Assalammualikum w.b.t. dan selamat berhari Jumaat. Ye, bagi yang Islam memang sesdia maklum yang hari ini merupakan penghulu segala hari @ Yaumul Aiyam . "Bisik nuan medak title nyak?" Aisehmen, aku takla terer mana speaking Iban even i have lots of Iban friends. Haa..nak dijadikan cerita lah kan aku memang taknak jadi seorang guru tapi Allah tahu yang aku memang taknak and Dia pun bagi jugak aku jadi cikgu ni. Dah nama rezeki aku pun terima lah hakikat yang aku memang nak jadi cikgu.
Sebagai seorang produk yang berasal dari baka yang baik(aiseh), aku mmang nak sangat tahap gila babi nak jadi Doktor. Hai, babi pun tak gila macam aku ni. Macam la babi ingin jadi guru? HAHA. After result SPM keluar tahun lepas, aku ada borak-borak sambil menganyam ketupat dengan mak aku tenatang kerjaya yang aku dah pilih bila isi UPU dulu. Aku memang anak yang sibook dengan masalah sendiri and suka sangan nak menunjuk depan mak aku. MAK aku only k! Ni kira dialog aku dengan mak aku time aku sibuk nak tunjuk0tunjuk aku lawa laa..
Aku : Mak, Angah dah isi form yang dalam internet yang orang lepas SPM bizi bizi isi sekarang ni.
Mak : Form apa kau cakap. Mak skolah sampai form 3 mana lah mak faham.
Aku : Alaaa..Mak ni kan. BORANG mak borang. Borang kemasukan universiti. Macam apply bidang apa yang kita nak ambik bila nak masuk u nanti.
Mak : kau nak ambik apa haa ?
Aku : Angah nak ambik doktor gigi mak. takpun doktor kanak-kanak. takpun lawyer takpun BINI ORANG. Anak Dato' pun ok mak.
Mak : Gatal nak kawen. Masak pun tak reti. Jadi cikgu lah bagus. Gaji besar dengan kau memang dapat banyak cuti nanti.
Aku : -,- (muka boring and fedup) Cikgu,cikgu cikgu..
Dan perbualan kami pun tamat. Pasal aku memang tak suke bila mak aku suruh aku jadi benda yang tak pernah pun terlintas kat otak aku. Fine Mak.
Mungkin Allah uji aku dengan dugaan yang korang rasa taklah seberapa nak hebat tapi bagi aku memang hebat tahap DEWA! Hari tu aku memang main-main pegi interview dengan kakak aku. Pasal aku memang nak cuba nasib sebab Bapak aku sebenarnya suruh kakak aku pegi open interview kat SMK Sebuyau untuk jadi cikgu. Nak dijadikan dugaan yang HEBAT bagi aku adalah bila aku pulak yang dapat tawaran jadi cikgu tu. Ya udahhh..
Harap-harap Students aku nanti taklah macam student kat dialog ni eh. -.- |
Sumpah aku cakap memang aku menangis SAKAN bila mak bapak uncle auntie aku sokong 100% aku jagi cikgu padahal aku memang nak jadi doktor mak. Nenek aku je paham apa aku rasa. Macam nak pitam dah bila tak dapat apa yang aku impikan selama aku hidup. Dulu nak jadi pilot memang empat per empat rakyat rumah aku tak sokong, Pasal dorang dok fikir kalau pilot aku akan mati sebab kapal terbang terhempas. Pulak dah! Ajal maut jodoh di tangan Tuhan lah. Tapi aku tak jawab lah sebab aku MALASS nak berbahas. Kalaunaku sibok berbahas pasal ni memang aku akan dicop sebagai DURHAKA. Huahuahua >,< Takmau aku.
Sebenarnya, aku dah dapat tawaran dari UNIMAS sebelum tawaran ke maktab perguruan tu. Excited giler la tapi dalam keseronokan itulah aku didatangi kesedihan bila aku tau yang aku dapat tawaran ni. Siapalah aku nak menolak Qada' yang telah tertulis untuk aku kan dan aku memang rasa susah hati bila aku tahu yang aku akan kecewakan parents aku kalau aku tak terima tawaran ni. By hook or by crook, aku kena pegi jugak. Tanggal 20 Jun 2011, aku melangkahkan kakiku ke IPG Kampus Rajang untuk memenuhi niat mak bapak aku. Walaupun hatiku hanya Allah sahaja yang tahu tapi aku redha kalau parents aku happy melihat aku di sini. Aku belajar mengubah mind set aku bahawa aku memang akan jadi cikgu.
Ni aku bohong. (aku dengan mak aku masa aku kecik kecik dulu) |
dahulu aku selalu fikir yang guru ni kan..
- mengajar jauh-jauh duduk dalam hutan.
- gaji tak seberapa $$
- tak dapat nak pakai baju cantik-cantik masa pegi kerja
- tak seronok lah!
- jadi guru mengajar kat kawasan pedalaman memang best sebab belanja tak besar mana pun
- gaji sememangnya lumayan. Fakta woh.($,$)
- Sapa cakap guru tak dapat pakaian yang cantik-cantik? pegilah tengok cite BAD TEACHER. HEHE
- Seronok ape mengajar budak-budak. mereka ibarat kain putih. masih suci. Selain parents dorang,Guru pun memainkan peranan penting dalam membentuk akhlak mereka ni.
No comments:
Post a Comment