Assalamualaikum and Hi! Hadiah untuk semua yang lama menunggu! Rajin-rajinkan diri komen seperti selalu! Love to bits xx
PART 12
Baru
seminggu bekerja di firma guaman kawannya sendiri, Ann sudah mula membiasakan
dirinya dengan bangun awal daripada selalu. Bangun sahaja dari tidur dia akan
menyediakan sarapan untuk keluarganya. Em biasa makan nasi goreng awal-awal
pagi, Sofea makan sandwich dan Faiq akan makan bubur ayam yang dikisar. Memang
patut pun dia bangun awal, dia mahu menyediakan sarapan yang berlainan untuk
suami dan anak-anaknya.
Walaupun
arah tempat dia dan Em bertentangan, tapi Em langsung tidak membenarkan Ann
memandu sendiri ke tempat kerja. Bila cakap dia ada lessen, suaminya cakap
lessen Ann dah lama digunakan untuk membungkus nasi lemak. Selama dia memiliki
lesen, boleh dihitung dengan jari dia memandu. Bukan salah Ann, Em yang
langsung tidak membenarkannya memandu. Jadi, Em sendirilah yang bersusah payah
menghantar dan mengambilnya daripada tempat kerja. Balik dari tempat kerja,
mereka akan mengambil Sofea dan Faiq pula di taska.
Namun
pada pagi Jumaat itu, Sofea dan Faiq tidak dihantar di taska sebab ada
perjumpaan ibu bapa dengan kanak-kanak yang berumur 4 tahun ke atas. Terpaksalah
dia menelefon nanny Sofea dan Faiq untuk datang ke rumah menjaga anak-anaknya.
Lagipun mereka sudah terbiasa dengan penjaga mereka yang digelar Mak Yaa. Mak
Yaa tinggal dekat dengan rumah mereka, jadi memang senang untuknya pergi dan
balik sendiri.
Selepas
Subuh, Em akan membantu Ann mengemas anak-anak mereka sementara dia menyambung
kerja semula di dapur. Bab-bab memandikan dan mengemaskan Sofea dan Faiq memang
dia dah master. Selesai mengemas anak-anaknya, Em membawa mereka turun
bersarapan. Baru sahaja duduk di kerusi, telefonnya berbunyi.
“Waalaikumsalam
kak. Kenapa?”
Diam
sebentar..
“..Oh
yeke? Kalau macam tu tak apa kak. Saya faham. Kalau nak apa-apa, telefon saya
ataupun Ann.. Okay, waalaikumsalam.” Iphone
diletakkan semula di atas meja.
“Siapa?”
Ann yang baru menyuap Faiq melihat Em yang sudah menunjukkan muka risau.
“Kak
Yaa. Dia cakap tak dapat datang pagi ni sebab kena balik kampung sampai Ahad.
Ada hal family.”
Tangan
Ann terhenti daripada menyuap Faiq. Sofea memang tak perlu bersuap sebab dia
suka makan sendiri.
“Mama
ada hal. Nak hantar ke taska pun tak dapat. Kalau saya ambik off, tak dapat sebab baru seminggu terus
nak mintak off. Nak bawak ke tempat
kerja, memang Mel tak larang Cuma saya ada meeting
for the whole day.” Akhirnya apa yang ditakutinya sebelum masuk bekerja dulu
terjadi juga. Dalam masalah-masalah yang tak dapat dielakkan macam ini, tiada
siapa yang menjaga anak-anak mereka. Dia memang tak akan bagi orang sebarang
untuk menjaga anak-anaknya.
“Saya
pun memang tak ada hal nak bawak Faiq dan Sofea, tapi saya pun macam awak
jugak. Ada meeting dengan HQ. Memang line tak clear la nak angkut anak-anak ke office.” Kalau tak ada mesyuarat, memang Em boleh menyelesaikan
masalah itu, sebab dia pun kadang-kadang angkut Sofea ke tempat kerja untuk
menghiburkan Haris yang selalu cakap boring.
Lama
mereka berdua duduk diam di meja makan mencari jalan penyelesaian, akhirnya Ann
bersuara.
“Haaaa..
saya ada idea!”
“What?” Em memandang isterinya penuh
mengharap. Janganlah si isteri bagi idea yang bukan-bukan kepadanya awal-awal
pagi. Serius, dia tak dapat fikir masa otak masih tepu di awal pagi macam tu.
Ann tidak menjawab, sebaliknya dia terus mengambil Iphone nya sendiri di meja kaunter dapur. Bila diperhatikan begitu,
nampak seperti mahu menelefon seseorang.
“Babe! Sorry to wake you up at this time..”
dengar nama panggilan di mula perbualan, Em dapat mengagak orangnya adalah
Izah. Ann dan Izah punya bonding
memang kukuh, sebab tu ada panggilan. Cara perempuan bergaul. Kalau cara Em,
cara lelaki. Tak adanya nak panggil macam itu. Paling-paling pun dia guna “Bro”.
Em
menukar tempat ke arah kerusi Ann untuk menyuap Faiq. Susu di gelas Sofea yang
sudah habis diminum ditambah lagi. Dalam melayan anak-anak di meja, Em dapat
mendengar si isteri berusaha memujuk Izah untuk menjaga anak mereka. Siap cakap
nak upah buatkan lasagna lepas balik
kerja nanti untuk Izah. Dah nama bestfriend
memang tak ada istilah menyusahkan bagi Ann dan Izah, walaupun Ann sendiri
tahu, Izah baru balik lepas on call di hospital. Sama macam Hazwan.
Hazwan?
Em
bangkit dan mengambil iphone di
tempat duduknya tadi. Nombor Hazwan dipilih.
“Woooo..
aku baru nak mimpi, kau tiba-tiba call.
Apahal?” Mereka berempat sekawan dah macam sekepala. Bila dah on the phone, tak adanya nak ikut adab
bertelefon, nak cakap hello atau bagi
salam. Semua cakap main redah.
“Kau
kan tak lama lagi kahwin Wan. Apa kata kau tolong aku hari ni jaga Sofea dan
Faiq.” Em direct cakap dengan Hazwan.
“What?” Dia dah agak, mesti Hazwan akan terkejut beruk kena
suruh babysit anak-anaknya seharian.
Kalau main-main macam selalu tak apalah, ni kalau dah masuk part babysit
macam mustahil Hazwan dapat sebab nanti kena tukar diapers Faiq dan bagi makan si kecil. Dia mana ada pengalaman semua
tu.
Ann
yang masih lagi bercakap dengan Izah dikenyit. Plan mereka berdua adalah sama.
Nak suruh Hazwan dan Izah datang ke rumah untuk menjaga Sofea dan Faiq. Nanti
Em akan suruh adiknya balik ke rumahnya selepas sekolah untuk menemani Izah dan
Hazwan. Kalau nak suruh mereka berdua sahaja, tak manis dipandang orang. Bila
kedua-dua Em dan Ann sudah Berjaya memujuk Izah dan Hazwan, barulah mereka
dapat bersarapan dengan hati yang senang. Tinggal nak tunggu mereka datang ke
rumah. Tak apa lah kot lambat setengah jam ke tempat kerja, asalkan orang yang
menjaga anak-anak mereka itu dipercayai.
“Sayang,
Uncle Hazwan and Mama Ijah jaga Sofea
dengan baby nanti okay. Mak Yaa balik
kampung.” Em duduk mencangkung di depan Sofea yang sudah duduk di hadapan TV di
ruang tamu sementara menunggu Izah dan Hazwan datang.
“Uhh?”
Sofea mengalih pandangan ke arah Daddynya.
Meminta Em untuk mengulang semula apa yang dikatakan sebentar tadi. Dia mana
nak dengar, bila mata layan sangat dengan Pocoyo.
“Mama
Ijah dengan Uncle Hazwan will come after this. Jaga sayang dengan
baby.” Em mengulang satu per satu.
Mungkin Sofea tidak dengar, atau mungkin Sofea tak berapa nak faham bila dia
cakap panjang-panjang dengan bahasa Melayu. Tak dapat nak salahkan Sofea sebab
tak faham sangat bahasa Melayu, dia dan Ann sendiri dah sumbat Sofea dengan
bahasa English dari lahir. Bila Mama dan Ummi bising anak mereka tak reti
sengat bahasa sendiri, dia dan Ann diamkan sahaja. Sofea pun diajar bahasa
Melayu sebenarnya tapi mungkin dah terbiasa bercakap dengar Mommy dengan Daddy
cakap campur-campur, sebab tulah Sofea macam itu. Parenting mereka bukan fail
tapi, strategi tak berapa nak betul.
“Mama
Ijah… Uncle Awan.. stay here with me and
baby? Mommy and Daddy are working?” Sambil cakap-cakap, Sofea pegang muka
Em.
“Yep! Your Uncle Awan and Mama Ijah jaga.” Nak
ketawa juga dia mendengar nama Hazwan
yang ditukar kepada “Awan” oleh Sofea. Bukan baru kali itu dia mendengar, malah
banyak kali tapi setiap kali Sofea panggil Uncle Awan itu yang membuatkan dia
dan Ann ketawa. Sebagai balas balik, Hazwan memanggilnya Copia, sama seperti
cara Izah memanggil si kecil.
Bila
Hazwan dan Izah dah sampai di rumah mereka, barulah Em dan Ann bergerak ke
tempat kerja mereka. Harap-harapnya tak huru-hara rumah bila kedua-dua doctor pakar tapi tak pakar dalam
menjaga budak-budak menjaga anak mereka.
Sampai
sahaja di pejabat masing-masing, kedua-dua Ann dan Em bergegas ke bilik
mesyuarat untuk mengikuti mesyuarat yang telahpun berlangsung awal daripada
masa mereka tiba. Dah sah-sahlah kena sembur bila mereka lambat ke tempat
kerja. Walaupun masih baru lagi bekerja Ann dah mula sibuk dengan mesyuarat.
“Saya
rasa tak dapat lah.”Petang itu dalam perjalanan pulang ke rumah, Ann terus
menceritakan apa yang dipendamnya kepada Em.
“Tak
dapat apa?”
“Saya
rasa tak dapat lah nak kerja macam ni. Bayangkanlah, baru kerja dah sibuk
sangat. Tangoklah nanny Sofea dan
Faiq tak ada, kita susahkan orang jaga mereka.”
“So, any idea?” Em tahu, Ann mesti ada
idea apabila dia cakap tentang hal itu secara tiba-tiba.
“Saya
nak kerja sendiri. I mean dari rumah.
Sambil-sambil jaga Sofea dan Faiq, saya boleh bekerja. Nak hantar pergi taska
bila ada kelas pun tak susah sebab saya kerja ikut masa saya. Yang paling
penting, kita tak susahkan orang.” Ann melihat suaminya di tepi mengharapkan Em
akan faham.
“Saya
faham sayang. Tapi saya rasa macam tak adil bila awak berkorban sampai ke tahap
ni. Awak ada Degree dalam Law, tapi awak buat kerja lain dekat
rumah.” Em memberi isyarat lampu pada keretanya untuk berhenti di kawasan
parkir di taman dekat dengan rumahnya. Biarlah Izah dan Hazwan ambik masa lebih
jaga anak-anaknya supaya dia dapat berbincang dengan Ann tanpa ada gangguan.
“No, don’t get me wrong sayang. Jangan fikir macam tu.
Kita sama-sama dah banyak berkorban dan ni memang atas kehendak saya sendiri. I think I like business more than law.
Saya ingat nak buat business dari
rumah. Online business. Lagipun,
sekarang memang ramai saya tengok graduan yang lulusan lebih tinggi dari saya,
buat business sendiri. And mereka
berjaya. Bahkan pendapatan lebih lagi daripada pendapatan mereka bekerja dalam
bidang mereka sebelum itu.”
“Jadi
kalau nak business, nak jual apa?” Em
bertanya kepada Ann. Cara Ann cakap memang slumber. Macam buat business jual keropok di kedai runcit,
padahal nak buat online business.
Memang perlu planning yang serius.
Kalau Ann cakap pakai mulut tanpa usaha, memang ke laut lah business isterinya nanti.
“I don’t know yet.” Jawapan Ann yang
sungguh tidak bernas beserta dengan sengihan memang buatkan Em ketawa. Kata nak
berbisnes, tapi masih tak tahu nak buat bisnes apa.
“Okay,
tak apa sayang. Another one month trial okay.
Kita tengok dulu macam mana awak cope
dengan kerja. Kalau masih tak ngam,
awak boleh purpose dengan saya balik,
tapi saya taknak jawapan macam ni lagi. Serious
answer and proper planning.” Kata-kata Em itu adalah semangat dan cabaran
bagi Ann untuk membuktikan keinginan dan kesungguhannya. Perbualan mereka
terhenti apabila mereka sampai di rumah melihat kereta Hazwan baru masuk ke
dalam garaj. Dia sudah diberitahu siap-siap, Sofea dijaga di apartmentnya
sementara Izah menjaga Faiq di rumah mereka sendiri dengan adik Em. Kalau nak
menjaga sebumbung memang tak manis dipandang orang sekeliling.
Seperti
yang dijanjikan, Ann memasak untuk mereka semua sebagai upah menjaga
anak-anaknya. Izah dan Hazwan meminta diri pun selepas selesai mengemas dapur
dan solat bersama. Sewaktu Ann menidurkan Faiq dan Sofea, Em masuk semula ke
bilik kerjanya, menyiapkan kerja yang tidak sempat dilengkapkan di pejabat
tadi. Balik sahaja di rumah tadi, dia dan Ann pun agak kurang bercakap kerana
masih melayan ibu bapa segera anak mereka. Sebenarnya, Ann ada banyak perkara
yang mahu disampaikan kepada suaminya, tapi melihat Em menyambung tugas yang
jarang sekali dilakukan di rumah, membuatkan dia menyimpannya dahulu.
“Ann,
awak kena pergi kursus. Kursus Induksi untuk orang baru. Lagipun awak punya
jawatan tinggi, so, awak kena attend
kursus untuk tahu lebih lanjut tentang tugas awak.” Bila Director dah siap-siap cakap face-to-face
dengan dia, dia hanya mampu mengangguk. Takkan cakap taknak sebab ada anak dan
suami nak kena jaga. Dahlah dia buat kesalahan awal-awal pagi, mesyuarat lambat
bermula sebab kena tunggu dia, pulak baru seminggu bekerja. Macam CEO itu suami dia yang punya, main
hentam datang pejabat bila-bila masa. Nasib baik Director cakap lembut-lembut bagi peringatan, kalau keluar notis,
buat malu dia nak hadap rakan sekerja lain.
Selimut
Faiq dan Sofea dibetulkan setelah yakin anak-anaknya sudah lena. Pipi dan dahi
keduanya dicium sebelum Ann menutup pintu bilik untuk menemani Em yang masih
sibuk di bilik kerja. Sebelum itu, dia turun ke bawah untuk membuat hot chocolate untuk Em. Malas nak
sediakan dua mug hot chocolate, dia
sediakan satu. Nanti dia dan Em akan kongsi minum. Padahal sebenarnya dialah
yang akan minum air suaminya, Em memang akan minum air masak sahaja pada waktu
malam, kecuali Ann yang sediakan minuman untuknya seperti sekarang.
“Hot chocolate for you.” Ann meletakkan mug di tepi suaminya dan mengambil
tempat di kerusi sebelah. Sekali tengok monitor
depan suaminya, sepatah pun Ann tak faham. Nombor banyak-banyak, ada lukisan
macam enjin dan kiraan, dia pun tak faham. Sekali toleh suami di sebelah, muka
memang cool tengok monitor. Memang orang Sains sangat!
“Thanks sayang. Tak tidur lagi?” mata
masih lagi memandang monitor di
depan.
“Not yet. Nak tunggu awak.” Ann mula
mengemas kertas-kertas di meja sebelah suaminya. OCD tahap apa ntah, dia tak
tahan melihat keadaan yang kusut di atas meja. Nak buat kerja pun tak tenang.
Dalam membuat kerja, sesekali tangan Em memegang tangan Ann dan menciumnya.
“Argh,
tak boleh lah macam ni.” Terpinga-pinga Ann mendengar suaminya tiba-tiba cakap
tak boleh. Apa yang tak boleh?
“…saya
tak boleh buat kerja kalau awak ada. Bukan mengganggu, tapi tak dapat. I smell you everywhere.” Em
tersengih-sengih.
“Hah?
Saya tak faham.” Monitor di depan
ditutup selepas menyimpan kerjanya.
“Jom
tidur. Kerja ni esok-esok boleh buat.” Em menarik tangan isterinya tapi Ann
memegang tangan Em.
“Saya
nak cakap dengan awak. 5 minit. Please?”
Ann menarik Em untuk duduk semula berdepan dengannya.
“You have my time. Spill it.” Sesekali Em
menunduk dan membawa tangan Ann dekat dengannya apabila Ann memberitahu bahawa
dia terpaksa mengikuti kursus selama 2 minggu di Sarawak dan Sabah. Otak ligat
berfikir dengan keputusan yang perlu dibuat.
“…bila
sayang nak kena fly ke sana?” Em
bertanya.
“Probably minggu depan. Tapi saya kena
bagi keputusan dalam minggu ni. Nak cari orang ganti tapi tak dapat sebab
kursus ni memang khusus untuk saya. How?”
tengok muka isterinya, bukan Em nak rasa tertekan atau nak bagi jawapan,
sebaliknya dia tersengih. Ann dibawa ke dalam pelukannya. Itu sahaja yang dia
mampu buat, otak tak dapat fikir.
“Okay,
keputusan within this week kan? Jadi,
kita tidur dan rehat dulu puas-puas, we’ll
figure it out tomorrow.” Ann menurut sahaja arahan yang dibuat oleh
suaminya. Kembali semula di bilik tidur selepas menghantar semula mug di dapur, Em sudah tidur nyenyak. Iphone di tangan suaminya di letak di
meja tepi katil. Walaupun penat, Ann tidak dapat tidur. Mungkin masih berfikir
keputusan daripada suaminya.
Laju
tangannya memngambil Iphone sendiri
di atas meja. Nak berInstagram
tengah-tengah malam. Selesai memuat naik gambar Faiq dan Sofea, Ann melihat
gambar-gambar di timeline. Tangannya
terhenti saat melihat gambar suaminya sendiri. dia tersenyum melihat si suami,
pandai-pandai hacked akaun instagram
dia dengan memuatnaik gambar sendiri. Namun senyumnya mati, apabila membaca caption tentang gambar suaminya.
Dibacanya dua kali dan saat melihat gambar tersebut dimuatnaik oleh akaun lain,
dia terdiam.
“He sent me this photo just now
with my pillow. Gonna miss my pillow. #night” matanya melihat muka suaminya yang nampak
kepenatan di hadapannya.
“What is this, Em?” kata Ann separuh
berbisik. Walaupun Em nyenyak tidur namun dia berharap Em menjawab. Air matanya
sudah mula jatuh. Matanya dipejam dan dibuka semula. Apa yang dilihatnya di
dalam telefonnya itu masih ada. Bukan mimpi, Ann. Ann melihat akaun pemilik
instagram itu. Dia kenal pemilik itu dan dia masih ingat pesan Em dengannya
suatu ketika dulu.
“Sayang,
she is my cousin. Tapi jangan rapat
sangat dengan sesiapa okay. Make it
simple make it normal. Jangan terlalu clingy
dengan dia.”
“Why?”
“Just ikut apa saya cakap. Saya tak
berkenan dengan perangai dia.”
“Seperti?”
“Just no. Okay?”
“Okay”
Ann pun ikut saja tanpa banyak soal. Adakah ini sebab yang dimaksudkan oleh Em?
Ann membangunkan Em. Dia tahu sikapnya seperti pentingkan diri kerana tidak
kesiankan suaminya yang kepenatan, tapi dia sendiri mahukan kepastian. Em pula
apabila dibangunkan, hanya menggerakkan badan sahaja tapi matanya masih
bertutup. Iphone Em diambil oleh Ann. Disebabkan Em menggunakan finger lock, dia terpaksa mengambil
tangan Em untuk membuka skrin Iphonenya.
“Sayang
buat apa?” Hairan dengan Ann yang nampak kelam-kabut memegang tangannya, Em
terpaksa duduk menghadap isterinya. Hairan melihat drama air mata tengah-tengah
malam oleh isterinya yang masih lagi diam memegang Iphonenya.
“…hey, kenapa ni?” tangan naik mengelap
air mata Ann yang jatuh.
“Just help me to unlock your phone.”
Mendatar sahaja suara Ann walaupun ada bunyi tersedu-sedu. Tanpa banyak tanya
Em dibuat seperti yang diminta namun sesaat pun matanya tidak beralih daripada
memandang wajah isterinya.
Apabila
iphone sudah bertukar tangan, dia hanya melihat gerak geri Ann yang membuka
satu per satu application di dalam telefonnya. Apabila Ann sendiri tidak pasti
dengan apa yang dicarinya, dia menyerahkan Iphone kepada Em semula. Dia duduk
menangis sambil memeluk lutut.
“Kenapa
ni? Saya tak faham.” Em cuba mengangkat muka Ann tetapi Ann langsung tidak
membenarkan dia menyentuhnya.
“Awak
tipu saya Em.”
“Apa
yang saya tipu?” sebelum Ann menjawab soalan daripada Em, dia menyerahkan
telefonnya kepada Em. Em memerhati gambar yang tadi dilihat oleh isterinya.
“Sayang..”
Em memegang tangan Ann.
“No. I don’t need your touch. Just explain
Em. I need to know.” Ann menarik
semula tangannya daripada pegangan Em.
“Apa
yang awak tengok ni tak sama dengan apa yang awak fikirkan. Please sayang.” Em mula untuk
menerangkan kepada Ann.
“She said just now. JUST NOW. And this thing
that you hug? What with all these Em? Awak pesan saya jangan rapat dengan
dia for reasons that I don’t know. And
yet.. awak hantar gambar awak dengan benda ni dengan dia tengah-tengah
malam. Is that okay for me??” bila
suara Ann naik satu oktaf, Faiq sudah mula menangis. Terus Ann membawa langkah
keluar daripada bilik meninggalkan Em yang cuba menidurkan Faiq semula.
Ann
duduk di dalam bilik rehat mereka apabila Em mencarinya.
“… you know what, saya tak pernah terluka macam
ni Em. Kalau awak tanya saya cemburu ke tak, memang saya cemburu. Like hell! You NEVER did this to me.
Whatever your reason and explanation is, saya masih terluka Em. Apa ni?
Awak hantar gambar awak peluk bantal “kesayangan” dia dengan peluk bantal tu
atas katil kita, sent kat whatsapp
dia as what she mentioned and dia upload kat intagram, bagitahu orang luar
sana.” Panjang Ann bercerita tapi sikit pun Em tak menyampuk ataupun cuba untuk
menerangkan kepadanya.
“Awak
suami saya. Ada dua orang anak Em. Dia cousin
awak, I know that. Who am I again to the
two of you? Orang luar. Saya tak ada hak nak putuskan hubungan awak berdua
tapi, kita ada adat. Respect saya. Caption dia, for those yang tak tahu taraf awak, status awak, how about how they think Em? They might think awak bukan abang
saudara kepada dia. Maybe boyfriend.
Mama Papa, adik beradik awak tengok? Umi tengok? Adik beradik saya tengok? Awak
ada terfikir tak sebelum awak buat macam tu Em? The least you could think, or the last person yang awak perlu jaga
hati adalah saya, isteri awak.” Ann menangis lagi. Apa lagi yang dia perlu buat
selain marah dan menangis. Dengan sikap Em yang hanya diam membuatkan dia makin
laju berkata-kata dan seolah-olah apa yang diperkatakannya itu adalah benar.
“…Say something Em.” Rayu Ann. Tapi Em hanya
duduk diam. Adakah diam bermakna apa yang diperkatakannya benar?
“…I wonder why this girl
requested to follow my instagram’s account few days back. I mean is this shit
is the reason why?
Kalau motif dia nak bagi saya cemburu, terluka, yes, dia menang. Tapi kenapa? Apa salah saya kat dia padahal selama
ini saya tak pernah walau sesaat pun kacau hidup dorang Em. Not even close. Seperti yang awak pesan, itu yang saya buat. And
awak sendiri tahu yang saya tak terkinja-kinja pun dengan sesiapa. And again, kenapa awak buat macam ni
dengan saya?” Ann berusaha mengangkat mukanya memandang Em di sebelah. Merayu Em
untuk bercakap.
“She did this on purpose but untuk sakitkan hati orang lain
bukan awak.” Pendek sahaja jawapan Em. Tanpa memandang Ann.
“Oh you know, and awak bagi? Awak sedar tak
kedudukan awak di mana? Awak sedar tak awak ada isteri dan anak? Awak sedar tak
ini boleh menghancurkan hati saya. Awak masuk dalam rancangan dia, tanpa
bagitahu saya. And awak contact dia pun awak tak pernah bagitahu
saya.?” Soalan Ann bertalu-talu membuatkan Em semakin tertekan.
“Come on Ann. She is my cousin. Masa raya
baru tegur semula lepas lama dah tak bertegur. Is it wrong?” Serius dengar jawapan Em membuatkan Ann makin
terluka.
“Awak
pesan saya..” belum sempat Ann menyampuk, memotong.
“Itu
pesan saya dulu. Dia dah minta maaf. Come
on.”
“Awak
tak pernah bagitahu apa-apa pun dengan saya.” Ann masih tidak mahu mengalah.
“Do I have to tell you?” Ann diam apabila
ditanya begitu. Terkedu. Mana pergi janji Em macam beberapa tahun dulu. Tak ada
rahsia, sentiasa kongsi masalah dan apa-apa sahaja.
“…I need to sleep. This is rubbish.” Em
bangkit dan meninggalkan Ann yang masih duduk termangu.
“No Em, this is not rubbish. This is
important to me. You never once lied to me. And my question is very simple and
yet you’re not answering this. you said do you have to tell me. Yes you
should!!!” Bisik Ann. Malam itu dia tidak mampu tidur dan hanya menangis.
Sewaktu
turun ke tempat kerja, Ann hanya mampu terdiam. Sepatutnya pada hari itu adalah
hari terakhir dia perlu membuat keputusan sama ada menerima ataupun menolak
kursus selama 2 minggu itu. Nak cakap dengan Em pun dia tak dapat. Kalau dia
bukak mulut pasti dia akan ungkit perkara yang menyakitkan hatinya sendiri. Kediaman
Em sendiri membuatkan Ann tidak tahu apakah yang telah terjadi sebenarnya. Em
suka mengela bila ditanya. Bila dipaksa dia cakap dia tak tahu apa-apa.
Bila
Director panggil Ann masuk ke dalam
bilik pagi itu, Ann terus cakap dia terima. Dia dah fikir masak-masak. Kalau Em
taknak berterus terang maksudnya Em tak perlukan dia untuk tahu apa yang telah
terjadi. Dia tahu Em bukan menipu, jauh sekali curang, tapi Em tidak berterus
terang dan tidak berkongsi dengannya. Bila kesemuanya didiamkan, seolah-olah
apa yang difikirkan Ann itu adalah benar. Em tahu dia suka menangis, hatinya
mudah tersentuh apatah lagi bila diperlakukan sebegitu oleh orang yang
disayanginya, tapi Ann tak mahu menangis di hadapan Em lagi. Di tak mahu lemah.
Dia
mengambil keputusan untuk menjauhkan diri dalam 2 minggu ini bersama
anak-anaknya, untuk memujuk hatinya sendiri. Sejak mengetahui hal itu, sepatah
mereka mula bercakap, mesti akan membawa kepada pertengkaran. Bila dia
bising-bising menyuarakan ketidakpuasan hatinya, Em akan cakap dia pandai
berkata-kata untuk menampakkan memang Em yang bersalah. Dan Em pula, dia hanya
mampu berdiam kerana baginya, setiap apa yang dikatakan mesti akan dikenakan
semula oleh Ann. Ann menganggap 2 minggu dia berada di Kepulauan Borneo itu
adalah untuk menenangkan fikiran di samping memenuhi tuntutan kerja. Soalan
kebenaran daripada Em, mahu atau tidak, Em terpaksa bersetuju kerana dia tak
akan memberi Em sebarang pilihan. Kalau Em bersikap keras kepala, dia lagi
keras kepala. Nasib baik dah ada anak dua orang, kalau tak, sah-sah Ann akan
lari ke rumah Ummi.
Sejak
mereka kahwin, tak pernah pun Ann berdepan dengan masalah sebegitu. Dia paling
benci dengan sikap Em yang diam, tak pernah nak berusaha menegakkan kebenaran
sekiranya dia benar-benar tidak bersalah. Terluka dengan sikap suami sendiri
membelakangkannya. Sangatlah out of the
blue, bila dia tiba-tiba tengok muka suami sendiri kena tayang oleh orang
lain. Motif? Nak rosakkan hubungan orang sangat dengan caption yang buat kontroversi. Ann siap screen capture lagi untuk menambah luka sendiri. Bila suami rampas
iphone nak block kan akaun sepupu
snediri, Ann siap stalk balik tengok descripton akaun bertukar.
“Sebelum nak hakimi orang,
pastikan hidup sendiri sempurna.”
Caption memang terkena batang hidung dia. Nak cakap di hakimi mungkin tidak
sebelum ini, tapi dia mula menghakimi pun selepas tengok apa yang dah jadi.
Kalau dah tak bersalah buat apa nak ubah-ubah description? Dan kenapa pulak si suami suruh sepupu sendiri unfollow balik? Ingat dia ingin sangat
nak tahu tentang hidup orang? Bagi Ann, dia ada standard. Standard dia,
dia buat apa-apa social media pun
sebab dia nak ada banyak lagi public
figure yang nak di-stalk untuk
dijadikan inspirasi. Bagi kawan-kawan atau sesiapa sahaja yang menyemak timeline dia, dia tak kisah hidup orang
nak berkawan beribu-ribu ke nak pasang tudung bukak tudung balik ke, nak
sendiri jadi popular sebab gambar mengalahkan artis ke, dia tak kisah langsung.
Lantaklah dengan hidup orang. Dia nak judge
pun buat apa sebab dia sedar dia sendiri tak perfect. Bertudung pun baru beberapa tahun. Tapi bila orang kacau
hak dia, kehidupan dia, dia boleh menjadi dia yang dulu. Dia yang dulu sebelum
mengenali suaminya sendiri.
Balik
kerja, tanda memberontak dia naik teksi. Tak kisahlah suaminya datang ke tempat
kerja tertunggu-tunggu ataupun apa, dia nak Em tahu yang dia layak untuk tahu
dari A sampai Z tentang apa yang telah berlaku. Macam dah lebam sangat mata
bila sentiasa menangis, sampai pakai RayBan bila masuk dalam teksi. Nak
mengadu? Tempat mengadu dia selama ini yang menjadi punca masalahnya. Mengadu
dengan Ummi, dia tak suka Ummi risau, macam tak ada benda lain yang Ummi kena
fikirkan bila perlu nak selesaikan masalah dia. Nak cakap dengan Izah, walaupun
kawan baik dunia akhirat dia takkan cakap sebab dia masih lagi menjaga aib
suaminya. Dia pendam dan kadang-kadang macam hopeless sebab tak tahu nak buat apa.
Lusa
dia kena fly ke Sabah 2 hari dan 10
hari selepas itu ke Sarawak untuk kursus. Anak-anak memang dia kena bawak
sekali. Dan malam itu mungkin dia akan memberitahu kepada Em. Nak kata risau,
memang dia risau sebab siapa nak teman dia uruskan Sofea dan Faiq nanti. Memang
dia kena angkut nanny mereka sekali
kalau macam itu.
“Belajar
Ann. Belajar untuk berdikari. Jangan terlalu bergantung kepada Em. Kalau boleh
jangan bergantung lagi.” Pelik. Itulah mantra yang pelik yang diulanginya
sedari pagi tadi selepas membuat keputusan untuk mengikuti kursus tersebut.
Em
macam dah berubah. Taklah sepenuhnya berubah tapi yang dia tahu Em berubah.
Langsung tak nak cakap pasal apa yang telah terjadi.
“Dia
hanya cousin saya. Dia upload gambar tu sebab dia nak balas kat
orang. Sakitkan hati orang.” Itu sahaja alasan Em. Sakitkan hati siapa? Hati
dia? Tapi apa salah dia? Kalau ingin sangat nak menyerang orang lain- kalau
orang itu bukan Ann, kenapa nak guna gmaabr suami dia? Dah tak ada modal lelaki
lain ke nak kena guna suami dia. Pulak Em ni lagi pelik. Tak pernah-pernah
suruh dia rapat dan layan sepupu dia, tiba-tiba bila dah melayan terlalu
melampau. Melampau sampai tak ingat diri. Send
gambar, lepas tu simpan barang orang sampai isteri sendiri yang dapat tahu pun
makan hati berulam jantung.
Makan
malam seperti biasa dan Ann dan Em tidak mahu membawa masalah mereka di dpean
Sofea dan Faiq kerana mereka masih kecil. Mereka dilayan seperi biasa. Cuma
apabila Em layan Sofea, dia akan layan Faiq dan begitulah sebaliknya. Bila
matanya tak dapat tidur seperti malam-malam sebelumnya, Ann turun ke dapur. Nak
kemas dapur, dia dah kemaskan tadi, nak minum pun dia tak haus, apatah lagi nak
makan. Bila melihatkan bahan-bahan untuk membuat cupcake ada, dia terus ambil mixer
di dalam kabinet. Biarlah kalau Em tahu dan cakap dia buang tabiat membuat cupcake tengah malam sekalipun. Baking memang hobi dia dan dapat
membuatkan dia gembira. Kalau Em taknak makan, dia tahu Sofea memang akan makan
sebab chocolate cupcake memang
kegemaran dia.
“Awak
buat apa malam-malam macam ni?” Em yang turun disebabkan terhidu bau di dapur
menyapa Ann yang masih lagi khusyuk meletakkan adunan di dalam cawan kertas
sementara menunggu adunan pertama masak di dalam ketuhar.
“Cupcake.” Pendek sahaja jawapan Ann. Em
yang baru duduk meminum baki air Ann di atas kaunter.
“…saya
pergi kursus tu lusa and I’m bringing
Kak Yaa untuk jaga anak-anak masa saya attend
kursus tu.”
“What…?”
“Yep.
Saya dah book ticket ke Sabah 2 hari then terus ke Kuching sampai last day kursus tu. Kak Yaa akan jaga
mereka masa kat sana nanti.” Ann masih lagi tekun menuang adunan di dalam cawan
kertas. Tadi elok sahaja adunan tak tumpah tapi bila Em turun ke bawah semua
tumpah-tumpah. Fikiran ke lain, hilang fokus.
“I thought kita akan bincang tentang
keputuan ni. Kenapa buat keputusan tak bincang sama?” Em cuba bertoleransi
dengan isterinya. Rasa nak marah pun ada sebab Ann tak bagitahu awal-awal. Main
senang nak tinggalkan dia seorang di rumah.
“Back to you. Awak ada bincang atau
bagitahu apa-apa kat saya tak masa awak konon-konon menolong cousin alias adik kesayangan awak tu?” Semburan Ann memang betul-betul
terkena batang hidung suaminya sendiri. Pada saat itu, bagi Ann sendiri, dia
tak kisah dengan perasaan Em.
“Awak
balas dendam atau apa ni?”
“Awak
rasa?” Psikologi Ann memang dah tak boleh nak kawal lagi dah. Dia terpaksa guna
teknik seorang peguam dengan Em.
“Kenapa
nak kaitkan hal sekarang ni dengan hal itu Ann?”
“Sebabnya
mudah, saya masih tertanya-tanya apa yang terjadi dan awak tak bagitahu saya
satu pun Em. Don’t ask me stop because I
won’t. Awak tak akan dapat jawapan
kalau awak tak cakap semua dengan saya tentang hal itu.” Setengah hatinya, Ann
merayu supaya Em memberitahunya.
“Tak
penting. Dahlah. Jangan kusutkan kepala sendiri boleh tak? Kita hidup macam
sebelum ni, happy dan bahagia.” Ann
melepaskan apron yang tersangkut di lehernya. Langkah diatur menuju ke arah Em.
Ingin sekali dia menyentuh suaminya, tapi ego disebabkan sikap degil suaminya
menyebabkan Ann hanya berhenti di hadapan suaminya tanpa membuat apa-apa.
“Sayang,
please tell me. Saya janji kalau awak
bagitahu saya akan cancel semua. Tak
kisahlah kalau saya terpaksa kehilangan kerja atau kena marah atau apa, asalkan
awak berterus terang.” Bila lihat mata isterinya berair, Em bangkit daripada
kerusi sebelum dia sendiri yang mengalah.
“…please” rayu Ann. Bila Ann memang dah
sah menangis dengan muka merayunya, Em terus melangkah ke tingkat atas.
“Kenapa
susah sangat nak berterus terang kalau tak ada apa-apa Em?” Ann mengelap air
matanya tapi Em terus meninggalkan dia terkapai-kapai di tepi kerusi kaunter.
Pagi
itu sewaktu dalam perjalanan ke pejabat pun Ann merayu untuk Em berterus
terang. Seolah-olah peluang masih lagi diberikan kepada suaminya sebelum dia
benar-benar berangkat ke Sabah dan Sarawak selama 2 minggu keesokan harinya. Em
hanya berdiam diri walaupun soalan ditanya berkali-kali.
“Belum
masanya lagi. Nanti saya bagitahu awak.” Itu sahaja jawapan daripada Em yang
membuatkan dia menangis lagi. Dah macam tak ada kerja lain bila seminggu itu
kerja Ann hanya menangis sahaja mengenangkan diri masih lagi tertanya-tanya tentang
sikap suaminya. Takkan nak telefon Mama tanya Mama, nanti suaminya pula jadi mangsa. Selagi mampu dia mencuba
tetapi suaminya langsung tak membantu walau sedikitpun.
“Percayalah
Em. Saya janji buat apa saja yang awak suruh kalau awak jujur dengan saya.”
“Please Ann. This matter is very simple and yet you make it complicated. Nanti
saya bagitahu awak.” Bila kereta Em berhenti di depan tempat kerjanya Ann terus
keluar tanpa menoleh.
“Selagi
saya mampu, saya akan merayu untuk awak bersikap jujur dengan saya Em. Tapi
kalau satu hari saya dah berhenti memaksa dan merayu awak, saya harap awak
faham maksud saya. Kalau pun kita masih lagi berhubungan, anggaplah ini
pengorbanan saya terhadap Sofea Hani dan Faiq Anaqi. Saya masih sayangkan awak
macam selalu tapi saya takut rasa itu hilang satu hari nanti sebab satu masalah
kecil yang awak sendiri tak dapat jelaskan.” Ann berkata sendirian sambil
mengelap air matanya. Muka memang dah memerah sebab menangis macam budak kecik
memaksa suami sendiri tapi Em langsung tak pandang, jauh lagi nak jatuh
kasihan.
“Saya
hanya mintak awak bersabar dan menunggu satu masanya saya akan bagitahu, Ann. Remember, sabar itu indah.” Em mengelap
setitis air matanya sendiri saat membelok keluar daripada bangunan tempat kerja
isterinya.
Bila
melihat wajah ceria Ann di lapangan terbang melayan Sofea dan Faiq sementara
menunggu Kak Yaa sampai dihantar oleh suaminya, Em tersenyum. Dia rindukan
keceriaan Ann yang hilang beberapa hari itu. Sejak pulang daripada pejabat
semalam, Ann berubah ceria. Mungkin Ann cuba untuk melupakan apa yang telah
terjadi antara mereka.
“Come on Ann. Stop asking for more. Live your life! Kalau Em memang dah ada orang
lain, bayang-bayang Em sentiasa ada bersama iaitu Sofea dan Faiq. Belajar untuk
bersyukur kerana Faiq dan Sofea sudah mencukupi” Itu sahaja motivasi yang
membuatkan Ann ceria pada hari itu. Dia tak mahu menunjukkan kelemahan dia di
hadapan Em lagi. Dia boleh berdikari dan dia kuat. Dia tak akan memaksa dan tak
akan memberikan apa-apa pandangan lagi tentang apa-apa. Dia menyerahkan
semuanya kepada takdir dan jodoh ketentuan Tuhan.
Cukuplah
pagi tadi dia sudah bertekak awal-awal dengan Em gara-gara Em tempah tiket MAS business class dan paksa dia burn
tiket AirAsia yang sudah di tempah dengan menggunakan duitnya sendiri. Em siap
ugut kalau dia taknak naik MAS, dia takkan benarkan Ann keluar daripada rumah.
Dah cakap sayangkan duit sebab terpaksa burn
tiket, Em cakap dia akan bank in ganti balik tiket yang dah
ditempahnya. Bila difikir balik, buat apa dia nak minta ganti, padahal naik MAS
business class jauh lebih mahal daripada tiket yang dibelinya.
“Attention to passanger for flight MH….”
Bila pengumuman penerbangan mereka ke Kota Kinabalu untuk masuk ke balai
berlepas berbunyi, Em mengalihkan pandangannya ke arah Sofea.
“Sofea
sayang, come here. Give me one big hug!”
Em menghulurkan tangannya kepada Sofea. Sofea yang leka bermain dengan Ann tadi
terus mengalihkan pandangan hairannya kepada Em.
“Daddy
ikut?”
“No
sayang. Daddy jaga rumah. Sofea ikut Mommy jaga baby okay?” Sofea diangkat dan
terus didukung. Ann mengambil Faiq daripada pangkuan Kak Yaa kerana Sofea yang
akan dipimpin oleh Kak Yaa nanti. Tapi bila Sofea menangis menggeleng taknak Em
tinggal, Ann menyerahkan semula Faiq untuk dibawa oleh Kak Yaa.
“Come here honey. Nanti lambat. Salam
Daddy.” Tanpa memandang Em sedikitpun dia mengambil Sofea tapi pegangan Sofea
di bahu Em yang kuat, menyukarkan Ann untuk mengambilnya. Sofea ni degil macam
Em jugak kadang-kadang sampai buatkan dia pening.
“…cepat
sayang. Nanti kita lambat. Lepas balik Sabah kita jumpa Neksu nak?” Ann cuba
memujuk Sofea tapi si anak masih lagi menangis nakkan suaminya ikut sekali. Ann
terpaksa mengambil Sofea walaupun terpaksa melepaskan tangan Sofea yang memeluk
bahu Em. Bila Em hulurkan tangan, barulah dia ingat yang dia belum menyalami
suaminya. Bila Em cuba mencium dahinya, dia pusingkan kepalanya terus. Sofea
yang menangis di bahunya tak diendahkan.
Sudahlah si anak semakin membesar, makin sukar dia nak mendukung dengan
keadaannya yang memberontak. Ann terpaksa meletakkan Sofea di bawah semula.
Sebelum menoleh ke belakang semula di mana anaknya sedang berlari menuju ke
arah Em, dia memasang RayBan nya. Takut Em tahu dia sendiri yang menangis.
Kalau Sofea taknak berjauhan dengan Em, inikan pula di sebagai isteri. Tapi
sikap EM yang berahsia dan tidak berterus terang memaksa dia untuk menjauhkan
dirinya untuk sementara waktu itu.
“Bagi
Daddy masa seminggu. Nanti Daddy datang okay sayang? Kalau Sofea ikut Daddy, takada
orang jaga Sofea kalau Daddy kerja. Mak Yaa ikut Mommy jalan-jalan jugak.” Bila
Em pujuk walau dengan apa cara sekalipun, Sofea mesti akan ikut. Si anak
mengangguk dan diangkat oleh Em semula sebelum menyerahkannya kepada Ann.
“Jaga
diri. Saya benarkan awak pergi kursus untuk 2 minggu. After 14 days, kalau awak
tak balik, saya akan datang ambik awak.” Tanpa menoleh semula ke belakang Ann
terus masuk ke balai berlepas. Memang kali ini mencabar bila bergerak dengan
dua orang bayi. Selalu Em yang uruskan, tapi sekarang dia terpaksa meminta Mak
Yaa yang menolongnya. Baru sahaja melepasi pemeriksaan imegresen dan menuruni escalator, Sofea terus menunjuk ke arah
coklat M&M. mahu tak mahu dia terpaksa membelinya untuk Sofea demi memujuk
si anak yang masih menangis.
Dalam
penerbangan mereka ke Kota Kinabalu, dia berebut-rebut membuat kerjanya yang
tertangguh di dalam laptop. Sofea
yang bermain ipad di tepinya sambil memeluk baju Em diperhatikan. Nasib baik
dia ada bekalkan baju Em semalam di dalam beg Sofea pagi tadi. Knowing Sofea, rindukan Em mengalahkan
dia. Mujur juga Faiq tak banyak ragam dalam flight
bila dipangku oleh Kak Yaa di tempat duduk di seberangnya. Tak sampai 5 minit
Sofea minta susu dan tidur. Baju Em yang menutupi badan Sofea ditukarkan dengan
selimut yang disediakan. Bila dia mencium bau baju Em, Ann menangis lagi. Dia
betul-betul rindukan Em.
Dua
hari di Sabah, Ann kembali meneruskan kursusnya di bumi Sarawak. Kali terakhir
dia menjejakkan kaki di Sarawak adalah sewaktu abang saudaranya berkahwin.
Nasib baik apartment mereka yang dulu sudah disewakan kepada orang lain,
apartment mereka sekarang betul-betul terletak di hadapan Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuching. Jadi taklah jauh perjalanan mereka. Bila dia ambik teksi
untuk menghantarnya ke kawasan apartment di hadapan lapangan terbang tersebut,
pamandu teksi itu seolah-olah tidak percaya.
“Tak
apa Uncle. Saya bayar lebih.” Tahu dengan sistem teksi yang sentiasa menunggu
giliran, dia memahami. Untuk mencari RM10 sekalipun, memang susah disebabkan di
Kuching, teksi bukanlah pengangkutan awam utama yang menjadi tumpuan. Bila
sampai sahaja di hadapan bangunan apartment The Ryagates, not RM50 diberikan.
Bila pemandu teksi itu mahu memulangkan baki, Ann menolak. Mana tahu, hari ini
dia memantu orang, esok-esok dia susah, orang banyak memabantunya.
Masuk
sahaja di apartment mereka, dia terus membuka pintu lungsur yang menghadap ke
kawasan taman permainan di kawasan apartment yang kecil itu. Dengan apartment
yang hanya menampung ketinggian sehingga empat tingkat itu membuatkan Ann
berasa tenang dan kawasan itu sesuai dengannya yang memerlukan privasi. Hiasan
dalaman yang mudah tetapi penuh dengan perabot memudahkan lagi kerjanya. Rumah
sudah dibersihkan oleh orang gaji Maksu semalam, jadi dia tinggal datang dan
tidur di situ. Saat membuka peti sejuk, hanya makanan bujang sahaja yang ada.
Maggie, tuna, air tin dan nutella. Perut dia lapar minta diisi walaupun sudah
makan dalam penerbangan ke Kuching tadi.
Bila
dia masuk ke ruang tamu semula, dia lihat Kak Yaa sudah memandikan kedua-dua
anaknya. Muka Kak Yaa yang tak pernah travel
ke mana-mana memang nampak sangat kepenatan.
“Kak
Yaa, tidurlah dulu kat bilik dengan Sofea dan Faiq sekali. Saya nak keluar
kejap belikan barang dapur. Nanti kita masak untuk makan malam. Esok-esok
barulah saya bawak Kak Yaa makan luar eh?” Ann menuju ke biliknya mengambil beg
dan iphone di meja tepi katil. Dua
mesej daripada Em dibacanya.
Welcome to our tiny home. I bet
you like it sebab itu design yang awak nakkan. Little surprise!
Dalam
hati Ann memang menyukai rumah mereka saat melangkah masuk tadi, tapi kejutan
itu tidak mempu membuatkan hatinya gembira sepenuhnya kerana masalah mereka
belum selesai. Mesej kedia dibaca.
Kunci kereta dalam drawer bilik
kita. Black City memang parking kat parking lot kita. Take care.
Dia
memang tak payah bagitahu Em ke mana-mana di pergi. Berbohong pun tak boleh
sebab dia dan Em sama-sama menggunakan iphone.
Jadi senanglah Em nak track sendiri
ke mana dia pergi sebab Em tahu, dia dan Iphonenya takkan terpisah walaupun dia
masak di dapur.
Thanks. I GTG. Run for some
errands.
Sofea and Faiq?
Sofea, Faiq n Kak Yaa tido.
Jetlagged perhaps.
And you?
Bila
Em tanya pasal dia, terus dia memasukkan Iphonenya ke dalam beg semula. Malas
nak menjawab soalan Em. Tak penting. Kalau dia penting bagi Em, Em tak akan
buat dia macam tu. Tak bual hal belakang dia, tak berahsia dengan dia. Pintu
rumah dikunci sebelum dia bergerak meninggalkan rumah.
Tak
sampai 5 minit dia dah sampai di pasaraya H&L di kawasan terminal bas. Tak
kisah dengan perbezaan harga dengan kedai lain, terus sahaja dia membeli apa
sahaja yang mungkin berguna untuk bekalan dia selama 10 hari di apartment
mereka. Kira bangga juga Ann dengan dirinya. Keluar sorang-sorang, beli barang,
angkut barang sampai ke kereta dengan sendiri. Rasa berdikari sangat.
Persediaan mungkin. Em kan tak perlukan dia lagi, jadi kenalah berdikari. Macam
kelaut sangat dah cara Ann berfikir tapi dia sendiri tak kisah.
Drama
setiap malam pun berlaku pada malam itu bila Sofea menangis lagi cari Em
sebelum tidur. Bukan main fokus lagi dia membuat kerja di dalam laptop, Sofea menangis di katil sebelah.
Walaupun kepenatan, dia turun juga dari katil dia dan Em menuju ke katil Sofea.
“Sayang..janganlah
macam ni. Tak kesian tengok Mommy ke? Sayang nangis nanti baby bangun pun
nangis jugak.” Ann memujuk Sofea. Dengan baju Em dipeluknya, dia masih lagi
mencari. Terlintas juga rasa menyesal dalam diri Ann kerana Em yang selalu
menidurkan Sofea pada waktu malam berbanding dirinya dan disebabkan itulah Sofea
terbiasa dengan lullaby Em
berbandingnya.
“I want Daddy, Mommy.” Mendengarkan Sofea
makin kuat menangis, dia mengambil Ipad
di tepi. SKYPE! Bila Em mengangkat
panggilan skypenya, dia berikan kepada Sofea. Dengar sahaja suara Em, terus Ann
naik semula ke katilnya menyambung kerja. Tak mahu rasa sedih dan kecewa datang
lagi bila mendengar suara Em, dia sumbat telinga dengan earphone. Satu per satu lagu Coldplay yng dia dengar
mengingatkannya dengan Em. Akhirnya dia keluar daripada bilik meninggalkan
Sofea yang sudah ketawa bercakap dengan Daddynya. MACAM MANA ANAK BERUANG YANG
MENANGIS TIBA-TIBA BOLEH KETAWA??
Dia
siap bancuh hot chocolate kat dapur lagi untuk menghilangkan bosan menuggu Sofea
tidur. Tapi dengar pada tawa anak beruang dalam bilik tidurnya macam tak
mungkin Sofea akan tidur semula. Em langsung tak membantu. Ingatkan dapat
tidurkan Sofea, bila dah ketawa malam-malam, memang lah Sofea aktif semula.
“Mommy..nak
susu.” Sofea keluar daripada bilik dengan membawa Ipad di sebelah tangan kanannya dan tangan kirinya mengheret baju
Em yang dah macam bantal busuk di bawa ke mana-mana.
“Mommy
bagi susu, Sofea tidur okay?” Mug
diletakkan semula di kaunter dapur.
“Daddy,
Mommy suruh tidooooo.” Ann menoleh
semula apabila Sofea bercakap dengan Em. Rupa-rupanya masih lagi dua beranak
itu FaceTime. Bila lihat saja Ipad di tangan Sofea, pandangan dia dan
Em bertemu. Cepat-cepat Ann memandang ke arah lain.
“Go to sleep honey. Jangan susahkan Mommy. Nanti
Daddy datang okay. Jaga baby Faiq, jangan susahkan Mak Yaa, dengar kata Mommy.”
Si anak yang mendengar mengangguk sahaja. Itu yang Ann tak faham. Dengan Daddy
semua Sofea okay, dengan dia ada sahaja yang Sofea taknak.
“Nah..
say bye bye dengan Daddy before masuk bilik.” Botol susu masih
lagi dipegang sebab tangan Sofea kedua-duanya memegang Ipad dan baju Em.
“Buh bye Daddy.. Love you, mishhh you. Muahhh.” Skrin Ipad diciumnya dan begitu juga dengan Em. Bila Sofea mengambil
botol susunya daripada Ann, dia memberikan Ipad kepada Ann dan berlalu ke bilik
tidur.
“Where’s Mommy night night kiss sayang?” Ann memanggil semula
Sofea yang sudah bergerak tiga tapak menuju ke bilik.
“Eh…”
berpaling semula ke belakang, dia mencium kedua-dua belah pipi Ann. “…love you
Mommy. Daddy tak suruh tidoo lambat.”
Terkedu Ann mendengar ayat terakhir Sofea.
“Awak
dengar kan apa Sofea cakap?” Suara Em
daripada Ipad itu betul-betul
mengejutkannya. Saat memandang skrin Ipad,
dia betul-betul bertentang mata dengan Em.
“I know how to take care of
myself. Thank you by the way. Assalamualaikum.”
Belum sempat Em menjawab apa-apa dia sudah memutuskan talian pada Skype. Mesej Skype yang sah-sah daripada Em dibaca acuh tak acuh.
Saya tak habis cakap lagi awak
dah letak. Awak tanggungjawab saya jadi sama ada awak tahu atau tak jaga diri,
semua itu adalah tanggungjawab saya. Waalaikumsalam.
“…nak
cakap pasal tanggungjawab? Tanggungjawab menyakitkan hati saya?” Ann bercakap
seorang diri dan meninggalkan Ipad di
kaunter dapur. Hot chocolate yang
belum terusik dari tadi dibuang ke dalam singki sebelum masuk semula ke dalam
bilik. Serius tak ada mood nak layan
Em.
Pada
hari keenam mereka di Sarawak, barulah Ann membawa anak-anaknya dan Kak Yaa ke
rumah keluarganya. Hari-hari sebelum itu dia membawa Kak Yaa terutamanya
makan-makan di luar. Rindunya dia pada Maksunya sebab terlalu lama tidak
berjumpa. Datang sahaja di rumah, mereka dihidangkan dengan macam-macam jenis
makanan. Saudara maranya semua ada di rumah. Makinlah Sofea suka bermain
berkejaran di luar rumah Maksu.
“Budak
congek, suami mana?” Gelaran Abang Aidil dari kecil kepadanya membuatkan Ann
tak perlu meneka lagi siapa yang bercakap dari belakangnya.
“Kerja.
Outstation.” Outstation apanya kalau suami memang ada di rumah masa hujung
minggu macam ni. Dia main reka jawapan. Malas nak cakap panjang pasal Em di
depan Maksu. Nanti kalau Abang Aidil tanya macam-macam sampai tahap dia tak
tahu nak jawab apa, boleh terkantoi dia dan Em ada masalah. Lewat petang itu
barulah Ann meminta diri untuk balik semula ke apartment mereka. Makan malam
mereka Kak Yaa sendiri menawarkan diri nak memasak sebab rindu nak memasak di
dapur selepas selalu makan di luar sahaja.
“Ann,
Kak Yaa nak tanya. Tapi Ann jangan ambik hati tau.” Ann berhenti daripada
mengupas bawang apabila Kak Yaa berkata begitu.
“Tanyalah
Kak Yaa.”
“Ann
dengan Em memang ada masalah kan? Sebab sekali pun tak pernah Kak Yaa tengok
kamu berdua macam ni sepanjang Kak Yaa kerja dengan Em dan Ann.” Ann terdiam.
Nak menjawab, tak suka membuka pekung di dada. Tak menjawab pun dia rasa macam
Kak Yaa tahu sebab Kak Yaa yang makan garam dulu. Akhirnya, Ann hanya
mengangguk.
“Kak
Yaa tak akan masuk campur urusan kamu berdua. Tapi melarikan diri takkan
selesaikan masalah Ann. Cuba bawa berbincang.”
“Saya
dah bawak bincang dari awal dulu Kak Yaa. Abang Em yang taknak. Dia diam
seolah-olah dia memang bersalah.” Ann menyuarakan ketidakpuasan hatinya.
“Kita
perempuan Ann. Mungkin dia diam sebab dia tahu Ann masih lagi marah-marah.
Kalau marah, kita fikir pun tak dapat Ann. Mungkin sebab itulah dia diam.” Ann
tak tahu apa yang Kak Yaa cakapkan itu adalah nasihat ataupun cuba untuk
menyebelahi Em.
“Saya
tak suka benda macam ni ditangguh-tangguh Kak Yaa. Cakap teruslah kalau betul
tak salah. Diam macam ni seolah-olah dia mencari jawapan untuk tutup kesalahan.
Degil sangat, cakap nanti-nanti selesaikan masalah. Bila? Kalau dia degil nak
tangguh semua ni, saya pun boleh degil sama dengan lari macam ni.” Bila Ann
cakap macam itu, Kak Yaa terus diam. Niat nak menolong di dapur hilang terus
ditambah lagi dengan suara Faiq yang menangis.
Pada
Selasa berikutnya, Ann siap bagitahu Kak Yaa awal-awal dia tak balik makan
tengah hari. Walaupun kursus dekat Hotel 4 Points tapi dia masih nak siapkan
laporan yang belum habis disiapkan. Balik sahaja di rumah, dia terus tertidur
di atas katil dalam bilik mereka. Sewaktu masuk di dalam rumah tadi, Kak Yaa
membancuh minuman petang. Faiq dan Sofea mungkin tidur di bilik tamu. Ann
tersedar bila alarm Maghrib berbunyi di iphone
nya. Terus dia melangkah keluar daripada bilik. Saat membuka pintu bilik dia
melihat Em sedang bercakap dengan Kak Yaa. Biar betik Em datang? Berkali-kali dia menggosok matanya, memang Em
masih di situ.
“Kak
Yaa rindu rumah?” soal Em yang duduk mendukung Faiq. Sofea duduk di sebelahnya.
Kalau tak kerana masalah mereka, memang Ann akan cakap itulah pemandangan yang
paling disukainya.
“Apa
punya soalan lah Em bagi kat Kak Yaa. Memanglah rindu. Ada suami ada
anak-anak.”
“Malam
ni saya book tiket Kak Yaa balik KL.
Saya suruh Haris tolong jemput dan hantar Kak Yaa. Kak Yaa okay je kan naik
kapal terbang sorang-sorang?” Slumber Em cakap nak beli tiket Kak Yaa balik KL.
“In
sha Allah boleh. Tapi siapa nak jaga Sofea dan Faiq?”
“Saya.”
Pendek sahaja jawapan Em.
“Baguslah
tu. Dah datang sini, berbincanglah sama dengan Ann. Jangan simpan lama-lama.
Nanti makin rumit kalau disimpan tak diselesaikan.” Selesai Kak Yaa bercakap
begitu, dia terus meminta diri untuk ke bilik. Nak menunaikan solat. Em terus
mendukung kedua-dua Faiq dan Sofea ke dalam bilik. Ann berpura-pura menyibukkan
dirinya mengemas meja setelah selesai mencuri dengar perbualan Em dan Kak Yaa.
“Mommy,
Daddy dah sampaiiii..” muka Sofea memang
nampak ceria bila bapak beruang datang. Em meletakkan Faiq dan Sofea di atas
katilnya dan Ann. Tangan dihulurkan kepada Ann. Ann menyambut dan menyalami Em.
Bila Em menciumnya cepat-cepat dia menolak.
“Sayang,
we need to talk.” Sayang? Lamanya dia
tak mendengar Em memanggilnya begitu.
“Well, saya takkan paksa awak lagi. So, tak ada paksaan.”
“Maksud?”
“Maksudnya
kalau saya dah penat berusaha saya dah berhenti paksa, saya dah taknak kacau
lagi kehidupan awak. Live your own life.
Saya bukan sebahagian daripada hidup awak lagi sebab we no longer share whatever stories okay.” Ann mengambil tualanya
dan berlalu menuju ke bilik mandi. Keluar saja daripada bilik mandi Em
memintanya menunggu untuk solat bersama. Mungkin dalam hal lain Ann tak mahu tolerate, tapi dalam bab berjemaah, dia
tetap mahu menunggu.
Rutin
seperti biasa, sementara menunggu Isyak, masing-masing mereka melayan Faiq dan
Sofea. Niat di hati Em nak membuka suara untuk berbincang, tapi macam tak
sesuai pulak sebab di depan anak-anak. Mana tahu si isteri tiba-tiba melepaskan
kemarahan di depan Sofea dan Faiq, baik dia diamkan diri dulu. Ayat sudah
diatur di dalam kepala siap-siap dari rumah mereka di KL lagi sebelum berani
mati datang ke Sarawak ambik EL daripada manager
pagi tadi.
Di
meja makan riuh dengan suara Sofea saja yang bercakap dengan Em. Macam tak
habis cerita sampai cerita Ann menangis masa tengok Sofea nangis pun terkantoi.
Bila Em senyum melihatnya, dia tayang muka tak tahu apa-apa. Kak Yaa dah pun
bagitahu dia akan terbang awal-awal pagi esok balik KL. Jadi, tinggallah mereka
berempat seperti selalu di rumah. Em suka buat plan sendiri suruh Kak Yaa balik sedangkan dia perlukan Kak Yaa
jaga Sofea dan Faiq.
“Saya
tidur kat bilik tamu. Sofea rindukan awak. Tidurlah sama dengan Sofea malam
ni.” Ann mengambil bantalnya di tepi Em yang sedang berbaring tengok match bola di bilik mereka.
“Saya
tak nampak apa pun salahnya kalau awak tidur macam selalu. Sofea kan ada katil
sendiri. Faiq pun sama.” Em duduk dan menutup TV. Terus hilang selera nak
tengok MU bila Ann nak tidur di bilik sebelah. Bila Ann nak keluar dari bilik,,
tangan Ann ditariknya dan pintu bilik dikunci.
“Saya
penat Em. So please.”
“Dah
penat tidurlah. Katil tu luas. Kalau tidur kat sebelah nanti apa pulak kata Kak
Yaa bangun pagi tengok awak di sebelah dan saya di sini?”
“Biarlah.
Kak Yaa sendiri pun dah tahu kan? Baguslah macam tu.” Ann memberontak.
“Jangan
gaduh please. Anak-anak baru tidur.
Awak penat, saya penat. Kak Yaa pun ada.”
“So what? Saya dah puas tolerate dengan awak tapi satu pun awak
tak kisah.” Ann membuka pintu dan bergerak menuju ke bilik sebelah. Dia tidak
sedar Em mengekorinya dari belakang. Bila masuk bilik itu, Em terus mengunci
pintu. Masa untuk mereka berbincang dan selesaikan masalah.
“…lepaskan
saya Em. Bagi saya jaga Sofea dan Faiq.” Ayat itu betul-betul buatkan Em marah.
Unexpected!
“Dengar
sini, saya tak akan lepaskan awak Ann.
Not even close!” Em membawa Ann menghadap mukanya.
“Lepaskan
saya. Saya dah penat paksa awak bagitahu tapi awak tak pernah sepatah pun
berusaha nak cakap untuk tegakkan kebenaran walaupun awak tak bersalah.”
“NO WAY!” pada waktu itu, boleh dikatakan
agak kuat suara Em.
“Good!
Very good! Kuatlah lagi suara tu. Tadi bukan main suruh saya diam, sekarang
awak lagi yang melebih.”
“Awak
cakap pasal benda yang paling saya taknak buat. Kenapa?”
“Sebab
awak tak pernah buat saya macam ni. Sekali pun awak tak pernah bohong, tak
pernah berahsia. Kita kongsi semua masalah sama-sama. Tapi untuk benda simple macam ni awak tak jawab langsung
Em. Now tell me, awak memang
betul-betul ada apa-apa dengan perempuan tu kan?”
“To hell saya ada apa-apa dengan dia!!
Dia macam adik saya. Tak ada istilah lain.”
“Adik
konon! Dengan adik awak sendiri tak pernah awak buat macam tu Em. Tak payah
tanya adik awak, tak payah tanya Mama, memang saya tahu awak tak pernah buat
adik awak macam tu. I hate liar!!”
tak kisah lagi jam dah pukul 2 pagi sekalipun, hati Ann betul-betul sakit.
“…awak
diam! Kenapa? Masih nak sebelahkan adik awak?? Masih nak biarkan adik awak buat
awak macma tu? Adik awak memang tak tahu status awak ke Em? Adik awak tak tahu
awak suami orang, dah ada dua orang anak? Awak biarkan dia tayang muka awak
depan kawan-kawan dia, depan public
sampai orang anggap awak betul-betul ada hubungan dengan dia semata-mata awak
KONON nak menolong dia menyakitkan hati orang lain? What the hell is this Em??” Ann marah dan sedih. Kalau dengan dia,
rapat sikit dengan Abang Aidil yang sah-sah dah ada isteri dilarang. Dia dengan
SEPUPU yang konon dianggap macam adik dan perempuan itu belum kahwin lagi,
boleh pulak!
“…Saya
nak bagitahu Mama yang kita akan berpisah.” Iphone
di tangan Ann dirampas dan ditikam ke lantai. Sah-sahlah iphone itu mati kalau
dalam keadaan marah Em menikam ke lantai.
“Kenapa
nak bagitahu Mama? Saya tak akan lepaskan awak Ann.”
“Lepaskan
saya please. Saya taknak sama dengan
awak lagi dah.” Ann menangis merayu di depan Em. Em membawa Ann dekat
dengannya. Memeluk erat. Dia taknak buat kerja gila nak lepaskan Ann sedangkan
dia sayangkan Ann. Tak ada orang lain selain Ann dalam hidupnya.
“Honey please. I love you..”
“Awak
tipu saya. Saya taknak hidup dengan orang yang tak jujur dengan saya. Awak dah
ada perempuan lain.” Boleh dikatakan sakit juga badan Em kena pukul Ann. Ann
dah kira salah masa guna kemahiran yang dia ajar.
“Okay fine. Ask me, then I’ll answer.
Kita kena settle malam ni. Esok saya
taknak cakap hal ini lagi.” Em berjanji dengan dirinya, dia akan selesaikan
segalanya pada malam itu. 10 hari ada masalah dengan Ann memang rasa janggal
sangat. Selalu gaduh tak smapai sehari dah selesai. Kerana salah anggap dan
salah buat keputusan, dia termakan dirinya.
Dari
mula dia menceritakan bahawa dia sendiri tak tahu tentang apa yang berlaku. Dia
hantar gambar itu dengan whatsapp sepupunya yang lelaki tetapi digunakan oleh
sepupunya yang perempuan untuk tujuan sendiri. Bila dia jadi mangsa keadaan dan
menyebabkan dia dengan isterinya dilanda masalah, barulah dia bising. Salah dia
juga tak pernah nak berterus terang. Malas nak cakap banyak, dia selesaikan
masalahnya dengan sepupunya terlebih dahulu sebelum menyelesaikannya dengan
Ann. Jawapan Em yang tersangatlah mudah menyebabkan Ann masih lagi tak puas
hati.
“Em..this is not the expected answer. Awak
jawab acuh tak acuh.”
“Habis
tu nak jawab macam mana? Saya tak suka nak ungkit perkara ini lagi sebab memang
dah cukup buat kita bermasalah. Nak bercerita terangkan kepada awak lagi saya
rasa malas.”
“Persoalan
saya banyak tapi ini je yang awak jawab. Saya tak puas hati.”
“Dahlah
sayang. Dalam banyak-banyak cerita dan perkara yang kita lalui janganlah ungkit
hal ini lagi. Macam banyak sangat dah cerita yang kita lalui selama 10 hari ni
dan tak share sama-sama.” Ann dah
taknak bercerita lagi tentang perkara itu. Biarlah dia sahaja yang tahu 100
peratus apa yang telah terjadi dan semuanya sudah selesai.
“Salah
awak lah!”
“Memang.”
Selagi dengan mengaku semua salahnya membuatkan Ann gembira, dia tetap mengaku
semua salahnya walaupun dia tidak bersalah.
“…Dah
10 hari saya tak rasa Milo awak buat. Tolong buatkan boleh?” baru merasa nak
berbaik dengan Ann, Em dah minta Ann buatkan Milo seperti sebelum ini. Dua hari
lepas ada dia lepak rumah Mama hilangkan bosan duduk di rumah, minta Mama
buatkan Milo memang lah masih sedap tapi dia sudah terbiasa dengan cara Ann
buatkan Milo. Bila Mama tanya mana isteri dan anak-anak dia diam. Bila kena
paksa, cakap Ann pergi kursus dekat Sabah dan Sarawak. Boleh tahan sakit juga
telinganya mendengar Mama bising-bising salahkan dia lepaskan Ann jaga Sofea
dan Faiq dengan susahkan Mak Yaa. Kalaulah Mama tahu apa yang sebenarnya
terjadi, memang menghantar diri untuk disalahkan Em pada waktu itu.
“Semua
salah awak. Padan muka.” Ann keluar daripada bilik tamu menuju ke dapur. Dalam
hati kesian jugak dia mengenangkan Em. Entah makan atau tidak di rumah sewaktu
dia tiada. Em bukan tak pandai masak, tapi kalau dah penat bekerja memang lah 3in1 yang menjadi pilihan utama. Milo diletakkan
di atas kaunter dan dia duduk di depan Em. Barulah dapat memandang Em dengan
pandangan yang sebenar.
“Thank you honey.” Panas tak panas, cepat sahaja
dia minum Milo yang telah disediakan.
“Nak
makan tak? Saya masak.” Ann menawarkan diri untuk masak. Tak kisahlah jam dah 3
pagi sekalipun. Dia nak Em gembira. Em gembira bila makan apa yang dia masak.
Cepat betul mood Ann berubah. 30
minit yang lepas bukan main lagi Mak beruang marah-marah cakap macam-macam,
sekarang dia pulak sibuk nak masak untuk Em.
“Nak!
Nasi goreng cornbeef please!” Bila isteri dah offer nak masak, dia terus cakap nak
makan apa. Slumber cakap nak nasi goring conbeef,
entah ada atau pun tidak cornbeefnya.
“Fuhhh..nasib
baik tergerak hati nak beli cornbeef
masa tambah barang dapur haritu.” Ann mengeluarkan tin cornbeef dalam kabinet
dapur. Sementara dia menyediakan bahan yang lain, Em membuka tin cornbeef yang dari dulu lagi Ann tak
pernah pandai bukak. Tengok dengan selera Em makan, Ann pun jadi berselera
untuk makan sama.
“Saya
tak makan sangat. Saya Cuma makan masa pergi rumah Mama dua hari lepas.”
Kata-kata Em itu makin membuatkan Ann semakin rasa bersalah. Walaupun Em
bersalah pada mulanya, dia juga bersalah kerana mengabaikan tanggungjawabnya
kepada Em.
“Semua
salah awak. Kalau awak cakap dari mula kita tak perlu macam ni selama 10 hari.”
Ann memandang Em.
“I know. I’m sorry sayang. But
really, saya tak
pernah walau sekali pun terlintas nak ada perempuan lain. Jauh sekali dengan
orang terdekat. Never.”
“I’m sorry too.” Akhirnaya satu perkataan
yang Em tunggu-tunggu diucapkan oleh Ann juga. Maaf. Ann memang liat nak
meminta maaf walaupun kadang-kadang sudah jelas dia bersalah. Maaf yang
diucapkan selalunya dalam unsur sarkastik.
“It’s okay. Dari hari pertama lagi saya dah
maafkan awak. Dah memang saya yang create
problem, memang betullah apa yang awak cakap. Padan muka saya.”
“Lagilah
padan muka awak sebab esok kena belikan saya phone baru sebab awak dah pecahkan Iphone saya.”
“Nokia
3310 then. Supaya next time, sapa-sapa tikam pun masih
bertahan.”
“Nak
Iphone jugak. Iphone
6 plusss please!” Kan dah kena. Macam menyesal jugak tikam-tikam Iphone isterninya tadi. Macam tak boleh
pulak nak rampas dan simpan Iphone
Ann tadi, tapi bila marah semua dia boleh buat tapi tak pernah sekali pun
tangannya naik menyakiti Ann.
“Iphone 5 lah. Sebab Iphone yang saya pecahkan pun Iphone
5.”
“No. 6 plus.”
Okay fine. Iphone 6 only.”
“Plus!”
“Tambah
duit gaji sendiri. saya bayar sampai Iphone
6.”
“Kedekut.”
“Botaklah
saya bayar 3K untuk Iphone awak
sorang padahal saya sendiri belum upgrade.”
“Awak
kaya apa. Selalu attend meeting
outstastion.”
“Kaya
untuk senangkan family. Lagi-lagi
awak.”
“Then, buy me Iphone 6 plus.”
“Okay
tapi tunggu balik KL dan hujung bulan.”
“I love you.”
“Tak
adil, sayang yang ada maksud.”
“I LOVE YOU, SAYANG.”
“Come here..” Ann terus datang ke arah Em yang
masih duduk di depannya. Nasi goreng cornbeef yang dimakannya sudah
habis. Memang betul lapar tahap bapak beruang.
“…I love you more. Janji jangan buat
perangai lagi.” Em memeluk pinggang Ann yang sudah berdiri di tepinya.
“Awaklah
yang buat perangai. Bukan saya.”
“Yalah
yalah. Salah saya semua. Padan muka saya kan.” Nak gaduh dengan Ann, macam mana
sekalipun Ann tetap akan menang. Ann membalas pelukan Em. Bila dah sama-sama
kemaskan dapur, Ann menemani Em mengutip kepingan skrin Iphone yang pecah di lantai bilik tamu. Takut nanti Sofea atau Faiq
terpijak. Iphone harga bukan main
mahal, tapi rosak cepat.
Bila
Ann macam nak layan mata nak tidur, Em menghalang.
“Tak
payah tidur sayang. Dah alang-alang Subuh ni. Lepas Subuh kan nak kena siapkan
sarapan untuk Kak Yaa sebelum balik.” Sudahnya Ann baring mengacau Sofea sampai
bangun. Memang sahlah Sofea menangis.
“Daddy..”
“Itu
Daddy tengah baca quran. Go kacau
Daddy there.” Dengan muka yang masih
mamai, dia datang ke arah Em. Berbaring di paha Em sementara Em menghabiskan
bacaannya. Bukan nak cemburu, tapi Ann pulak yang gembira. Kebiasaan Sofea. Bukan mengacau tapi mendengar Em membaca quran. Faiq memang tak boleh kacau sebab dia pasti tak dapat melakukan apa-apa lagi
kalau Faiq dah terbangun. Dia duduk sambil bersandar di bahu Em bila Em selesai
membaca al-quran.
“Dah
menyentuh ni, memang nak kena ambik wuduk balik lah ni.” Em menggosok kepala
Ann sepertimana yang dilakukannya kepada Sofea.
“Saya
rindu…” Ann memandang Em sebelum di pun turut sama tertidur di bahu Em 15 minit
sebelum Em mengejutkannya semula untuk solat Subuh.
Dia
gembira dan bersyukur kerana kehidupannya yang dahulu kembali semula.