Wednesday, August 31, 2016

Cerpen : Cinta Tak Harus Memiliki (Part 2 / Ending)

Assalamualaikum and Hi Nah hari ini ada sikit rajin, so marilah kita membaca kerana ini kesudahan cerita kita. Hehehehehehehehhee komen okay? :) xx


Cerpen : Cinta Tak Harus Memiliki (Part 2 / Akhir)

“We are very sorry Miss for the inconvenience. Obviously it is not because of the weather. It must be the technical part. We will inform you shortly.”

Dua kali dah jogathon ke kaunter pertanyaan, memang ayat yang sama dia dengar. Sudahnya Dian mengambil keputusan untuk mengopi di Starbucks. Kopi dan Dian berpisah tiada. Duduk selama kurang dari sejam sambil membaca novel terkini daripada penulis yang diminatnya, Colleen Hoover sambil menghirup Frappucino memang betul-betul mengisi masanya daripada terbuang, buat bodoh di dalam kawasan KLIA2.

Rasanya kali terakhir Dian menjejakkan kaki di situ 2 tahun lepas. Selalu dia nak berlepas, kalau menggunakan perkhidmatan MAS, dia akan terus ke KLIA. Sesak dan besar KLIA2 dah kira macam tengah membeli belah di Pavi. Bermacam-macam jenis orang dia jumpa. Sebab itu lebih seronok mengasingkan diri sambil layan watak dalam novel.

Apabila menyedari seseorang duduk di belakangnya, Dian tersentak. Bau kopi yang lama tak dhidunya. Moccachino panas. Hanya seorang yang dia kenali yang akan sentiasa memilih kopi itu.

“Dian, saya nak Mocha + Cappuccino panas okay.”
“Dian, boleh tak jangan kerap minum kopi yang sejuk-sejuk. Share Mocca panas dengan saya nak?”
“Dian, jom kita order Mochachino panas sama nak? Bau dia lagi kaw dari minum yang sejuk.”

Ayat lazim daripada seseorang yang pernah menjadi penting dalam hidupnya dulu. Tapi jawapan untuk setiap ayat adalah sama.

“Taknak Zahin. Awak minum lah air panas sebab saya suka yang sejuk.”

Tak mahu menoleh ke belakang, tak mahu mempertaruhkan nasib dan berteka-teki siapa di belakangnya, Dian melawan perasaan dengan meneruskan bacaannya. Body mist Victoria’s Secret dikeluarkan daripada tote di tepinya. Disembur disekeliling dengan muka slumber ayam, tak kisah orang bagi pandangan dengan dia, semata-mata mahu mengelak daripada menghidu bau minuman orang dibelakangnya.

“You must be ‘allergic’ to Mocha and Cappuccino’s smell right?” dan botol body mist pun terjatuh ditangannya tatkala terkejut dengan sapaan orang di belakangnya.
“Fuh…nasib baik!” bila menoleh ke belakang dan mendengar suara orang tersebu, Dian berasa lega.
“Kenapa nasib baik?” soal lelaki di depannya.
“Nasib baik, awak bukan Zahin.” Dia main cakap seolah-olah lelaki itu mengenali siapa Zahin yang dimaksudkannya.
“Oh, tak. Saya Shahin.” Dah kenapa nama bunyi seakan sama. Ada tanda nak terserempak dengan orang lama ke macam mana?
“Oh.”jawab Dian sepatah.. tak berminat dan tak nak mesra alam dengan stranger. Kot-kot dia pencuri ataupun spy. Nasihat Abah dia ingat, jangan nak terlampau mesra alam dengan orang masa dekat airport. Banyak sangat spesies yang suka pakai topeng sekarang. Tambah lagi dengan empati dia tak bertempat, mudah sangat nak kesian.

Dah lepas 5 muka surat novel dibacanya, sepatah haram pun Dian tak ingat dan tak faham. Lagak membaca novel dah macam baca formula Matematik Tambahan bila kena baca berkali-kali. Ni semua sebab si Solehin dibelakangnya. Ke Salihin? Entah nama dia tak ingat sebab tak penting.

Zahin.

“Awak tahu kan, saya boleh melutut walaupun depan orang ramai.” Ayat berani mati daripada Zahin kepadanya dua tahun lalu.

“Melututlah. Dan awak pun tahu bila hati saya dah keras, awak melutut atau meniarap sekalipun, saya tak akan pandang pun, Zahin.”

Entah di mana kekuatan yang dia ada, dia mampu balik sendiri dengan menaiki teksi, meninggalkan Zahin di belakangnya.

Dulu Zahin antara yang utama, walaupun dia diletakkan pada tempat kedua dan di bawah yang lain. Sejak satu per satu masalah menimpa mereka, tanpa ada kata yang sama untuk menyelesaikan, semakin kuat kata hati untuk berkata pergi.

Atas persetujuan mereka, setelah dipaksa oleh Zahin, mereka bertemu semula. Yang terakhir sebagai berdua. Walaupun untuk beberapa tempoh permulaan itu, mereka masih lagi berjumpa, walaupun masing-masing membawa kawan.

Kita bertemu cara yang baik, kita berpisah cara yang baik.
Mungkin dengan berkawan, mereka lebih tahu menghargai masing-masing dan tidak mengongkong dan terkongkong. Mungkin dengan membawa haluan masing-masing, mereka lebih tahu dan mampu untuk mengatur haluan hidup dan impian yang lebih bertumpu kepada cinta terhadap cita dan kebahagiaan orang tua. Mungkin juga, berpisah mengajar mereka untuk tidak saling bergantung dan tidak mengira siapa punya pengorbanan yang banyak dan siapa yang sedikit hulurannya.

Dian menutup novel yang dibacanya setelah benar-benar pasti bahawa memang dia tak mampu menghadam bacaannya lagi kerana terhidu bau kopi sahaja.

Still, the silly Dian. Suka mengingat banyak perkara walaupun semuanya menyakitkan. Bohong lah kalau cakap tak rindu Zahin dan keluarga serta kawan-kawan Zahin yang gila-gila semuanya.

Kalau kembali bersama Zahin, tak akan mengembalikan kepercayaannya. Tak juga mengembalikan kejujuran mereka. Apatah lagi mengembalikan semula apa yang telah pergi, seperti impian dan separuh hatinya.

Cliché sangat fikiran Dian setiap kali terkenangkan Zahin. 2 tahun pun masih belum membuka ruang dan laluan kepada yang lain. Dian ada prinsip baru setelah membuka buku baru 2 tahun lalu.

Tetapkan matlamat hidup dan capailah satu per satu impian itu. Setiap kali dia meletakkan matlamat hidupnya, sentiasa disertakan niat kerana ingin lebih ke arahNya dan ibu bapanya. Macam sekarang, sibuk ulang-alik KL-Sabah semata-mata kerana menghadiri kelas di UMS untuk program Master nya.

Dian. Sibuk dengan kerjayanya, sibuk dengan pelajarannya, sibuk dengan diri barunya, sibuk dengan keluarganya, mengatur plan untuk menjelajah sendiri, sehingga lupa, dian kini sudah mencecah hampir 27 tahun, single dan tak ada hidden relationship dengan sesiapa.

Sebab dah serik dan malas. Bila ada, dia datang dan terima. Kalau tiada, maka anggap saja jodoh lebih kearah rezeki orang tuanya untuk puas merasa dia ada di sisi mereka.

Cukup!

Malas nak membiarkan diri terbuai dek kerana bau kopi, dia bangkit untuk bertanya buat kali ketiga di kaunter pertanyaan. Biarlah diberi pandangan tajam, asalkan dia boleh melarikan diri daripada si Shin Shan dibelakangnya.
Baru nak melangkah meninggalkan Shin Shan, dia disapa semula. Saat dia mahu membalas saapan dibelakangnya, dia terkejut melihat lelaki di sebelah Shin Shan.
Oh, patutlah 2 cawan dia pesan kopi panas. Satu untuk dia sendiri, dan satu lagi..

“Zahin?!” Dian ketawa. Ikhlas.
“Dian!” Zahin berdiri semula. Serius dia tak langsung terdetik, dan terperasan perempuan yang duduk di meja berhadapan dia dengan Shahin tadi.

Dian yang dulu dengan Dian yang dilihatnya kini lain. Sangat lain.
“Shahin, boleh tak?” siap bagi isyarat baik punya, kawan baik sendiri dia halau untuk bagi laluan untuk bercakap dengan Dian. Setahun setengah sepi tanpa khabar berita, Dian hilang dari capaiannya, setelah kedua-dua pihak mereka mengetahui penghujung mereka hanya selepas 6 bulan berpisah.

“Dian.. boleh saya cakap sekejap?” Sopan dia meminta sedikit ruang untuk bertanya berita. Dian hanya tersenyum mengangguk. Tak salah, sebagai kawan, kata Dian pada dirinya sendiri.

“Nak ke mana?”  soalan pertama Zahin. Apa khabar? Macam mana kehidupan awak sekarang? Itu tak penting, yang penting nak tanya Dian nak lari ke mana. Mana tahu, ke luar negara nak bawak diri, fikir Zahin sendiri.

“Saya nak ke tandas tadi.” Balas Dian untuk mengelak daripada menjawab soalan sebenar. Mana tahu Zahin siap-siap beli tiket ikut sama terbang ke Sabah. Knowing Zahin, dia kalau nak buat benda, ikut kepala dia, mana nak kisah kalau duit habis atau tak ada masa. Zahin jenis yang main hentam, Dian jenis yang sistematik. Berbeza.

Dian..jujur please.” perkataan “jujur, please” daripada Zahin adalah kelemahan Dian. Maka rahsianya pun turut terbang bersama kapal terbang yang berangkat ke Jakarta. Diceritanya dari mula sampai pentutup tujuannya berada di KLIA2 pada hari itu.

“I am very proud of you, Dian. Apa yang awak nak, perlahan-lahan Allah bagi.” Alhamdulillah. Thanks Zahin” pendek sahaja jawapannya.
“Awak tak nak tanya pasal saya?” Zahin menduga. Dian menggeleng. Jauh di sudut hatinya dia kecewa. Mahu ditanya seperti mana dia kisahkan Dian sebentar tadi. Dian yang perasankan perubahan itu, tersenyum.
“Awak tahu kan yang awak sendiri tak mampu untuk jujur sepenuhnya walaupun saya cakap ‘jujur please’ berapa banyak kali sekalipun?” Zahin tersenyum.
Ya Dian, mana mungkin saya mampu jujur bahawa saya sentiasa dibayangi dengan rasa bersalah terhadap awak. Mencari dan memerlukan awak. Menahan diri dari tertanya-tanya perihal awak.
“Satu yang awak kena tahu Dian, saya tak kahwin macam lagi. Yang awak cabar saya dulu.”

Dian faham, tapi dia memilih jalan yang sudah elok diatur sama seperti 2 tahun dulu. Fokus kepada matlamat, barulah kempali semula kepada matlamat terakhir, iaitu jodoh dalam erti kata sebenar.

“Attention to all passanger of flight AK….” Tak pasti sama ada pengumuman penerbangan itu untuk dirinya atau tidak, Dian terus berdiri dan mengambil barang-barangnya.

“Jangan kejar saya dan jangan ikut saya Zahin. We are adults and act like ones. Awak kena percaya satu benda, kalau jodoh takkan kemana. Awak sendiri pernah cakap, kalau tak ada jodoh, one day Allah will sends a better one for each of us. Just temankan saya berjalan sampai tempat check-in boleh kan?”

Zahin berdiri. Tersenyum. At least Dian tak biarkan dia sendiri di situ.

“Thanks Dian. We both learn a lot from our past. Let’s just remain as friends, boleh tak?” Serius dia ikhlas, tak ada niat lain. Sekarang tak ada masa dah nak main tapis-tapis. Dah dua-dua line clear. Dia hanya perlu tunggu dan ikut rentak Dian. Malas dah nak main puppy love. Tua sangat dah nak jadi tak professional dalam hubungan.

“Boleh. Once saya habis kelas, kita minum kopi okay? Saya minum Moccachino panas, dan awak minum Frappuccino sejuk. Deal?”

Zahin ketawa dan terpaksa bersetuju, andai itu mampu membuatkan Dian mahu berkawan dengannya. Perlahan-lahan bayang-bayang Dian hilang sehingga ke laluan tempat menunggu di balai berlepas dilihatnya dengan senyuman yang sudah lama hilang pada diri seorang Zahin.

Melihat siapa Dian sekarang, Zahin akhirnya lega.
Melihat siapa Zahin sekarang, Dian bersyukur.

See.. tak perlu untuk kembali semula untuk berbaik, hanya perlu menunjukkan sisi terbaik daripada kedua-dua pihak. Mereka terlalu matang untuk melalak agar kembali. Percaya pada setiap percaturanNya, pasti akan dipenuhi apa yang diminta, bila ikhlas dibawa bersama.


Ingat, Cinta Tak Harus Memiliki.

Tuesday, August 16, 2016

Cerpen : Cinta Tak Harus Memiliki ( Part 1)

Assalamualaikum and Hi! Setelah sekian lama bakan dipendam, jom kita asah semula bakat. Ruang komen dibuka setelah setahun ditutup :) Missing my writing era.


“Dian?”

“Yep”, teh yang masih panas di depannya ditiup. Tak nampak langsung macam seorang yang berumur 24 tahun.
\
“Kita berbaik?” Dari tadi Zahin di depannya tidak dipandang. Bila ditanya, dijawab sepatah. Paling teruk, di jawab guna isyarat badan.

Padan muka Zahin. Selama ini bukan main dia cuba nak bertoleransi dengan perangai acuh tak acuh dia dalam hubungan. Sekali dah kecewa, ajak lah seribu kali pun berbaik, memang tak la wei, jawabnya. Lagi-lagi dengan spesies hati batu macam Dian.

“Kira baik lah ni. Saya nak jumpa awak. Kalau tak, whatsapp awak pun saya tak sudi reply.” Jawapan memang lah makan dalam bagi Zahin, tapi Dian sendiri rindu. Cuma malas nak bagi muka lagi. Taknak pisang berbuah dua kali.

“Okay, awak nak saya buat apa? Cakaplah apa-apa sekalipun.” Kalau dulu soalan itulah soalan yang paling ditunggunya, tapi tidak lagi sekarang.

Walau susah manapun Dian sekarang, dia takkan cari Zahin lagi. Dulu memanglah Zahin kaunter pertolongan dia, tapi sekarang, kalau boleh dengan sesiapa pun dia tak nak minta pertolongan. Puas sangat kena pijak kepala, kalau orang tahu mereka diperlukan oleh golongan sepertinya, orang buat macam-macam pun kena hadam kena terima.

“Saya nak awak cari yang lain.” Suara mendatar dan hati kering, dia cakap main hentam depan Zahin. Sengaja nak menguji. Kalau Zahin ada calon, baik dia berundur. Taknak main macam Cheryl Cole lafi dah, Fight For This Love.


“Saya nak awak. Kalau kita kahwin, mesti masalah kita settle. Tak ada dah nak gaduh-gaduh macam ni lagi.” Entah dari mana cadangan yang Zahin cakap itu membuatkan Dian memandang Zahin. Sungguh berbeza cara dia dan Zahin berfikir.

“Apa awak ingat kahwin akan kembalikan kepercayaan saya? Semua masalah kita yang awak selalu biarkan tergantung selama ni akan selesai kalau kahwin? Teori apa awak pakai ni?” dia tembak Zahin kena pada batang hidung soalan cepumas untuk dijawab.

Kahwin atau bertunang sekalipun takkan menyelesaikan masalah mereka, bahkan, makin membuatkan Dian terfikir bahawa lebih mudah Zahin akan mengongkong dan mengatur kehidupannya selepas itu. Masalah? Makin bertambah adalah.

“…Entahlah awak, makin lama hubungan kita, makin saya rasa, saya tak kenal awak. Sebab itulah, sayang saja tak cukup. Mana pergi komitmen, kejujuran dan perhatian awak? Dah bawak pergi masa selalu outstation ke? Lepas tu tinggal.” sentap sekali lagi Zahin dikenakan Dian.

Memang benar kata orang, manusia berubah. Tak pada rasa, tapi pada cara. Sayang masih ada tapi mana pergi kejujuran dan perhatian dia?

“Jangan buat saya macam ni, Dian.” Entah apa yang Dian buat, dia pun tak pasti.

“Saya buat apa dengan awak? Saya ke yang dah taka da masa untuk hubungan ini? Saya ke tak jujur dalam hubungan? Kalau betul yang awak busy dengan kerja dengan customers awak, kenapa nak kena rahsia bila saya tanya? Yang part paling tak adilnya pulak, awak sibuk nak tahu ke mana saya pergi dan dengan siapa? Lepas tu, tak puas hati lagi, awak check semua media social saya? Saya buat apa? Jadi psycho pegi tempat kerja awak tanya kawan sekerja awak tentang aktiviti awak? Intip awak ke mana-mana awak pergi? Telefon sesiapa kat rumah awak tanya jam berapa awak balik kerja dan turun kerja?” memang dia boleh buat, tapi Dian memilih untuk berdiam dan melihat macam mana dan sampai bila Zahin akan terus dengan kehidupannya yang sibuk.

Ya, dia faham atas tuntutan kerja. Tapi kerja sampai berahsia, kemana-mana pun berahsia. Mustahil tak ada rasa ragu-ragu. Again, sayang saja tak cukup.

“Saya kerja. Saya carik duit.” Wow, jawapan kepada soalan-soalannya memang cliché sangat. Well, knowing Dian, she doesn’t buy that simple and brief explanation.

“Then, kerjalah sampai awak mereput. Tak payah sibuk cari saya. Tak payah sibuk nak cakap pasal kahwin pasal tunang depan saya. Lagak awak berperangai macam ni Zahin, betul-betul bagi saya beraggapan yang awak desperate. Terdesak sebab umur atau orang di sekeliling awak dah settle down. Cadangan saya, awak carik jodoh di tempat kerja awak. Kawan awak ada cakap kan, ada sorang perempuan di tempat kerja awak selalu kacau awak. Kalau kahwin dengan dia, 24 jam bersama, tak lah nanti awak rasa insecure. Kalau dengan saya ni , yang masih berhingus, bekerja pun belum, tak cerah masa depan. Perangai pun macam budak-budak baru nak dewasa.”

Kira satu samalah mereka berdua kali ini. Masing-masing ada kekurangan. Tapi kekurangan yang tak sepadan untuk dilengkapi.

“Cinta tak seharusnya memiliki, Zahin.” Matanya masih memandang Zahin yang menunggu masa nak melepas marah dan sedih. Baik dia cepat-cepat habiskan syarahan dia. Zahin memang kurang melawan secara verbal. Dia lebih kepada tindakan. Silap hari bulan, dia boleh melutut meniarap di depan orang.

“…Saya tetap sayang awak sampai bila-bila. If I say, I wanna put this relationship to an end, saya harap awak tak fikir yang saya akan ada lelaki lain terus. Sebab saya memang dah sayang awak, nak move on memang susahlah. Tapi kalau awak dah ada jodoh dan pengganti, teruskan. Jangan berselindung sebab awak berhak bahagia. Itu yang awak cari yang saya tak dapat daripada awak. Saya mintak, awak tengok balik macam mana awak 4 tahun yang dulu dalam hubungan dan macam mana awak sekarang. Jadi diri awak yang dulu untuk dia nanti.”

“Apa maksud awak dengan pengganti? Saya cakap saya nak hidup dengan awak.” Tangan Zahin menggenggam kerusi seolah-olah nak membaling kerusi di depannya.

Sebelum Zahin mengeluarkan barannya di depan orang, baik dia keluar daripada Coffee House itu cepat-cepat. Belum sempat dia melangkah, Zahin sudah memegang bahunya. Sudahnya, Dian terpaksa berjalan bersebelahan dengan Zahin.

“…awak tau kan yang saya boleh melutut?



....... bersambung....

Melututkah Zahin? Adakah Dian akan menerima Zahin hanya dengan ucapan maaf? Again, Cinta Tak harus Memiliki. 

Belajar menerima kenyataan, tunggu part 2 k :)