Salamun salam and a very good days.. Happy Teacher's day to all teachers in the world. They are very osem and cool teachers ever. Yalah, betul lah apa A. Samad Said (kot), takkan ada peguam kalau tak da cikgu yang ajar, takkan ada Perdana Menteri jika bukan kerana cikgu yang ajar, dan takkan ada Angkasawan @ Orthopaedic kalau tak kerana guru yang mengajar dia ABC. Ehemm. Dato' Dr. Sheikh Muzaphar Shukor Al-Masri pulak yang keluar jadi contoh. Hehe. Tapi itu adalah kenyataan okay. Saya pun BAKAL guru. Ecehh, promote tapi I tak riak, just a bit bangga and syukur. Sebab?
Like I told you before, to be a teacher was never be my dream. Tapi Allah dah tulis sejak azali lagi bahawa hamba Nya ini mungkin akan menjadi seorang guru lagi 5 tahun. Amin. Semua ini berkat doa Mak dan Bapak saya yang begitu peka akan future anak mereka. Aku mengaku yang aku taknak masuk Maktab last year and I really want to go for Foundation in Physical Science at Unimas. Aku pernah cakap hidup ini tak selalu senang and aku memang bukan anak Dato' pun even nama skype aku ada bubuh Dato' Kamarudin kat belakang dia. Takpela kalau orang cakap aku perasan sekalipun janji aku tak kacau hidup orang kan? It was only just a dream bak kata Nelly. Masalah bank negara family aku yang menyebabkan aku berfikir lebih daripada dua kali untuk meninggalkan impian aku untuk belajar di Unimas dan pergi merantau ke Rajang ini. Pheww.
Lama jugak la aku frust, daripada tarikh aku masuk maktab ni iaitu 20 Jun 2011 sampai tadi. Okay tadi bersamaan 16 May 2012. Tak la lama sangat kan? Maybe sebab aku masih mencari redha dan hidayah kat sini kot. Yela, orang nak jadi paediatrician or engineer la katakan. Ahh, lupakan saja Fateen. To be honest, aku berada di sini memang atas restu 100% parents aku. Redha mereka reha lah aku. Selama hampir setahun aku di sini aku mencari hidayah dan hikmah tentang mengapa aku perlu menjadi seorang guru. Hey, aku pernah jadi guru tadika tahun lepas and aku sempat sambut Teacher's Day tau. Mungkin pada hari tu aku tak hadir, tengah MC so tak dapat feel sangat even dapat hadiah dari students yang comel kat tadika.
Yang menjadikan aku mula terharu dan mendapat rahmat adalah degan terjadinya insiden masa tadi. Mak call aku dan terus dia wish Selamat Hari Guru kat aku. I was mesmerized and kind of shocked for a while and I was speechless. Then I said to Mak, aku tak layak lagi nak dapat segala wishes daripada mereka kat rumah. Mak terus cakap dengan aku, "Sapa cakap? Awak dah masuk maktab and awak layak mendapat ucapan tu. Lagipun restu tu penting daripada orang tua kita". Air mata terus merembes keluar (skema) dan aku speechless lagi dan lagi. Betapa Allah telah membuka keegoan seorang anak untuk menerima takdirnya dengan rela pada saat itu juga. Aku terharu tau. Sangat-sangat terharu dengan ucapan daripada Mak Bapak dan siblings aku. Aku tak kesah kalau orang tak wish dengan aku sekalipun. Ni Mak aku, orang pertama pulak tu. Sobsobs. :')
Indahnya insan yang bergelar guru ni kan aku rasa buat pertama kalinya dalam hidup aku apabila mesej kat henfon aku berkali-kali berbunyi dengan ucapan daripada family yang lain dan kawan-kawan. Ya Allah, betapa aku merasa dihargai pada saat ini. Encik Boyfriend sampai nak update skype dia cakap Selamat Hari Guru dengan aku. Ya Allah, blushing and glad Ya Allah. Nikmat Allah dah bagi kat aku pada tahun pertama aku kat sini. Aku bersyukur sangat-sangat. Aku berjanji akan belajar dengan rajin dan berjaya untuk Mak Bapak aku yang utamanya.
Ifan makin mintak puji bila cakap. Orang dah skolah tadika sibuk nak bagi hadiah dengan cikgu dia. Mak siap beli crystal pulak. Kite dulu pen merah pen biru je. Ini tidak adil. HEHE. Mukhriz and Effa pun sibuk nak balut hadiah dengan cikgu mereka. Aku nanti macam mana agaknya ragam students aku? Hehe. Wallahualam. Sebaik-baik keputusan yang kita buat adalah kerana Allah. Aku redha dengan semua ini Lillahi Taala. Uhibbu Ummi, Uhibbu Abbi.
Babai~ :)
No comments:
Post a Comment