Assalamualaikum and Hi!
Sorry to keep you waiting. I thought there's someone who is willing to post this yesterday. Takpela. Keep calm and don't forget to drop your comment yeah! Much love! Part 14 is long long way to go. I'm focusing on my study week and exam week for the time being. Pray for me! #TeamSabarItuIndah #TeamSIIShahAlam #TeamSIIJohor
Balik
semula ke rumah mereka dari Sarawak, Em pula menerima mesej cakap pergi
outstation untuk seminggu. Sudahnya hari Sabtu dan Ahad dihabiskan bersama-sama
isteri dan anak-anaknya. Taknak penatkan diri keluar pergi jalan-jalan, dia dan
Ann meluangkan masa di rumah. Hujung minggu macam itu kenalah digunakan
sebaiknya kerana sekarang Ann pun sudah bekerja. Jadi masa dengan Sofea dan
Faiq makin berkurang. Nasib baiklah kedua-dua mereka bekerja ikut masa pejabat,
memang Sabtu Ahad takkan terganggu, kecuali mereka kena pergi kursus atau Em outstation.
“Daddy,
nak main hide and seek.” Bila Sofea
ajak dia main-main, joystick terus
diletakkan semula di meja home theatre.
Main game sorang-sorang memang boring, lebih baik dia layan Sofea.
“Mommy
dan Faiq pun nak!” Ann yang entah dari mana masuk ke dalam bilik pun nak ikut
main sama. Jadi, mode kanak-kanak
Ribena on! Sofea apa lagi, memanglah
dia suka. Nasib baik Ann dan Em dua-dua suka buat kerja budak-budak, taklah
jadi masalah.
“Okay
girls and a small boy, kenalah main osommm dulu.” Sofea memang dah terbiasa
dengan osom yang dikatakan oleh
Daddynya terus mengangkat tangan kanannya ke atas.
“Ooooooooooo…som!” Semua cakap osom kecuali Faiq yang terpinga-pinga
dibawa oleh Em. Masuk-masuk Ann cakap nak ikut main, terus Faiq diberikan
kepada Em. Nampak sangat Ann taknak
penat-penat bawak Faiq sambil bermain. Kalau Faiq berbunyi masa sembunyi, mesti
lah terkantoi.
“Haaaa..Sofea
jadi!” Serentak suara Ann dan Em menjerit dan menunjuk ke arah Sofea. Si kecil
terus berlari di tingkap kaca dan menutup mukanya pada tingkap kaca itu.
Mengira satu sehingga sepuluh sementara Em dan Ann menyembunyikan diri di dalam
bilik itu sahaja. Kalau nak sembunyi di sekitar dalam rumah, mungkin agak
bahaya sebab nanti takut-takut Sofea turun tangga terkocoh-kocoh sampai jatuh.
“Mommy..
Daddy.. Baby.. dah hide belum?” Sofea
menjerit tapi masih lagi menutup matanya apabila kiraan sehingga sepuluh sudah pun
tamat.
“Dah!”
Suara Ann yang bersembunyi dalam walk-in
wordrobe mereka kedengaran. Sofea macam tahu-tahu di mana Mommynya berada
terus ketawa. Bukan main comel lagi anak Beruang berjalan berjinjit menuju ke
dalam walk-in-wordrobe konon taknak
Ann perasan. Satu per satu baju yang
bergantung diselaknya sambil memanggil Ann. Bila dia merangkak di bawah baju
yang digantung itu barulah dia nampak Ann sedang duduk di bahagian hujung
berdekatan dengan koleksi handbag.
“Haa! I got you Mommy!” terus Ann digeletek
Sofea. Sofea ni dah memang Em versi perempuan agaknya. Suka main geletek orang.
Ann mengangkat tangan tanda menyerah.
“Okay
okay.. Mommy surrender. Jom carik
Daddy dengan baby.” Tangan Sofea dipimpinnya keluar daripada walk-in-wordrobe membantu Sofea
meneruskan misi mencari Em dan Faiq. Bila suara Sofea menyebut namanya beserta
dengan bunyi kucing, Em macam dah tak mampu menahan tawanya. Faiq di sebelah
masih lagi memandangnya hairan. Nasiblah si anak tak bising-bising bila dia
lari dalam bathtub dan langsirnya
ditutup. Dahlah dia siap baring dalam bathtub
dan Faiq diletakkan di atas badannya.
“Sofea,
maybe Daddy dengan baby kat sini.”
Kedengaran suara Ann membawa Sofea ke dalam bilik mandi mereka. Bunyi cupboard dibuka oleh Ann untuk membantu
Sofea membuatkan Em ketawa diam. Ada ke patut cari dia dengan Faiq dalam cupboard yang kecil untuk meletakkan
segala syampu dan alat-alat mandi. Tak masuk akal langsung.
Baru
nak melangkah keluar daripada bilik mandi untuk mencari di kawasan lain, terus
Faiq buat suara “miii..miii..mii”
bila dengar suara Sofea dan Ann. Mestilah si isteri dan anaknya berpaling
semula ke belakang dan tahu di mana tempat dia bersembunyi.
“Gotcha!” Langsir dibuka dan Sofea terus
masuk ke dalam bathtub dan duduk di
atas badan Em bila tengok Faiq duduk di dada Em.
“Aduh!
Sakit.. tolong Daddy, Mommy! Okay, Daddy mengalah.” Dengan keadaan diri yang
baring dalam posisi melengkung, memang lah rasa tak selesa bila Sofea pun nak
duduk.
“Itulah
awak, pandai sangat pilih tempat. Kan Sofea dah nak ikut sama.” Ann mula duduk
di bahagian tepi bathtub. Sofea
diangkat sekejap untuk membolehkan Em duduk, tapi masih jugak nak duduk dalam bathtub. Baru nak sambung berborak
dengan Ann, Sofea dah nak ajak mandi dalam bathtub.
“Nanti
sayang. Sekarang tak boleh. Baby masih kecik lagi kalau nak mandi sama dalam bathtub. Petang nanti kita swim kat luar okay?” Em mengangkat Sofea
duduk di sebelah Faiq yang berada dalam pangkuannya.
“Promise?” bila Sofea angkat jari
kelingking, Em menyambutnya. Dah kena janji macam budak-budak bila dengan anak
sendiri. Kalau buat pinky promise
macam tu dengan Ann, memanglah buat tabiat.
“Jom
turun bawah kita tengok Pocoyo sambil makan aiskrim nak tak?” Ann tak mahu
Sofea, Faiq dan Em lama-lama bermain dalam bilik mandi, dia ajak turun makan
aiskrim. Sofea terus bangkit dan minta diangkat oleh Ann keluar daripada bathtub. Em pula membawa Faiq. Sebelum
keluar daripada bilik mereka, Em menyuruh Ann membawa iphonenya di atas katil.
Takut Mama atau Ummi telefon. Selalunya kalau dia dan Ann lambat menghubungi
mereka, mereka yang akan telefon terus. Bukannya nak cakap dengan mereka
berdua, tapi nak cakap dengan Sofea.
Baru
memimpin Sofea turun dari tangga, Sofea minta iphone di tangan Ann. Em sudah berada beberapa anak tangga di
bawah. Baru sahaja bertukar tangan, terus iphone
Em terjatuh dari tangan Sofea.
“Ya
Allah!” Ann dan Sofea serentak berkata begitu. Diam beberapa saat, Em terus
turun ke bawah mengambil iphonenya yang memang sah sudah pecah skrin sementara
Sofea masih lagi tergamam memegang tangan Ann yang ketawa. Kalau orang melihat
situasi mereka pada saat itu, sudah tentu mereka akan berasa hairan. Sofea
diangkat dan dibawa ke bawah dalam keadaan masih ketawa.
“What did you say, Sofea? Say it again?” Sofea yang melihat dengan
muka keliru ditanya.
“Ya
Allah, Mommy.” Ulang si anak. Terus Ann ketawa lagi.
“Ni
ikut Mommy sangat cakap Ya Allah macam tu. Clever
girl. Cute sangat kan, sayang?”
Ann memandang Em yang masih lagi melihat di sekeliling lantai. Mana tahu ada
sisa skrin pecah tertinggal.
“Ya right. Iphone Daddy pun rosak
kan?” Bila dengar Em cakap macam tu,
Sofea terus nangis. Mungkin takut Em memarahinya.
“Sofea
sayang, Daddy tak marah Sofea lah.” Ann mula memujuk Sofea. Sikitpun dia tak
berani mengangkat mukanya memandang Ann ataupun Em. Ann membawa Sofea ke kaunter dapur dan
meletakkan Sofea di atas kaunter menghadapnya. Bila Em dah memastikan lantai
tidak ada sebarang cebisan daripada iphone yang pecah, dia membasuh tangan dan
menyerahkan Faiq kepada Ann. Sofea diangkat dan dipujuk.
“Daddy
tak marah lah sayang. Sofea bukan sengaja tikam pun.”
“Jatuh
Daddy. Sorry.” Perlahan sahaja suara
Sofea menerangkan kepada Em dengan mata yang berair masih lagi tidak mahu
memandang Em.
“Look at Daddy and Mommy.” Muka Sofea
diangkatnya. Bila Sofea angkat muka, kedua-dua mereka tersenyum memandang
Sofea. Sikitpun tak menunjukkan riak marah. Apatah lagi Ann yang masih lagi
ingat cara Sofea cakap “Ya Allah”
tadi. Sebijik dia!
“Jom
makan aiskrim nak?” Ann mengelap mata Sofea. Faiq mendepakan tangannya minta
dibawa oleh Em semula. Bila Sofea dan Faiq berada dalam dukungan Em, Ann terus
mengeluarkan aiskrim daripada peti sejuk. Makan mini cornetto di ruang tamu sambil menemani Sofea dan Faiq tengok
TV.
“Sayang,
lusa saya pulak kena outstation.
Seminggu pulak tu.” Em masih lagi berusaha menghabiskan aiskrimnya. Tengok pada
gaya Ann dan Sofea, dah masuk aiskrim ketiga mereka makan. Dia bukannya suka
makan aiskrim, tapi dia tetap layankan sahaja demi orang yang disayang.
“Pergilah.
Kak Yaa ada, in sha Allah boleh lah kot. Nanti saya ajak Mama bermalam sini.
Tak pun kami bermalam sana.” Senyum sahaja dia memandang suami di sebelah.
Kalau Em yakin dengan dia, dia boleh saja nak menguruskan anak-anak sewaktu Em outstation. Nak memandu ke tempat kerja
pun tak jadi masalah. Lagipun dua minggu di Sabah dan Sarawak sedikit sebanyak
membantu dia berdepan dengan anak-anak seorang diri.
“Kalau
saya balik hari boleh tak?” dengan memandu 3 jam dari KL ke Perak balik hari?
Memang sahlah Ann tak membenarkan Em balik hari. Dah memandu 3 jam awal pagi
sebelum pukul 8, dan balik 3 jam ke KL dari sana lepas habis kerja setiap hari.
Tak penat ke Em buat macam tu? Makinlah bahaya memandu dalam keadaan penat.
“…nanti
saya rindu awak. Rindu Sofea dan Faiq.” Aiskrim yang masih lagi tinggal sedikit
langsung tidak terusik. Hilang rasa terus bila isteri tak bagi balik hari,
padahal dia boleh je memandu sorang-sorang.
“Bahaya
sayang. Alaa, seminggu tu 5 hari je pun. Jumaat awak baliklah terus. Saya boleh
tunggu awak.” Tahu sangat dengan Em takkan habis, aiskrim di tangan suaminya
dihabiskan oleh Ann. Masa suami tengah serius bercakap, dia boleh senyum, boleh
sambung makan aiskrim suaminya.
“Saya
tak puas lagi luang masa dengan awak dan anak-anak lepas hampir 2 minggu
berjauhan.” Baru Ann teringat yang mereka baru sahaja balik semalam. Nak
ikutkan hatinya, Ann nak balik pada Ahad itu tapi Em nak sangat bawak balik
awal. Rupanya suami nak luangkan masa bersama macam ni.
“Sayang,
saya percaya awak, dan awak percaya saya. Kita sama-sama kerja kan? Apa-apa
saya atau awak buat, kita sama-sama percaya. Pasal saya, Sofea dan Faiq
janganlah risau, sebab Mama pun ada kalau awak nak ada keluarga yang temankan
kami.” Ann meyakinkan Em. Pasal masalah lepas, semuanya sudah pun diselesaikan
dengan cara yang baik. Nak menjaga hati suaminya, dia cuba untuk tidak
mengungkit lagi. Mungkin susah, tapi dia kena mencuba untuk mengelakkan masalah
seperti 2 minggu lalu berulang lagi.
“Thank you sayang sebab awak sentiasa
sokong saya dan faham dengan apa-apa sahaja yang saya buat. And trust me, saya buat semua ni untuk
keluarga kita.” Untuk beberapa saat sahaja mereka trsenyum sebelum Em bangkit
daripada sofa.
“Speaking of Mama tolong jaga sama, kita
belum call mama lagi harini. And
dua-dua iphone kita dah tak selamat nak digunakan lagi. Macam mana ni?” Em
pergi ke dapur mengambil semula iphonenya yang pecah di atas meja. Baru
teringat kejadian Iphone mati katak tatkala terjatuh dari tingkat atas oleh
anaknya sendiri.
“We need to go out now. Nak beli Iphone 6
plus dua bijik!” suara Ann yang
berteriak dari ruang tamu membuatkan Em ketawa. Slumbernya si isteri cakap keluar
sekarang beli dua Iphone 6 plus macam
nak keluar pergi market beli sayur. Ingat Iphone 6 plus tu harga seringgit ke apa senang-senang cakap? Bila nak kenang
balik, memang mereka perlukan telefon baru sebelum dia pergi ke Perak nanti
untuk bertanya perkembangan semasa masing-masing. Nak beli telefon yang
alang-alang atau ala kadar dia tak suka, bagus beli yang berkualiti terus. Tak
payah beli dua tiga kali. Memanglah akan berkurang duit simpanan bulanan dia
sebab beli benda yang tak masuk dalam to-buy-list
tapi apakan daya, kenalah ucap selamat tinggal kat duit. Dia memang ada
standard kalau bab-bab gajet. Selagi mampu dan tidak menyusahkan orang, bagi Em
tak salah kalau nak memenuhi kehendak sendiri. Lagipun bukan selalu pun.
“Better siap-siap within half an hour sebelum kedai buah Apple tutup.” Dia pun dah jadi microphone
bergerak bila bercakap main jerit-jerit sama dengan Ann dari dapur. Dia siap
dengar Ann cakap dengan Sofea suruh cepat-cepat kemas lagi. Sebelum Ann membawa
Sofea dan Faiq berkemas di atas, Ann kembali ke dapur dengan membawa sisa-sisa
balutan aiskrim.
“Thanks sayang.” Selesai membasuh tangan
Ann memeluk Em dari belakang. Bila Em menundukkan mukanya sama paras ketinggian
Ann, Ann terus mencium kedua-dua belah pipi Em.
“Upah
awak!” Em ketawa mendengar Ann berkata begitu sebelum terus naik membawa Sofea
dan Faiq berkemas di atas. Dia tahu, Ann memang menghargainya dan ciuman tadi
bukanlah upah semata-mata.
Masuk
sahaja dalam kereta, Sofea terus menyerahkan duit seringgit kepada Em. Bila
ditanya untuk apa, Sofea cakap sebagai ganti dia jatuhkan telefon tadi. Ann dan
Em sama-sama ketawa. Sofea pandai ambik hati dia bagi duit konon untuk beli
telefon baru.
“Siapa
bagi Sofea duit ni?” Duit yang dihulurkan Sofea diambilnya.
‘Uncle
Aidil.” Bila masa pulak Abang Aidil bagi Sofea duit pun Ann tak pasti, tapi
yang pasti sewaktu mereka datang ke rumah Maksu tempoh hari. Kalau bagi Sofea
banyak duit sekalipun dia takkan pernah belanja sebab dia mana ada nak keluar
ke kedai sebarang. Mesti duit yang diberikan itu dia simpan dalam beg Adidas
yang dibawanya sendiri.
“Sofea
rasa cukup tak duit ni beli telefon baru Daddy?” Em sengaja tanya soalan
cepumas dengan Sofea yang sudah duduk semula di tempat duduknya di belakang.
“Tak
cukup Daddy tambah.” Serentak Ann dan Em ketawa lagi dengan jawapan Sofea.
Bijak betul si anak kenakan Daddynya semula.
Seringgit nak tambah beli Iphone macam tak membantu langsung. Tapi demi
anak, mereka layankan sahaja. Kanak-kanak walaupun kecil tapi mereka juga punya
perasaan dihargai dan dipercayai.
Plan mereka sekeluarga nak berendam
di kolam petang itu terbantut dengan aktiviti yang tiada dalam rancangan.
Balik-balik pun hari dah lewat. Nasib baik hari Sabtu macam tu ada kedai Apple
yang bukak, dapat lah juga Em melaburkan duit nya untuk 2 iphone. Bila swipe kad
kredit, dia tutup sebelah mata tandatangan resit penyata pembelian. Bila dah
dapat apa yang dihajati, Ann macam faham-faham dan taknak mintak si suami beli
macam-macam walaupun mereka memang sah dalam pusat beli belah. Selepas itu, Em
angkut anak-anaknya berjalan di Publika. Nak ambik kurang belanja, dia bawak
Sofea dan Faiq bermain di Publika sambil dia dan Ann mengopi sama.
“Macam
mana agaknya Sofea nanti malam-malam kan? Mesti nak mencari awak macam selalu.”
Ann tiba-tiba teringkatkan perangai Sofea waktu malam-malam kalau Em tak ada
dengan mereka.
“Nanti
saya cuba cakap dengan dia awal-awal supaya tak susahkan awak.” Tangan masih
lagi memegang air Sofea sambil menghayun buaian Sofea.
“Sofea..
Sofea nangis tak kalau Daddy tak tidur rumah?” Ann yang memegang Faiq yang
duduk dengan bola kecil yang banyak bertanya.
“Nangis
lah Mommy. Mommy nanti tak ada orang sebelah.” Dia dan Em sama-sama bertukar
pandangan bila Sofea jawab macam itu.
“Kenapa
nak nangis kalau tak ada orang sebelah Mommy?” Em mengangkat Sofea daripada
buaian.
“Nanti
Mommy takut ada Casper.” Bola
ditangan Faiq dibaling Sofea sebelum menangkat bola itu semula. Sebaik sahaja
mendengar jawapan Sofea, Ann dan Em ketawa lagi. Casper yang kartun hantu tu ke
maksud si anak? Ni memang pengaruh kartun sangat Sofea ni. Tapi Em tahu apa
yang dimaksudkan oleh Sofea. Macam tak lengkap kalau ada salah sorang yang tak
ada di bilik mereka.
“Sofea
sayang.. sini..” Em memanggil semula Sofea.
“…Kalau
taknak Casper kacau Mommy, Sofea kena
tidur sebelah Mommy dengan baby okay?”
“Daddy
pergi mana?” Sofea pandang muka Bapak Beruang yang bukan main serius bercakap
dengannya.
“Daddy
kerja sayang. Nanti Daddy balik Daddy beli hadiah dengan Sofea dan baby okay?”
“Mommy?”
Ni mesti kes taknak kongsi hadiah, dan taknak sesiapa tertinggal, Sofea
selitkan nama Ann sekali dalam list
hadiah yang nak dibeli.
“Okay.
Mommy pun Daddy beli.” Mata menjeling Ann di sebelah yang sudah tersengih. Well, siapa yang taknak hadiah kan?
Orang besar macam Ann pun tak kurang gembiranya bila dapat hadiah.
Bila
tengok Em packing barang malam itu di
dalam walk-in-wordrobe, Ann melayan
anak-anak mereka di dalam bilik. Lepas balik tadi perut memulas macam apa, tapi
tak ada pulak makan benda macam-macam. Padahal apa yang dia makan, sama dengan
apa yang Em makan. Dah pergi mandi
rupanya ‘cuti bulanan’ bermula. Sudahnya dia bawak Sofea dan Faiq main atas
katil dia dan Em sambil dia bertukar-tukar cara berbaring ikut keselesaan. Whatsapp kepada Izah dihantar. Lama tak
dengar khabar kawan baik sendiri. Nak harapkan Izah hantar mesej, memang ke
laut lah jawabnya. Bila penat on call,
Izah terus tidur. Tak pun masa off sehari dua, sibuk ke sana ke mari dengan Hazwan
cari barang persiapan kahwin.
I wonder whyyyyyyy lah aku masih
lagi senggugut padahal dah beranak dua. Doctor please help me.
Panjang umur. Was about to text
you just now. Ada sesetengah kes, it didn’t work kalau ada orang cakap dah
kahwin baru takkan senggugut lagi. And.. this happens to you. Go drink air
panas you big Baby!
But why the senggugut wants me?
So sakit ya know!
Idk, maybe that senggugut wanna
be your bestie!
Ya right! Sebab kau taknak kawan
aku lagi lepas kahwin dengan Wan kan kan kan?
Mengada! I love you more than I
love Wan. So, we will still be bestie forever!
OMG OMG OMG I love you more! But
I love Em more than I love you!
I HATE YOU.
No. You love me!
Hahahahhahahhahasoperasanyou!
Perasan lama. Babe, I gtg sebab
nak tidurkan babies and dating dgn Hubsy lol.
Mengada nya nak dating padahal
tinggal sebumbung! Okay then. Hugs and kisses to my two munchkins.
Em outstation and kena pegi esok!
Sleep here sleep here! Longing to see you and talk to you! Muahh bye xx
We’ll see later. Muahh more xxx
“Sayang
text sapa malam-malam macam ni?” Em
yang entah bila keluar daripada walk-in-wordrobe
dengan backpack menyapa dia yang masih
lagi membaca Whatsapp terakhir
daripada Izah. Biar betul Em pergi seminggu bawak backpack je? Like seriously?
Kalau dia, sah-sah akan bawa bagasi besar untuk pakaian dia saja.
“Izah.
Awak guna backpack je?” tak larat nak
bangun duduk, Ann berbaring menghadap suaminya.
“Yep. Kenapa nak bawak banyak-banyak?
Bukan perempuan pun nak bawak baju dua tiga lapis banyak-banyak lepastu tak
pakai jugak nanti.”
“Awak
perli saya kan?” Em ketawa. Dia tak peril Ann pun. Dia bercakap tentang benda
yang umum yang dibuat oleh semua perempuan.
“Tak
lah sayang. Ni kenapa macam orang sakit?” Sofea dan Faiq macam dah layan sangat
dengan music book di sebelah Ann. Em
naik menyertai mereka di atas katil.
“Period pain.” Tangan naik mengurut
bahagian perut Ann.
“I thought it was the third baby.” Em tersengih.
“What?! No no no.. belum lagi. Faiq
setahun pun belum. Awak jangan amcam-macam.” Bukan main terkejut Ann dengan
gurauan Em malam-malam begitu. Macam nightmare
baginya sebab nak uruskan dua orang anak yang masih kecil, dengan Faiq yang
masih menyusu dan dengan penyesuaian dirinya yang baru bekerja, nak ditambah
dengan anak ketiga, macam tak bersedia lagi bagi Ann.
“Taklah.
Saya gurau. At least Faiq umur dua
tahun baru kita fikir third baby
okay?”
“Saya
punyalah nervous dengar awak nak anak
lagi. Thanks sebab memahami.” Tangan
Em dipegang. Alaa, dia faham kalau Ann masih nak berehat lagi. Ann bukannya
surirumah lagi, jadi kenalah bgi peluang kepada isterinya untuk merasa nikmat
bekerja sendiri sambil mengurus anak yang baru nak membesar.
“tapi
kalau rezeki tu ada macam mana?” Em sengaja tanya. In sha Allah, taklah kot
sebab Ann ambik pil.
“Okay
kalau rezeki.. saya takkan tolak. Mungkin kita perlu kerja keras lagi kalau
bertambah ahli.” Kalau Em menganggap dia menolak, Em salah sebab dia takkan
tolak rezeki yang orang lain mungkin tak dapat.
“Good! Saya tak suka kalau kita tolak
rezeki. Lagi-lagi gugurkan. Macam kawan saya ada yang terpaksa suruh isteri
gugurkan kandungan sebab masih nak enjoy
lagi. Kalau nak enjoy baik tak payah
kahwin. Pelik betul mentaliti mereka ni.” Em mula bising. Dia dengan Em
sama-sama tak suka tengok orang yang dah sah berkahwin, dah mengandung, taknak
anak pulak. Ada yang tak kahwin, tapi dah mengandung, buang anak merata. Mana
pergi nilai kemanusiaan pun mereka tak tahu.
“Kalau
kehidupan kita ni lebih senang dan dimudahkan, saya nak sangat ambik anak-anak
terbiar macam tu dan suruh orang didik mereka dengan betul sejak kecil. Kesian
tengok baby yang bersalah dibuang.” Bila buat perancangan semua dapat, nak
melaksanakan apa yang dihajati, memang susah. Dalam hidup pun banyak
undang-undang, tak boleh nak main hentam walaupun niat murni. Kena ikut
prosedur.
“Tak
apalah sayang. Yang penting kita dapat berfikir dan takkan menyimpang ke situ.
In sha Allah, keluarga kita pun macam apa yang kita fikir jugak.” Em yang nak
tinggalkan isteri dan dua orang anaknya lagi tak sanggup, inikan pula nak buang
anak.
“Mommy
nak susu please.” Sofea ni suka
potong kalau mereka suami isteri sedang serius bercakap.
“Daddy
pun nak Milo.” Em menambah. Terus Ann turun dari katil dan Em menyertainya
sambil mendukung Sofea dan Faiq menuju ke dapur. Dengan sakit senggugut
sekalipun, kalau suami dan anak mintak layan, memang Ann tetap layankan selagi
dia mampu.
Keesokan
harinya, pagi-pagi lagi Em sudah bangun. Janji dengan Sofea pergi jogging di
taman. Ann yang masih tidur tidak diganggu. Semalam isteri tak tidur nyenyak
sebab senggugut kuat. Dia lelaki manalah tahu senggugut kuat ataupun tidak,
yang dia tahu memang sakit seperti yang selalu diberitahu oleh Ann. Sebab
itulah dia taknak set kan alarm subuh, tak mahu Ann terjaga dan
terus sibukkan diri di dapur. Apatah lagi tengah hari nanti dia nak bergerak ke
Perak. Sofea dibangunkan pun tak banyak ragam. Taknak Sofea mandi sebab masih sejuk,
dia tukarkan terus baju Sofea selepas menyuruh si anak memberus gigi dan
mencuci muka sendiri. Sofea dah pandai dah berdikari uruskan diri walaupun umur
baru 3 tahun lebih.
Dari
rumah dia dan Sofea berjalan menuju ke taman berdekatan. Dah dekat taman pun
sebenarnya tak adalah nak jogging
mana bila Sofea nampak taman permainan terus nak main. Dalam 15 minit melayan
Sofea bermain, Em pun jadi bosan. Selalu ada Ann dan Faiq sekali yang datang ke
taman. Pagi-pagi macam tu kebanyakannya orang baya nenek Sofea yang jogging. Sofea je yang masih
kanak-kanak. Budak baya Sofea masih berdengkur pagi-pagi begitu, Sofea dah
cergas bermain.
“Daddy,
nak tengok fish.” Tangan Em ditarik
menuju ke tasik kecil di taman itu. Nasib baik ada bekal sebungkus roti dari
rumah. Kiranya bekal untuk Sofea, tapi Sofea sedekahkan kepada ikan-ikan di
kolam. Tak adanya ikan nak makan roti berintikan coklat. Tapi Em layankan saja
bila dia pun ikut sama memberi ikan makan roti yang sudah hancur.
Bila
roti sudah habis ditikam ke dalam tasik, Em ajak Sofea pulang. Sebelum itu, dia
membawa Sofea singgah membeli kuih. Bukan dia suka sangat nak makan kuih pun,
tapi sekali sekala tak susahkan Ann sediakan sarapan, Em angkut banyak kuih
untuk mereka berempat makan.
Pukul
12 tengah hari barulah Em bertolak dari rumah. Bila perut dah kenyang, tak
payahlah dia singgah nak makan atau apa-apa semasa perjalanan nanti. Nasib baik
Sofea dah tak buat perangai bila dia kena tinggal di rumah. Semalam dia dah
bagi pre-gift dekat Sofea masa belikan Iphone baru.
Baru
keluar dari kawasan perumahannya, telefon Em berbunyi. Haris. Tadi Haris ada
telefon, dia tak sempat nak jawab. Mesti ada hal penting.
“Helo
Assalamualaikum boleh saya bantu Encik Haris?”
“Hoi…
apasal tak angkat aku telefon?” Tak reti nak jawab salam Haris terus tanya.
“
Kalaupun kau nak marah, salam aku jawab lah dulu.” Em bagi sikit dengan Haris.
“Waalaikumsalam!”
“Kasarnya
jawab bang!” Em ketawa dengan Haris yang macam emo menelefonnya.
“Meeting cancel.” Mendatar sahaja suara
Haris. Untuk beberapa saat, Em masih lagi ketawa. Otak lambat nak proses apa
yang diberitahu oleh Haris kepadanya.
“…Aku
tak tahulah apa nak jadi dengan kau ni. Pangkat tinggi tapi otak kau lag mengalahkan orang kelas ketiga.
Meeting kat Perak cancel oi!”
Setengah menjerit Haris bercakap dengan Em. Dia punyalah panas hati dari tadi
telefon tak diangkat, Em boleh ketawa lagi sekarang. Bila faham dengan mesej
yang disampaikan oleh Haris, Em terus memberhentikan keretanya di tepi.
“Apa?
Kau jangan main-main! Aku dah on the way
dah ni!” Sekarang bila dengar Em kalut, Haris pula yang ketawa.
“Tau
pun kau! HQ dah forward email dari
malam tadi dan semua orang dah respon kecuali kau! Diorang try call dari semalam masuk voicemail.
Kalau ya pun nak spend masa dengan family,
takkan nak off phone, bro! Orang
sentiasa cari kau, kau pulak menghilang tak sampai 24 jam pun orang sampai
suruh aku cari kau!” panjang pulak Haris cakap tak satu pun Em cuba memotong.
“…Hoi,
kau dengar tak ni?” Em dah membuka cermin tingkapnya. Masa rasa nak marah, guna
aircond kereta pun jadi tak betul.
“Dengar!
Aku bukan off phone lah. Iphone aku
rosak Sofea jatuhkan. Pagi tadi baru aku aktifkan nombor telefen aku lepas atur
setting tadi.”
“Itulah
kau.. mahal mana pun Iphone, Nokia jugak yang best dipakai. Kau tikan dari
tingkat tiga pun masih hidup lagi tau. Pecah terburai pun tak!” Haris sengaja
mengenakan Em. Tahu sangat dengan Em pasti marah dengan diri sendiri waktu itu.
“Pandai
cakap orang. Kau guna Nokia 3310 masa Darjah 5 dulu. Sekarang kau pun guna
Iphone. Nanti kita buat eksperimen kat Iphone kau pulak lah eh.” Em membalas semula kata-kata Haris.
“Boleh,
tapi lepas tu kau gantilah dengan Iphone 6 plus.”
“Pandailah
kau. Eh, aku kena balik ni. Buang minyak kereta betullah!”
“Kalau
kau, apa sangatlah minyak kereta. Tu pun nak berkira! Okay okay. Hati-hati.”
“Minyak
kereta pun duit, bro! Okay.”
Sebelum
memusing semula masuk ke kawasan perumahannya, Em sempat lagi membaca email
yang masuk yang memaklumkan pembalatan mesyaurat mereka. Bila dilihat sebabnya,
Em ketawa lagi.
“Ralat
dengan penetapan tarikh dan akan ditunda pada tarikh yang akan dimaklumkan.”
Ada jugak pihak pengurusan yang boleh terlepas pandang dengan tarikh cuti macam
tu. Pihak pengurusan pun manusia, Em. Pendek kata, semua orang buat salah tanpa
sengaja. Bila tengok kelender telefon, memang wajar pun ditunda sebab esok dan
lusanya cuti umum. Tingkap kereta ditutup dan dia memandu semula ke rumahnya.
Bila
kereta masuk semula ke kawasan garaj, Ann membuka pintu utama semula. Baru nak
ajak Sofea dan Faiq lepak di bilik tidur. Kenapa pula suaminya balik? Kalau
terlupa mesti Em tak parking kereta terus ke garaj.
“Daddy’s home!” selepas memberi salam terus Em
naik ke tingkat atas.
“Daddy
dah habis meeting?” Sofea turun
semula dari tangga yang baru sahaja dinaikinya.
“Meeting cancel sayang.” Em memandang Ann
dan Sofea. Kiranya gelaran sayang untuk kedua-duanya dan dalam menjawab soalan
Sofea, dia memberitahu kepada Ann.
“Kenapa
pulak cancel?” Ann bertanya lurus.
“Mereka
salah tengok tarikh. Esok dan lusakan cuti umum. Mana orang ada kerja.” Faiq
diambil daripada Ann dan dibawa ke ruang tamu.
“So?
Plan B”
“Plan B is.. meeting tu kena buat jugak pada tarikh yang akan diberitahu.
Marah jugak saya tadi masa Haris telefon tapi dah salah saya jugak, tak jadilah
nak marah.” Ann ketawa mendengar Em bercakap begitu. Ada jugak kes orang marah
lepastu tak jadi.
“Plan C?” Ann sengaja bagi hint. Mana
tahu suaminya nak bawak pergi jalan-jalan. Kalau tidur rumah Mama atau Ummi pun
di suka. Kalau adventure pergi makan
angin mengejut pun dia lagilah suka. Em
memandang Ann apabila dia mendapat satu idea.
“Balik
rumah nenek nak? Pergi Johor jom?” Em memandang muka Ann di sebalik Faiq yang
tengah didukungnya.
“Nak
nak nak! Bila?” Ann lagilah gembira. Kat Johor selain ada nenek di kampung, dia
boleh ajak Em pergi jalan-jalan. Kalau nenek nak, mereka boleh pergi Singapura
balik hari. Rasanya nenek ada passport
sebab Em baru perbaharui passport
nenek baru-bari ini.
“Now. Pack your clothes and the babies too.
Just bring a few. Nanti boleh beli kat sana lagi.” Itulah yang dia
sayangkan Em. Em cakap kalau tak cukup nanti boleh beli kan sana. Lagipun
banyak shopping mall yang baru dibuka
kat sana.
Daripada
tak minat dan tak suka, jadi seronok Ann mengemas baju-baju Sofea dan Faiq ke
dalam beg. Suami dah tolong kemaskan susu anak-anak kat bawah sementara dia
berkemas. Berkemas ala kadar saja sebab mereka memang duduk dalam kereta
sampailah ke kampung nanti. Lepas Zohor barulah mereka bertolak daripada rumah.
Pukul
6 petang barulah mereka sampai di depan rumah nenek. Nenek punyalah terkejut
dan gembira sambut Sofea dan Faiq sampaikan terlupa cucu sendiri.
“Nenek,
Em pun nak peluk.” Em menarik tangan Ann datang ke arah neneknya. Ann memang
jadi malu kalau dengna keluarga Em. Bukan tak biasa, tapi takut melampau. Sebab
itulah Em yang selalu kena tarikkan dia sekali menyempit. Sebenarnya Ann suka
melihat hubungan Em dengan nenek dan keluarganya yang lain. Em nak manja dengan
Mama Papa jangan haraplah, tak pasal-pasal kena ketawa dengan adik-adiknya.
Kalau dengan nenek, memang Em lah orang yang paling manja. Mama cakap masa
kecik lagi Em selalu tinggal dengan nenek dan arwah datuknya. Masa mula kenal Em dulu, Ann panggil Em lelaki Bandar yang
berwatak kampung.
“Malam
ni nenek masak sedap-sedap. Ann dan Em cakap je nak makan apa nanti nenek
masakkan. Kalau cakap awal dapat nenek pergi belikan bahan lagi banyak. Ni
datang mengejut kenapa?” lengan Ann ditarik masuk ke dalam rumah. Faiq dah kena
dukung dengan nenek. Sofea tak payah dijemput masuk, dia sendiri masuk bila
nampak kucing yang dibela di dalam rumah tadi.
“Masak
apa pun tetap sedap nek. Abang Em tiba-tiba cakap nak balik sini nek. Ann
dengan abang Em pun sama-sama cuti.” Sebelum masuk bersama nenek Em, Ann
berpaling ke belakang melihat Em mengeluarkan beg mereka dari kereta. Dia dia
masih terjegat kat pintu, Em memberi isyarat mata menyuruhnya masuk. Nak malu
apa kalau sah-sah nenek sorang kat rumah.
Bila
nenek melayan Faiq di ruang tamu, Ann turun ke dapur untuk mula masak. Em cakap
nenek memang awal makan kalau waktu malam. Baru nak mengeluarkan ayam dari peti
sejuk nenek, Em, Sofea dan Faiq turun ke dapur menyertainya.
“Mommy,
nak tengok chicken!” Sofea
menunjukkan ayam yang berada di luar halaman dapur. Em segera membawa Faiq yang
mula menunjukkan minat dengan haiwan di kawasan luar. Sofea tengok ayam kat zoo
sebab tulah dia rasa over excited
tengok ayam dengan anak-anak ayam dekat depan mata. Siap main kejar-kejar lagi
dengan ayam dekat luar.
“Em
dengan Ann okay?” Soalan daripada nenek membuatkan Ann mengalihkan tumpuannya
semula dengan bahan masakan di depannya. Dia tersenyum dengan soalan daripada
nenek Em.
“Alhamdulillah.
Okay nek. Kenapa?” tangannya sibuk menyiang ikan di sinki dapur.
“Kalau
Em pernah buat hal apa-apa nenek mintak maaf dekat Ann.” Ayat yang agak pelik
diungkapkan oleh nenek membuatkan Ann memusingkan badannya menghadap nenek yang
duduk di meja mekan memerhatikannya.
“Tak
adalah nek. Abang Em memang layan Ann dengan anak-anak okay. Cukup makan minum
dengan kasih sayang nek. Tapi bohonglah kalau dalam rumahtangga kami tak ada
gaduh nek. Gaduh pun semua akan okay lepastu nek.” Ann tersenyum ikhlas.
Bukannya dia bercakap untuk menutup aib Em tapi Em memang seorang yang
bertanggungjawab. Daripada tanggungjawab seorang anak, menantu, suami
sehinngalah tanggungjawab seorang bapa, Em tunaikan dengan sehabis baik.
“Baguslah
macam tu Ann. Nenek tahu, Ann kenal perangai Em kan. Dia jarang nak marah-marah.
Tapi kalau dia marah, dia boleh buat macam-macam. Dia tu kuat berahsia Ann.
Kalau dia nak bagitahu, dia bagitahulah dekat kita. Tapi dengan orang tertentu
macam nenek, Mama dia dengan Ann, dia tak pernah simpan rahsia Ann. Em ni
memang ego dia tinggi, tapi satu kelemahan dia, kalau tengok orang yang dia
sayang macam dah beralah, dia akan buang ego dia. Dia sentiasa nakkan yang
terbaik dan berusaha untuk capai apa yang dia hajat. Dari kecik dia jarang nak
susahkan Mama Papa dia. Dia suka belajar banyak benda. Dari kecik lagi dia dah
tahu buat benda macam-macam Ann. Kalau dulu masa kecik, budah sebaya dia banyak
main, dia banyak ikut Arwah Atok pergi mana-mana.” Lama mendengar dan memerhati
nenek bercakap, dia perasan mata nenek berair. Kenapa? Dia tak berani nak
tanya.
“ …dia
kecik lagi dah pandai bekerja sendiri. Nenek suruh main dengan kawan-kawan, dia
taknak. Bukan tak ada kawan, dia yang tak layan orang. Sapa yang taknak kawan
dengan budak yang tahu panjat pokok dan berenang kat parit besar depan tu?
Semua benda dia buat ikut kepala dia. “ nenek dah macam buat drama cerita Indon
sangat bila tengah patahkan sayur pun menangis.
“Kalau
nenek nak tahu, Sofea sebijik macam abang Em. Suka belajar banyak benda.”
Tersenyum melihat Sofea yang mengusap kepala anak ayam yang dipegang oleh Em di
bawah pokok.
“Lagi
satu, Em ni pelik tau Ann. Tak kisah lah dia betul ke salah ke, kalau orang
marah dia, pukul dia, dia tetap diam. Tak reti nak tegakkan kebenaran kalau
betul orang salah dan dia betul. Kerja dia memang nak puaskan hati orang. Tapi
hati sendiri tak dijaga…” belum habis nenek menghabiskan sesi refleksi bersama
Ann yang masih tekun mendengar Sofea masuk ke dalam rumah membawa seekor anak
ayam dalam dakapannya.
“Mommy, can I sleep with baby yellow tonight?”
bila dia terpandangkan Em yang turut sama terkejut dengannya, mereka ketawa
serentak. Ada ke patut nak bawak anak ayam tidur malam nanti. Sofea buat anak
ayam itu macam kucing yang boleh kencing di tandas. Silap haribulan boleh mati
anak ayam kena tindih masa dia tidur.
“Tak
boleh sayang. Kalau dengan cat Mommy
bagi. Tak ada orang bawak ayam tidur.” Ann menggosok kepala Sofea. Ikat rambut
anak beruang dah senget bila berlari pusing laman kejar anak ayam.
“Ada…
tuuuu.. bapak Sofea tu yang tidur dengan anak ayam masa kecik dulu.” Bila dengar
nenek cakap macam itu, Ann terus menggeleng kepalanya. Sofea ni memang sah
terlebih baka Em sebab tu perangai banyak copy
paste Em.
Sofea
melepaskan semula anak ayam di luar laman dan menyambung mengejar ayam-ayam nenek
di luar. Sebelum Em pulak yang benarkan Sofea bawak anak ayam masuk rumah, baik
dia suruh Em bawa anak-anak mereka masuk ke rumah.
Malam
itu nenek tak ke surau seperti selalu, cucu datang rumah, kenalah luangkan
banyak masa. Nenek cakap selalu dia makan sorang-sorang, malam tu nenek banyak
makan sebab selera naik tengok Sofea suka makan makanan yang dia masak.
“Sayang
guna baju melayu Atok eh?” Sapa Ann sewaktu Em menemaninya mengemas dapur
selepas makan malam. Sofea dan Faiq dijaga nenek di ruang tamu. Lagipun Ann
taknak bagi nenek bekerja lagi. Em mengangguk.
“Baju
ni nenek buat sepasang dengan saya dan Atok. Baju saya kecik dah. Nanti Faiq
bolehlah pakai kalau dah besar.” Duduk menemani Ann bukan nak tolong buat apa
yang patut, Em duduk di meja makan dan tangan sibuk main game. Tapi tak
kisahlah, asalkan isterinya tak bosan di dapur sorang-sorang.
“Esok
kita pergi kubur Atok nak?” Ann ajak suaminya. Takkan nak pergi kubur kena
tunggu raya sahaja. Bila-bila pun boleh sebenarnya, Cuma dari pandangan awam
selalu cakap asal nak ke kubur mesti masa raya.
“Tapi
awak ‘cuti’ kan?”
“Memanglah.
Saya nak temankan awak sekali. Mana tahu awak nak bersihkan sekali kawasan
kubur Atok.” Em mengangguk. Dia terlupa tapi Ann yang ingatkan.
Pagi
keesokan harinya, semangat Em bangun pagi. Awal lagi dah bagitahu nenek nak ke
kubur Atok. Nenek memang selalu pergi, tapi pagi itu nenek tak dapat pergi ke
kubur bersama mereka. Nak pergi mengaji dengan kawan-kawannya. Nenek Em ni
boleh kata aktif jugak dengan macam-macam aktiviti di kampung. Sofea kena
angkut nenek sama sebab Sofea memang nak ikut nenek. Faiq sahaja yang
ditinggalkan bersama Em dan Ann di rumah dan dibawa ke kubur bersama nanti.
Bila
ingat Faiq masih terlalu kecil untuk dibawa ke kawasan perkuburan, Ann dan Em
terpaksa menunggu nenek pulang terlebih dahulu. Bila mengenangkan mereka akan
membawa nenek berjalan tengah hari itu, Em berkira-kira untuk menunggu nenek.
“Abang
Em, nak jaga Faiq kejap boleh tak? Abang dengan Kak Ann kan nak ke kubur.” Anak
perempuan jiran nenek menegur Em sewaktu mereka baru sahaja nak masuk ke dalam
kereta.
“Budak
kecik tak reti jaga baby. Tak boleh.” Em sengaja cakap mamcam itu. Bukannya dia
tak tahu anak jirannya itu pandai jaga budak kecik. Selalu tolong emaknya jaga
anak orang yang dihantar di rumah mereka.
“Alaaaaa..
bukannya mintak upah pun. Nak main kejap sementara abang ke kubur. Bolehlah
bang. Mak ada kat rumah kalau abang tak percaya kat Reen sorang jaga Faiq.” Em
dan Ann ketawa. Ann dah bagi isyarat benarkan Reen tolong tengokkan Faiq
sebentar. Dia dengan Em pun bukannya lama nak ke kubur.
“Kalau
nak jaga Faiq, kena bagi upah kat Abang Em dulu. Faiq ni bukan calang-calang
orang boleh jaga.”
“Kenapa
pulak Reen nak bagi upah?” anak perempuan jiran nenek yang berumur 17 tahun itu
berjalan mendekati mereka.
“Sayang,
dah lah. Nanti lambat.” Ann mengingatkan Em. Em kalau bab nak kenakan orang,
boleh buatkan dia lupa dunia.
“Kalau
nak jaga Faiq, ambik beg ni.” Em menyerahkan beg kecil kepada Reen. Em sendiri
yang menghantar Faiq masuk ke rumah jiran neneknya. Kalau mintak tolong kenalah
tanya dengan cara yang baik walaupun orang sendiri yang menawarkan diri untuk
menjaga anaknya.
Dari
mereka mula sampai di kawasan perkuburan Arwah datuk Em tadi, Em diam sahaja.
Sampai di kubur pun dia terus membaca yasin. Lama dia berdoa. Selesai berdoa,
terus dia mencabut rumput yang tumbuh di sekitarnya. Selesai membersihkan pun
Em masih duduk diam. Langsung dia tidak memandang Ann.
15
tahun dulu, sewaktu arwah hendak dikebumikan, dia menangis teruk sampai tak
bagi sesiapa pun pegang datuknya. Dia duduk menemani datuknya dari malam
sehinggalah ke saat arwah mahu dikebumikan. Dia sampai halang orang yang
mengusung jenazah datuknya sebab dia taknak datuknya keluar dari rumah itu.
Seminggu taknak makan, duduk diam, taknak bercakap walau sesiapa pun yang
datang mendekatinya. Kalau bercakap pun dia mesti nakkan datuknya. Umur baru 10
tahun dan selama itulah datuknya menjadi kawan baiknya.
Bila
Ann melihat jam di tangannya menganjak ke angka 1130, dia memegang tangan Em.
“Jom
balik sayang.” Sampai Ann pula yang perlu memegang tangan suaminya. Em jadi
terlebih emosional pada hari itu. Dah masuk dalam kereta pun Em diam memandang
ke arah kawasan kubur datuknya tadi.
“Mama
tak pernah bagitahu tapi saya ingat. Saya pernah lemas masa umur 9 tahun. Saya
langsung tak pandai berenang. Masa tu saya teman Atok memancing kat laut. Atok
selamatkan saya. Kalau tak mesti saya dah tak ada lagi dah masa tu. Lepas
kejadian tu, Atok selalu ajar saya berenang. Mula daripada berenang dekat parit
besar depan rumah nenek sampailah berenang di sungai.” Air mata Em mengalir
sewaktu bercerita dengan Ann yang turut duduk diam di sisinya. Banyak kisah
yang Em lalui sewaktu zaman kecilnya. Kebanyakannya nenek dan datuknya yang
tahu.
“Sayang..”Ann
memegang tangan Em di tepinya. Tak tahu nak cakap apa. Nak pujuk suami sendiri
pada waktu itu pun dia rasa macam tak tahu nak buat apa.
“Saya
rindu atok, sayang.” Em memeluk isterinya di tepi. Dah hampir 15 tahun tapi
rasa macam baru semalam datuknya mengajar dia berenang di sungai. Ann membalas
semula pelukan suaminya. Lama mereka berpelukan memberi ruang kepada Em untuk
mengembalikan emosinya sehingga dia sendiri yang meleraikan pelukan dan memandu
semula ke rumah.
Bila
masuk ke lorong kawasan rumah nenek, mereka lihat Sofea berjalan terkedek-kedek
dipimpin oleh Reen. Dekat tangan sebelah Sofea membimbit plastik kecil. Kereta
diberhentikan di tepi Reen dan Sofea.
“Sofea
dari mana ni sayang? Panas-panas jalan jauh macam ni.” Em menyuruh Reen membawa
Sofea masuk ke dalam keretanya.
“Sofea
nak ikut Reen beli barang kat kedai depan tadi bang.” Reen mengangkat beg
plastik di tangannya.
“Mana
ada. Kakak Reen bawak lah Daddy.” Sofea duduk di antara tempat duduknya dengan
Ann di depan. Badan Sofea berpeluh-peluh sampaikan dia perlu menukar suhu
aircond.
“Aik..apa
pulak Kak Reen? Sofea yang cakap nak beli sweet
tadi?” Reen cepat-cepat membetulkan apa yang dikatakan oleh Sofea. Takut kena
marah dengan Em, padahal Em dan Sofea dah buat thums-up kat depan sebab dah
kenakan Reen.
“Dah
dah. Tak payah nak kenakan Kak Reen. Kita balik masak dan makan teman Mak Tok
dengan baby Faiq.” Tisu diambil dan dilap di muka Sofea. Kalau Sofea tinggal
dengan nenek memang sekejaplah si anak belajar macam-macam. Sama macam Em kecil
dulu.
Dua
hari bermalam dengan nenek di kampung, nenek memang menolak kalau em dan Ann
membawanya nak pergi berjalan. Nak bawak beli barang-barang pun nenek taknak.
Lebih suka layan Sofea dan Faiq di rumah. Nasib baik Sofea dan Faiq tak
memilih. Walaupun dilahirkan dan dibesarkan di kawasan Bandar, tapi bila masuk
kampung, mereka boleh adapt cara kehidupan di kampung. Masa jalan-jalan semalam
pun nenek taknak ikut. Dia suruh tinggalkan Faiq dan Sofea dengannya di rumah
sementara Ann dan Em pula keluar membawa Reen berjalan.
“Em
beli barang dapur banyak-banyak kenapa? Bukannya ada orang lain pun di rumah
ni. Nenek sorang nak makan banyak-banyak pun tak seronok.” Sewaktu mengemas
barang yang dibeli Em nenek bising-bising. Em beli stok makanan nenek macam ada
sepuluh orang di rumah mereka.
“Nenek
boring sorang bawaklah Reen sekali
makan. Lagipun kawan-kawan nenek kan banyak. Sambil mengaji, sambil masak.”
Entah apa idea yang dikatakan oleh Em untuk menyedapkan hati neneknya.
Lewat
petang itu barulah mereka bergerak semula balik ke KL. Memanglah rasa berat nak
tinggalkan kampung. Em balik kampung pun jarang. Nak saja-saja balik lagilah
jarang. Dalam masa dua hari mereka berada di kampung bersama nenek, walaupun
tak berjalan ke mana-mana, dia tetap rasa seronok. Dapat lakukan apa yang
pernah dilakukannya masa dia kecil dulu dengan Sofea dan Faiq. Bawak Ann duduk
dekat dengan parit tempat dia selalu mandi. Berborak dengan nenek sambil tolong
nenek kemas rumah. Rasanya, itulah percutian mereka yang paling jimat sebab
hanay perlu keluarkan duit bayar tol dan minyak sahaja, dan pengalaman lagilah
tak dapat dilupakan. Petang-petang dapat jalan dalam kawasan kampung.
“Nanti
sampai telefon nenek tau.” Nenek memeluk Sofea dan Faiq dan barulah memeluk
Ann.
“Em
pun nak peluk lah nek!” Em memeluk neneknya yang masih memeluk Ann. lama mereka
bertiga berpeluk.
“Daddy,
can I have this cat?” Sofea main
Tarik sebarang telinga anak kucing di tepi keretanya. Rasanya macam anak kucing
Reen.
“Oh no no no! Not now sayang.” Ann menyuruh
Sofea melepaskan anak kucing yng ditarik telinganya. Boleh sakit telinga anak
kucing itu ditarik telinga.
“Please.” Sofea Tarik baju Ann.
“Tak
boleh sayang. Nanti sayang dah besar sikit baru kita bela kucing okay?” Em
duduk memujuk Sofea. Kalau ikut cara Ann, dia terlampau tegas. Kalau cara Em,
dia akan guna cara lembut.
“Yalah
tak boleh lah Sofea. Kucing ni kawan Nek Tok. Nanti kalau Sofea bawak balik,
siapa nak teman Nek Tok?” okay nenek pun dah masuk campur sebelum Sofea hujan.
“Dengar
tu Sofea. Sofea dah ada baby, Daddy dengan Mommy. Mak Yaa pun ada sekali jadi
kawan. Kalau bawak kucing ni, sunyilah Nek Tok kat sini.” Tangan Sofea yang
baru memegang kucing itu dibasuh Em. Terus Sofea diletakkan di tempat duduknya
sendiri di bahagian penumpang di belakang. Kalau biar Sofea lama-lama di luar,
boleh jadi dia mintak ayam nenek lagi.
Bukan
taknak bagi Sofea menyayangi haiwan, tapi Sofea masih kecil sangat nak pelihara
haiwan. Lagipun bahaya jugak untuk bayi sekecil Faiq yang baru nak membesar.
Tambah pula dia dengan Ann sekarang dua-dua nak bekerja. Mana nak uruskan anak,
mana nak uruskan kucing lagi. Serius dia tak dapat nak penuhi permintaan Sofea.
Nanti kalau tinggal di rumah mereka bekerja, menyusahkan Kak Yaa lagi nak bagi
makan, mandikan dan bersihkan sangkar kucing. Lagi teruk kalau kucing keluar
sangkar, boleh melepas hajat di dalam ruamh. Lagilah nanti Ann akan bising.
Jadi sama ada kucing atau ayam, tak dibenarkan selagi mereka berdua rasa mereka
tak mampu untuk membela haiwan selayaknya.