Assalamualaikum w.b.t dan selamat petang separa malam semua. Hari ini saya akan menyampaikan usrah yang bertajuk bla bla bla. Itulah ayat yang ustazah aku masa sekolah dulu selalu cakap waktu Fardu Ain hari jumaat. Aku merupakan makhluk yang memang liat nak pergi ke surau untuk menghadirkan diri nak dengar Fardhu Ain ni. Pasal dari bilik aku memang jelas kedengaran usrah yang disampaikan oleh ustazah aku. Well, dia guna microphone + suara dia memang dah sedia lantang. Bukan aku tak suka pergi surau, the matter is, kalau aku dalam bilik pun aku boleh dengar sambil mata tertutup. Tak pun aku dapat dengar usrah sambil tangan menggosok pakaian pada hari Rabu dan Khamis. Heh. Itu bukan topik kita hari ini OK.
According to the above title, aku memang kejeron nak cita pasal hal ini. Sebab bagi spesies makhluk yang tinggal di perantauan macam aku ni memang selalu nak depend dengan orang sekeliling. Bila aku senang aku tolong mereka bila aku susah giliran mereka yang akan tolong aku. Haa. Macam inilah yang aku nak. Barusan, Bapak aku yang aku cintai telah menelefonku,
Bapak : Dah makan?
Aku : Dah.
Bapak : Ada duit?
Aku : Ada.
Bapak : Dah ada duit jangan lokek nak beli makanan yang Angah nak makan.
Aku : Haa.
...........................................
Itulah sedikit isi-isi penting conversation aku dengan Bapak aku. Seriously, duit aku memang dah RM0 dalam purse and aku tak makan nasik tapi aku makan Maggie lagi hari ini. Mungkin naluri mak bapak memang tahu yang anak mereka ini sedang ditimpa MASALAH yang tak berapa nak rumit tapi agak membimbangkan la. Mungkin faktor umur aku yang bakal mencecah 19 tahun pada 22 Ogos 2012 menyebabkan aku mula berfikir dengan sedikit matang untuk tidak menyusahkan parents aku. Aku taknak mereka risaukan aku sebab aku tak berapa pasti tapi rasa-rasanya tahu yang mereka pun ada masalah kat rumah. Ye, aku tahu aku menipu tapi ntah. Aku rasa macam happy bila dorang happy tengok aku tak ada masalah. So-called.
Now, isu kat Maktab tercinta. Hidup dengan kawan dekat maktab memang agak adventure yang boleh jugak disamakan bila kau main Flying Fox. Well, sejak dua menjak ni memang hidup aku kadang kadang berada di atas dan kadang kadang berada di bawah. Yeah, itu lah lumrah hidup, Masalah utama bila Lui tak ada, Memang hidup ini 24 jam perlu ada $$#@%$#%#*. Duit tak ada pun nak makan tak dapat. Tapi sebagai orang yang "pro" bab duit memang aku lah muka yang boros berbelanja. Bukan nak puji tapi aku memang boros sangat berbelanja. Tapi untung ada kawan yang memahami macam kawan aku. Kalau aku susah, buat muka 10sen gerenti dapat apa aku nak. *arum bulak*
Macam tengah hari tadi, aku ada baki duit RM3 tapi Abang Saiful lupa bagi reminder RM5 masa aku beli reload aritu and dia baru bagi tadi masa lepas pelancaran TESL Voice. So, aku pun memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana duit aku bertambah kepada RM8. And, aku ajak roommate aku pergi kafe nak pergi makan lah konon nya. Aku order makanan. 2 Nasi Goreng Ayam. Total is RM7 dan lebih RM1 beli air. HEHE. Pandai kira nampak. Duit aku tinggal RM0. Dengan muka batu aku cakap dekat Reen. " Reen, MINTAK duit. Aku nak beli air." Haa. Tu lah aku cakap susah senang bersama. Dia bagi duit RM5 kepada roommate aku and duit RM5 yang dia bagi pun tinggal RM0 sebab air kami memang berjumlah RM5 pun.
Fuh. Penat mengayat. Aku nak tidur. Kot. HAHA. Terima kasih sebab baca this entry. Love you baby. See you later. Kalau aku rajin la. Ops, ni gambar yang aku lupa nak letak kat entry before ni.
the middle girl with blue hijab is me. |
anyway, style hijab ini diadaptasi daripada tutorial yang kakak aku buat, Fatin Suhana. hehe. Bohong. |
K. Bye.
No comments:
Post a Comment