat reaksi si isteri. Innocent look.
“Look at the clock there.” Baru pukul 10.30. Patutlah Ann rasa macam
baru sekejap dia duduk, dan suaminya dah sampai.
“Aikk, kenapa awal sangat balik
harini? Any special occation?”
“Tak adalah special mana pun sayang. Saya keluar office awal. Maksud saya, sepatutnya semalam last day saya kerja dan harini sepatutnya dah mula cuti. Remember, masa awak dekat nak bersalin, saya
akan ambik cuti awal jaga awak. You know
I don’t trust the due date right? Boleh jadi lebih awal dari tarikh yang
doktor cakap. So, here I am.” sejuk
hati Ann mendengar setiap patah perkataan yang keluar daripada mulut suaminya.
Dalam zaman smart phone sekarang, dia
tak nafikan susah cari suami yang mempunyai sikap prihatin kuasa sepuluh macam
suaminya. Untuk itu, dia perlu bersyukur dan menghargai pengorbanan suaminya.
“Can you cook Mushroom Soup for me please, honey. Saya nak rasa masakan awak. It’s been a while tau.” Tiba-tiba fikiran spontan Ann teringatkan
sup cendawan yang Em buatkan. Dulu kalau mereka berdua sama-sama dalam diet mode, mereka akan bersama-sama habiskan
sup cendawan di hadapan TV sebagai menu makan malam untuk menggantikan nasi dan
lauk-lauk berat yang lain. Tapi, Em akan pastikan dalam sup yang dia masak
mengandungi pelbagai bahan yang dapat memberi nikmat kekenyangan kepada mereka
berdua.
“Urghhhhh.. If that’s the case..” Selepas menggeliat, Em duduk tegak tetapi
masih lagi menahan isterinya di sebelah agar tidak terjatuh.
“…awak kena temankan saya kat
dapur sekarang dan saya masak. Sebelum Kakak Copia bangun dan potong stim Mommy
Daddy tengah dating.” Terus tubuh Ann
didukung menuju ke dapur. Respon refleks daripada Ann adalah seperti biasa,
terkejut dan menjerit sehingga mereka sampai di kawasan dapur. Nasib baik Sofea
masih nyenyak, kalau tak memang boleh saja si kecil bangun sebab terkejut.
Sampai sahaja di dapur, Em meletakkan Ann dihadapan kaunter.
“Sayang, tukar baju awak dulu.”
Belum sempat Em bergerak menuju ke kabinet dapur, Ann menarik tali leher Em
sehingga badan Em mendekatinya. Tindakan Ann itu membuatkan Em diam sebentar.
Jarak muka mereka memang terlalu dekat dan menyebabkan Ann menjadi malu dengan
tindakannya.
“You look cute when you’re blushing.” Pipi Ann dipegang dengan
sebelah tangan manakala sebelah tangan Em memaut pinggang Ann. Tetapi bunyi
Sofea yang menangis tiba-tiba membuatkan Em terpaksa melepaskan pautannya.
Nampak kecewa pada raut mukanya kerana dia tak sempat untuk ke favourite partnya. Ann ketawa.
“You know, Sofea knows how to interrupt when it comes to Mommy and
Daddy’s me-time.” Ann mengenyit mata kepada Em yang jelas nampak tak
berpuas hati.
“Yeah
right! I think nighttime is the best time.” Em masih mahu mencuba nasib.
“And that’s the best time for Mommy to have a proper rest. I guess Miss
Sofea really needs me for now.” Ann berlalu meninggalkan Em terpinga-pinga
di hadapan kaunter apabila bunyi tangisan Sofea makin kuat.
“Yes Sofea darling, waktu nak mengacau Daddy yang baru nak usha
Mommy memang cantikkk sangat.” Kata Em dan terus mencapai apron di tepi peti
sejuk. Lengan kemeja dilipat sehingga ke paras siku dan tali leher dibukanya
dan diletakkan di atas meja sebelum memulakan kerja memasak sup cendawan untuk
isteri tercintanya.
Hot
guy do cook as well!
Hari kedua cuti Em digunakan
dengan menguruskan persediaan bagi Ann untuk melahirkan anak kedua mereka tidak
lama lagi. Sewaktu membuat proses reconfirmation
di Hospital pun Ann dan Sofea kena angkut sekali. Dia jadi paranoid untuk meninggalkan Ann dan
Sofea berdua sahaja di rumah dengan keadaannya pada waktu itu.
Mulanya memang Em rasa dua-tiga-dua-tiga untuk membenarkan si
isteri bersalin dalam air, tapi bila dia sendiri dah dengar penjelasan daripada
pakar, dia jadi lebih yakin.
“Ouch!” Ann yang tiba-tiba mengaduh
disebelahnya dipandang dengan muka yang cuak. Dalam hati cepat-cepat berdoa
agar itu cuma false alarm. Masa untuk
patah balik menuju ke hospital pun dia tak ada kalau isterinya tiba-tiba
terberanak awal daripada due date, kalau
dah apa-apa bekal keperluan isteri pun dia tak bawak. Pulak tak ada orang nak
jaga Sofea nanti.
“Kenapa, sayang? Baby dah nak keluar ke?” muka Em yang
panik semacam membuatkan Ann tiba-tiba ketawa.
“Belum lah! Doktor sendiri kan cakap
tadi, belum ada tanda apa-apa lagi. Stop
being so paranoid lah sayang.” Dalam ketawa Ann masih lagi menjawab
persoalan Em.
“…someone is playing football inside here. Disebabkan tak ada bola, he kicked Mommy’s tummy.” Bukan baru
merasa tendangan, malah beberapa kali Ann sudah mengalami “free kick” daripada dalam walaupun sewaktu dia tidur. Dia sendiri
dapat merasakan, kali ini jauh lebih beza daripada pengalaman sewaktu
mengandungkan Sofea. Lebih aktif!
“Really?” Muka Em yang tiba-tiba berubah daripada panik kepada muka
gembira budak dapat aiskrim dipandang hairan.
“What do you mean by “really”?” tanya Ann balik sebab dia tak faham
dengan soalan suami.
“You
use the term “he”. Is it going to be a “He”?”
“Taklah. Saya main teka lah.
Sebab masa Sofea dulu, tak adalah sampai selalu kena “free kick” even masa tidur. Kali ni, memang waktu tidur pun boleh
terbangun bila tendangan kat dalam ni jadi alarm
clock saya.” Mata Em membulat. I knew
it! The baby is going to be a boy! Aminn.
Sampai sahaja di rumah, Ann terus
mengemas dari dalam bilik sehinggalah ke bahagian dapur. Bila dihalang oleh Em,
jawapan paling tak boleh blah dia berikan kepada suaminya.
“ Saya cuma nak ringankan beban
awak untuk hari ini je. Esok dan seterusnya, awak akan buat semua ni. Trust me!” selesai mengemas di dapur,
Ann menyimpan baju-baju yang akan dibawa ke hospital pada bila-bila masa
sahaja.
Bahana mengemas rumah sampai ke
malam, pada keesokkan harinya terus Ann dibawa ke hospital. Terlalu banyak
bergerak dan terlampau aktif pada hari sebelumnya menyebabkan berlaku contraction lebih awal. Cepat-cepat Em
telefon mamanya untuk menemaninya dan menjaga Sofea sewaktu dia menemani Ann di
wad nanti. Teringat dengan kata-kata Ann sehari sebelumnya, menyebabkan Em kuat
merasakan bahawa “mother instinct”
Ann memang kuat. Mulanya, dia ingatkan Ann hanya bergurau. Dan satu lagi, “mother instinct” Ann yang dia harap
tepat, apabila “He” yang selalu disebut
isterinya sejak beberapa hari sebelumnya menjadi kenyataan.
Pukul 4 pagi tadi, Ann bangun
untuk ke tandas tiba-tiba menanggil namanya dari dalam bilik mandi bilik mereka.
Terpinga-pinga dia yang masih mengantuk berlari ke arah bilik mandi melihat Ann
sudah duduk mencangkung di tepi sinki. Apabila Em datang menghampiri, terus dia
memeluk Em walaupun tengah mencangkung dan tangan mencengkam sinki menahan
sakit pada pinggangnya.
“The water is coming out, sayang.” Em terus melihat dress tidur isterinya sudah basah kerana
air mengalir keluar. Terus Em mengangkat Ann ke atas katil dan menelefon Mama
untuk bersedia pergi terus ke hospital. Baju isterinya dibuka dan diganti
dengan baju yang baru yang lebih sesuai. Apabila sudah menyimpan semua barang
keperluan untuk dibawa bersama ke hospital, Sofea didukung dengan sebelah
tangan manakala sebelah lagi menahan Ann yang berjalan memeluk pinggangnya.
Sampai sahaja di hospital, mama
dan ahli keluarganya yang lain sudah sedia menunggu di lobi hospital. Dia terus
menemani Ann ke bilik pemeriksaan sebelum dipindahkan di wad bersalin yang
menggunakan kaedah hypnobirth.
“Encik, boleh ready sekarang. Isteri encik dah selesai
buat pemeriksaan.” Sapaan daripada seorang staf jururawat di hospital itu
mematikan lamunan Em. Terus Sofea yang didukungnya diserahkan kepada Mama.
Cepat sahaja langkah diatur menuju ke wad isterinya.
Plan Em ingat hanya nak pakai boxer dan singlet untuk temankan si
isteri di dalam kolam, tapi bila melihatkan 2 orang staf perempuan yang masih
muda di dalam wad bersama mereka dia jadi malu. Nasib baik dia ada bekalkan swimming trunk yang lebih sopan daripada
menggunakan boxer sahaja.
Pada mulanya, Ann masih lagi
disuruh bergerak di dalam wad bersalin itu untuk membuka ruang yang lebih besar
bagi memudahkan proses kelahiran bayi nanti. Macam-macam cara yang Em lihat
dilakukan oleh isterinya mengikut keselesaan menahan sakit yang mula terasa di
pinggangnya.
Melihatkan Ann yang sudah
bersedia disuruh masuk ke dalam birth
pool yang berisi air yang sudah diisi dengan suhu yang bersesuaian dengan
suhu di dalam kandugan, dia jadi cuak. Seolah-olah dia yang akan melahirkan anaknya.
Sudah 18 jam Ann dalam labor ward.
Kalau sebelum ini dia berpeluang menemani isterinya bersalin secara normal,
pada kali itu, satu lagi pengalaman baru yang dia akan dapat. Bersama-sama
isteri melahirkan anak mereka dalam kolam kecil itu membuatkan dia merasakan
lebih dekat lagi dengan isterinya, dan dia pasti dia akan sama-sama merasakan
kesakitan itu.
“Nervous even worse than sakit..” dia faham bila Ann cakap gementar
lebih lagi daripada kesakitan yang dialami kerana mungkin Ann takut dengan
keselamatan anak mereka.
“Don’t worry sayang. In sha Allah, everything will be fine. I’m with you.” Bahu Ann dipegang. Bila Ann mengubah kedudukan dengan
melunjur sehingga menyebabkan dia makin dihimpit ke belakang dengan kuat, Em
tahu, Ann mula merasa sakitnya. Sekejap kemudian, Ann mengubah posisi menghadap
suaminya dan memeluk badan Em. Dengupan jantung Em lebih laju berbanding dengan
degupan jantungnya seolah-olah Em yang sakit meneran.
“I
think I’m ready doctor.”
Sebaik sahaja mendengar Ann berkata begitu, Em mula berdoa. Tangan Ann yang baru
berpaut pada tepi kolam dicapai dan digenggamnya. Bila Ann membalas genggaman dengan
lebih kuat, dia dapat merasakan Ann sedang berusaha. Daripada genggaman di
tangan, Ann memaksa dirinya bersandar di dada Em dan memeluk pinggang Em.
Kepalanya disandarkan di dada suaminya untuk mencari lebih kekuatan.
“I
love you..” Oleh
sebab sudah kehabisan kata-kata untuk memberi semangat kepada isterinya, hanya
tiga perkataan itu sahaja yang diulang oleh Em di telinga isterinya sewaktu Ann
masih lagi berusaha dan pada masa yang sama, menolak Em ke belakang dengan
lebih kuat lagi. Kalau nak rasa sakit dadanya ditolak Ann ke belakang, memang
luar biasa, tapi sakit yang ditanggung oleh Ann lagi jauh bezanya dengan sakit
yang dialaminya pada waktu itu. Berkali-kali juga dia mencium ubun-ubun Ann.
Lama dia bertarung sama dengan
Ann di dalam kolam kecil itu, akhirnya suara tangisan memenuhi ruangan bilik
itu.
“It’s
a boy!” Suara
doktor yang menyambut kelahiran bayi mereka membuatkan Em menarik nafas lega.
Lega kerana dapat bernafas dengan normal semula setelah Ann tidak menolak
badannya lagi dan lega kerana semuanya sudah berlalu.
“Alhamdulillah. Can you hear that, it’s a boy. Thank you
sayang.” Ann yang masih bersandar pada badannya dicium. Gembiranya Em mendengar
doktor memberitahu bayi mereka lelaki memang jelas dilihat pada wajahnya. Mata
isterinya masih lagi terpejam kerana masih rasa kepeantan dan sakit.
Tatkala doktor menyerahkan bayi
mereka kepada Ann, dia nampak Ann menangis.
“Assalamualaikum. Hello Faiq darling.. This is your Mommy
and Daddy sayang.” Ann membisik di telinga si kecil yang dibawa dekat ke
dadanya.
Faiq Anaqi. Nama Faiq memang nama
yang Ann gemar dari dulu lagi. Dan Anaqi adalah nama yang Em pilih. Selesai
mengazankan “Em Junior”, Faiq
kemudiannya dibawa untuk pemeriksaan kesihatan dan kadar denyutan jantung di
suatu ruang di dalam wad tersebut.
“How are you feeling?” Bahu Ann dikucup apabila mereka berdua masih
lagi di dalam birth pool sementara
menunggu arahan seterusnya daripada doktor.
“Fantastic!
Thanks you sebab
temankan saya, bagi semangat kat saya dan bagi saya semua part kat badan awak untuk tempat saya berpaut tadi. Sakit kan saya
cengkam?” Ann berpaling ke belakang mencari muka suaminya dan mengusap tangan
Em. Kesian Em, free free kena grab dengan kuat. Nasib baik tak lebam
masa Ann tengah berusaha meneran tadi.
“Sakit saya hanya 1 peratus
daripada sakit yang awak rasa tadi. And
I’m pretty sure about that, baby.
You know what?” Em mengatur kedudukan
mereka degan lebih selesa apabila dia mula rasa lenguh pada bahagian badannya
selepas hampir sejam Ann bersandar dan menolak badannya sebentar tadi.
“What?” Ann tersenyum seolah-olah tahu, Em akan melakukan sesuatu di
luar jangkaannya. Apatah lagi apabila doktor masih dibantu oleh jururawat di
bahagian hujung bilik itu meninggalkan mereka berdua sahaja di dalam birth pool.
“Kau begitu sempurna, dimataku
kau begitu indah, kau membuat dirikan akan selalu memujamu…” belum habis Em
menyanyi di tepi telinganya, Ann sudah ketawa. Siap buat rolling eyes sekali dengan Em.
“Cheesy
hubby!” hidung
Em dipicit kuat dan serta-merta Ann meletakkan air yang kotor di dalam birth pool itu di rambut Em.
“Okaylah, saya nak bawak lagu
Sofea lah kalau awak cakap saya cheesy.
Row row row your boat..” bila Em mula bermain dengan air, Ann menegurnya.
Dilihat dari perlakuannya, sedikitpun Em tidak berasa geli dengan air di dalam birth pool yang sudah bertukar warna,
bahkan sempat lagi mengusik isterinya yang masih lagi merasa sakit di
pinggangnya. Sakit yang dirasakan oleh Ann hilang dalam sekelip mata apabila
dihiburkan oleh suaminya.
Apabila Ann sudah menukar
pakaiannya dan berbaring di atas katil di wad khas untuknya, Sofea yang baru
dibawa masuk terus minta dibaringkan disebelahnya. Manakala Em masih lagi
melakukan aktiviti suai kenal dengan Faiq di dalam katil bayi.
“Abang Em, mata baby boy abang macam mata abang Em lah. Chocolate hazel.” Kata adik Em setelah
melihat anak buah barunya membuatkan Em tunjuk muka bangga.
“Well, sebab itulah Faiq Anaqi ini merupakan versi Abang Em junior.
Dapat jadi geng main bola dengan abang nanti.” Mata Faiq tak ubah macam mata Em. Bila
Ann kata tak adil, Em cakap mata Sofea memang sebijik mata Ann dan combo dengan
bentuk hidung yang kecil sebijik seperti Mommynya. Jadi adillah bagi mereka
bila sekarang Faiq pula yang ada iras dengannya.
Sewaktu Hazwan dan Izzah datang melawat
pun Hazwan cakap Faiq copy paste muka
Em.
Bila sudah dibenarkan pulang, Em
mengambil tempat menjaga Ann pada sebelah malam apabila pada waktu siang Mama
dan Ummi bergilir-gilir membantu menguruskan Ann. Urusan rumah dan Sofea memang
24 jam Em uruskan tanpa menyusahkan sesiapa sementara dia masih lagi dalam cuti
panjang. Bab memandikan Faiq pun Em boleh uruskan cuma Ummi dan Mama lebih
selesa apabila mereka yang melakukan semua itu. Apa yang dimakan oleh
isterinya, itulah yang dimakan oleh Em. Semangat untuk isteri sama-sama makan
makanan post-pregnant, sampai Sofea
pun turut serta makan di dalam bilik mereka bersama mereka berdua.
“Sayang, baby poo poo.” Waktu malam bila si isteri
sudah tidur berehat, dia akan mengambil alih tempat Ann menjaga dan menguruskan
Faiq. Tugas Ann hanya cakap apa yang dia perlu buat, walaupun baru menutup
mata, bila Ann cakap “poo poo” atau “shi shi” dia jugalah yang akan bangun
menukarkan pampers anaknya. Bab penjagaan anak memang Em dah master semasa menjaga Sofea dulu, sebab
itulah dia tidak memerlukan sesiapa untuk monitor
gerak-gerinya. Dia memang layak diberi gelaran Super Daddy kerana tak semua lelaki yang mampu buat apa yang
dilakukannya sedari Sofea lahir dulu sehinggalah menguruskan Faiq pada waktu
itu.
Bangun pagi itu, Ann lihat
suaminya masih lagi tertidur di sebelahnya. Satu lagi benda yang Ann suka pada
suaminya selain daripada bau badannya, adalah melihat muka suaminya semasa
tidur. Tangannya mengalih tangan Em yang memeluknya apabila mendengar Sofea di
katil sebelah yang baru bangun memanggilnya. Perlahan-lahan dia turun mendekati
katil Sofea.
“Mommy, can I sleep beside baby?”
Sofea yang baru bangun duduk dan menggosok matanya dibawa dekat ke arahnya. Mulanya
dia risau kerana takut Sofea jealous
melihat adiknya, tapi tekaan mereka salah apabila Sofea suka melihat adiknya
sewaktu pertama kali lagi. Sofea diletakkan di atas katil mereka dan
dibaringkan di sebelah Faiq.
“Don’t disturb your Daddy and baby sleeping, little girl.” Pesan Ann
yang baru bergerak ke arah bilik air. Laju sahaja Sofea mengangguk mendengar
pesan Ann setelah dia mencium dahi adiknya. Dari dalam bilik air, dia boleh
dengar suara Sofea menyanyi lagu “Twinkle
Twinkle Little Star” diatas katil. Memang sahlah Faiq akan berjaga. Bila
dipesannya supaya tidak mengganggu adiknya sekejap tadi, bukan main laju sekali
si kakak mengangguk, tapi sekarang bila dah menyanyi suara sampai ke bilik air,
bukan setakat Faiq, dengan Em sekali pun pasti akan berjaga.
Keluar daripada bilik air, Ann
melihat Em memeluk kedua-dua Sofea dan Faiq dengannya. Faiq di tengah-tengah
dia dan Sofea dan masih lagi suara Sofea menyanyi untuk adiknya.
“May I join your hugging group, please?” kata Ann yang datang
mendekati mereka di katil. Apabila Em mengangguk dan tersenyum, terus Ann naik
dan membaringkan dirinya di tepi Sofea dan menyatukan pelukan Em dengan
tangannya.
“Daddy dengan Faiq kena paksa
bangun bila dengar Sofea nyanyi. Ingatkan makin lena, tapi makin segar mata.” Em
merapatkan lagi pelukan mereka berempat di atas katil apabila Ann sudah
menyertai mereka bertiga. Sofea sudah mula bermain dengan Faiq apabila
tangannya naik memegang hidung dan rambut adiknya.
“Well, salah satu cara nak bangunkan Daddy perhaps?” Ann mula meneka. Jam sudah pukul 10 pagi tapi tadi Em masih
lagi tidur lena sampai tidak bergerak langsung di sebelah Faiq apabila dia
mengalih Sofea ke katil besar mereka.
“Lepas subuh baru saya dapat
tidur. Memanglah tak baik tidur lepas subuh, tapi saya berjaga dari malam tadi
sebab memang tak dapat nak tidur. Boring
sangat sampai satu tahap, saya baca buku awak. Beautiful Disaster. Half way baca dah, so far saya bagi 5 stars!” Disebabkan Sofea sudah mula
duduk bermain dengan Faiq, Em mula bangun duduk di tepi katil.
“Baca jugak awak buku, padahal
selama ini awak cakap saya nerd sebab
suka membaca.” Ann mengenakan semula Em. Selama dia suka membaca, Em selalu
cakap dia nerd bila dia asyik membaca
selagi ada masa.
“Well,
I just realize, it’s not that bad jadi
bookworm. Sofea dan Faiq nanti harap-harap
jadi ulat buku macam awaklah. As a man, I
don’t really like reading book,
internet or bahan bacaan ringan, itu pilihan saya. Football or other sports lagi best
dari duduk diam baca buku. Langsung tak membantu untuk bakar lemak.” Dalam ayat
terakhir Em, dia sengaja nak mengenakan Ann semula.
“Oh really? At least reading helps a lot in a sense of tambah ilmu
pengetahuan. Speaking of bakar lemak,
saya masih ingat janji awak nak daftar saya kat nearby gym. So why should I play
those sports then? Cukup lah awak sorang je bersukan.” Em ketawa bila Ann sudah
mula buat rolling eyes dengannya.
“Well, bila saya berjanji, saya bukan jenis yang chapatti kan janji. So, mark my word. Nanti saya daftarkan ya, Puan Ann. For the time being, saya rasa elok saya
cuci kereta kat bawah dulu. Lama betul rasa tak manjakan kereta.” Em bangkit
dari katil dan menuju ke arah pintu bilik sebelum sempat Ann menjawab.
“Sayang, tolong letak Faiq dekat baby couch kat ruang tamu. Saya nak
mandikan Sofea. Keep an eye of him. Lepas mandikan Sofea, saya turun
bawah buat breakfast then awak cuci
kereta. Please?” Ann terpaksa
bercakap sedikit kuat apabila Em sudah mula turun dari tangga. Bila mendengar
Ann memanggilnya semula, Em naik semula dan membawa Faiq bersamanya sementara
Ann masih lagi mengemas bilik tidur mereka.
“Today is the third week of your confinement and Faiq pun dah tiga minggu. Tengok gaya awak macam orang dah
bebas dari confinement dah saya
tengok.” Ann hanya tersenyum mendengar Em memujinya dalam diam. Baginya sudah
baik Em berjaga setiap malam menguruskan dia, Sofea dan Faiq. Pada sebelah
siang biarlah tugas yang ringan dilakukan olehnya supaya Em dapat melakukan
tugas lain. Hanya 2 minggu Ummi dan Mama bersama-sama mereka, dan selepas itu,
Em lebih banyak membantu menguruskan segala keperluannya. Ummi dan Mama hanya akan
datang bila perlu sahaja.
“Hence, you should buy me more books so that I just spend the rest of my
confinement days by reading while feeding Faiq and his Kakak Sofea.” Kata-kata
Ann itu bukannya berbunyi meminta kebenaran untuk membeli buku baru tetapi
lebih kepada arahan untuk Em. Sememangnya dia tidak ada pilihan selain
mengiakan permintaan Ann. A bookworm will
always be a bookworm, Em.
So, saya merupakan salah seorang yang nak guna cara water birth ini nanti. In sha Allah. Pasal video di atas, maaf kalau ada yang kurang suka sebab tak censored sangat. Tapi tengoklah suami dia, sweet sangat sampai saya rasa jealous dan berharap agar suati hari nanti saya dapat jugak camtu. *deep* HAHAHAHA. By the way, Abang Mie tak sihat, so get well soon F. And happy 49. :))) Love you! And love you all loads! xx *peluk*
26 comments:
Salam kakak fateen n abang fahmie. Ye kami doakan abang fahmie cepat sembuh ye kak. Best kak. 10/10 bintang kami beri dkt SII ni. SO, bile part 10 sis? :)
nampak nya part 10 masih belum ditulis lagilaa. hehe. sabar eh. tunggu tau. :)
kakak!!!!!!! account kami dah dapat pakai...yea~~~ macam best je kak dapat rasa water birth? Untungnye dpt Ann dan Em.
Salam, Kak Habsah ni.
Tahniah Copia dapat adik lagi.Copia bagi dekat kakak boleh tak?Kakak ni anak seorang tapi dah kahwin belum ada cucu lagi.Copia lah jadi anak dan cucu kakak ni.
Kdk ne mek org mowk ikut kedak kitak?kmk jelousss ga kebahgiaan Ann & Em.
Dari (pembaca tegar sabar itu indah)
Si kicik Sabar itu Indah,
Waaaaa. bagusla. dapat lah kita beramah mesra dengan acc tu nanti. Hehehe :p Nak tahu rasa water birth, try lah nanti eh. Tapi lama lagi lah. Belaja dulu :)
Kak Habsah,
Hehehehe. Saya takut Copia taknak lah kak. Nanti dia rindu dengan Mommy Daddy dengan adiknya.
Pembaca tegar,
Ikut 200% sak sama gaya dengan Ann dengan Em.. haha. Selamat membaca! :)
Peluk semuaaaaaa
Kakak busy ke? kami nak beramah tamah dgn kakak. hehe . SII tetap dihati.
Baru habis kelas ni. Kalau tengah malam, in sha Allah tak busy. Macam mana nak beramah ni? Cakap cepattttt. Hehehe :D
Okay mcm nie lah kakak. JANGAN habiskan SII boleh? kami bosan2 ade juge baca SII dari mula kak.
Bah,kedak ney mowk sama owh??bila boleh duduk semeja?kmek mowk jwak tanya hal nk kedak towk.
(pembaca tegar sabar itu indah)
Adik-adik SII tersayang,
Kalau tak payah habiskan SII ni nampaknya dah macam life update kehidupan sendiri lah pulak. Haha. Takkan taknak bagi ruang dengan cerita lain masuk line? :P
Pembaca tegar,
Padah lok kitak sapa. Misal kmk dah tauk, bok mek email/kol ktk. Mok sik? Yerdeh, mok jumpa semeja indah. Pa polah? wahahaha
Kami x akan beri peluang ceria lain maasuk kak. No No No!! Ehh kakak. Abg fahmie dah sihat? Dulu ada sekali abang komenkan kak.
Adikku sayang,
habis tu kalau kakak Pateng ada idea, takkan nak pendam? Bagi lah laluan tapi gerenti watak Abang Em dengan Kakak Ann kesayangan akan masuk line cerita tu jugak nanti. Tapi, akak akan habiskan SII mungkin sampai part 12. pastu akak akan buat sequel and novel baru k. Abang Mie awak dah sihat. Pernah dia komen, pastu akak tak suruh sebab taknak publisiti. Ceyyy. Boo~~ :p
Alaa..... Janganlah tamat dulu kak...haha kesian abang fahmeng. Ade group laki dkt sini nk tegakkan hak abang fahmeng kak. tapi akak jgn risau. Kami wanita SII ade~
Hehehe. Comel sangat ni kenapa? :D In sha Allah, tu la akak ajak chat kan senang dari tunggu komen ni macam leceh and ambik masa sangat. Mana budak-budah Abang Mie, jangan taktau Kak Pateng gengsta. Hahaha. Nak mintak pendapat macam mana nak buat ending SII ni?
Assalammualaikum dan hai kak Ann n SII..:)
Waalaikumsalam and Hi Abang Mieeee Sedapp. :P Adik-adik, say hi to Abang mie. :P
Hye abang fahmeng. peewitt hye dkt kakak Ann dulu ke. Dkt kami nie abg hero2 SII.
Kalau Abang mie tak jawab maksudnya Abang Mie malu. Hahaha
Hahahaha Abang Fahmeng malu juga ker? Kakak jgn risau kami wanita SII tetap memegang hak untuk membalas komen. Si pemuda SII hanya mampu menyokong abang fahmeng dari jauh je. hihihi
Diskriminasi tol korang ni. Hahaha. Bagila abang-abang tough korang pulak yang komen. Nak tahu macam mana golongan Abang Mie ni komen. Hahaha. Macam tak boleh caya langsung je ada gak lelaki yang baca novel akak kan. Akak ingan abang mie sorang je yang sudi baca. tsk tsk tsk. Terharu tol. Nantilah bagi hadiah dekat korang. :p
Abang tough x boleh tekan keyboard kakak pateng. Nnt patah. hihihihi. Kakak yg kami sayang, kami nk log out dulu ye kakak. Esok kami ade UB so cikgu dah nk tutup kak. Salam dari kami Pemuda dan Wanita SII. INGAT~ jangan tamatkan SII ni. hihi
Sama!!! Esok akak UB PBSM! So kena tidur awal pasal ada assembly pagi. Night kesayangan kakak pateng semua. Belaja rajin2 tau. Jaga kesihatan. Kakak Pateng sayang semua! :)*peluk*
Kakak Fateen dan Abang Fahmie!!!!!!!!!!!!!!!!
Ye adik-adik. Apa kata, bukak google punya Hangout app, kita chat kat situ. Say hi kalau dapat. Akak dah Hi-ing awak kat chat box. :)
baik kakak fateen n abang fahmie.
Post a Comment