Salamun salam and a very good days.. Hari ini pun letih. Agaknya Mak aku macam aku nilah setiap hari. Kesian Mak. :( Kat kampung aku ni walaupun aku suka berada di sini tapi 2 masalah yang MAHA menyakitkan hati aku apabila sering ketiadaan air dan elektrik. Rumah aku memang ala-ala kampung punya style sebab kena naik tangga and masalah satu lagi adalah rumah aku tinggi. So, apabila ketiadaan air ataupun air ada tapi tak kuat, maka air tu tak naik kat rumah la. Komonla, prinsip physics please for those who don't understand what I mean. lol macam aku terer sangat padahal aliran TESL.
Bila takda air or elektrik, semua orang dekat rumah macam malas semacam. Kalau aku bukan macam malas tapi memang dah malas and manas. Jadi, dinner tadi makan ikan masin goreng dengan ikan apa ntah nama dia yang baki tengah hari tadi yang mak masak steam. Pun kiteorang dah kenyang. Alhamdulillah, tak payah nak mimpi-mimpi la kami nak makan western bagai. Eh, janji halal tau tak payah nak memilih. Bersyukur dengan apa yang dah ada. Orang kat Gaza sana belum tentu dapat makan ikan masin. Kesian mereka. #YaAllahSaveGaza. (pakat hashtag ni buat aku rasa kat twitter la pulak.lol)
So, nak dijadikan cerita, Mak aku puji kazen aku belah bapak. Dia cakap mereka kecil dulu dalam satu pinggan berlonggok nasik tapi makan sekor 2 je ikan masin. Ni cerita bukan hari ini aku tahu bahkan lama dah. Tapi bagi Mak cerita ni macam ada sentimental value dia dan banyak pengajaran bagi Mak aku. Selalu tau dia cerita sampaikan aku kalau Mak mula buat muqaddimah aku dah tahu plot cerita dia even sentence pun aku boleh hafal. Bayangkanlah, setiap kali dia nampak ikan masin ke, jemur ikan masin ke, makan apatah lagi kan, dia mesti cerita benda ini. Aku takdela rimas, tapi bagi aku cerita ini ada banyak pengajaran bagi Mak. Yalah, orang hidup susah ni lebih menghargai hidup. Aku rasa inilah pengajaran yang Mak nak sampaikan kepada kami.
Aku rasa bodoh lah pulak tadi bila makan ikan masin aku cakap dengan Mak,
Aku : Mak, tengok nasik Angah ni berlonggok ha. Dan ini adalah sekor ikan masin (aku tunjuk ikan masin kat mak)
Mak : ==,
Ni sebab nak jadikan aku sebagai role model baru la, tapi fail la pulak. Hahahahahah. Sebab lepas 2 suap ikan masin dah selamat masok habis dalam perut aku. Aku ambik lagi ikan masin lain dan menjadikan aku makan lebih kurang 6 ekor ikan masin. Lepas makan tugas aku jugak nak kemas di dapur, lap-lap meja simpan baki makanan, cuci pinggan sume tu, tapi malangnya aku terpijak tulang ikan masin. Aku pun menyeranah tulang tu. Shame on me!! Ketulahan aku kot. :p
p/s : Be yourself. Ikan masin isn't bad to eat. Sedap hingga menjilat lagi dan nasik of course la nak tambah lagi. Tambah lagi bila ada cicah dia. Perghhh. Selamat Malam semua. Muahhhh. Hugs and kisses. Mengadanya! Sila meluat. Bye. Wallahualam :p
No comments:
Post a Comment